Swasta Perlu Bantu Jaga Kebajikan Veteran Tentera Tun M


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu syarikat swasta lebih giat membantu kerajaan menjaga kebajikan veteran tentera dan anak mereka khususnya menerusi program penempatan pekerjaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama dan sokongan pihak swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengutamakan pesara tentera dan anak mereka mendapat pekerjaan akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
“Keadaan ekonomi negara ketika ini agak mencabar. Keupayaan kerajaan memberikan peruntukan agak terhad. Jadi, saya berpendapat kolaborasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bersama syarikat swasta dan GLC mampu menanganinya.
“Kita harap pihak swasta akan sensitif dan proaktif membantu kerajaan dalam program membela kebajikan bakal pesara dan veteran ATM,” katanya dalam ucapan pada perasmian Majlis Konvokesyen PERHEBAT Ke-52 di Wisma Perwira di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Turut hadir, timbalannya, Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengerusi PERHEBAT, Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim.
Dr Mahahthir turut merujuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) (2016-2020) yang menyaksikan sektor swasta kekal menerajui pertumbuhan ekonomi, dengan pelaburan dijangka berkembang 5.7 peratus setahun.
Beliau berkata, berdasarkan unjuran itu, ia menjadi pentas terbaik kepada syarikat swasta membantu kerajaan dan pada masa sama, menghargai serta dapat membalas jasa pengorbanan tentera.
“Swasta perlu menawarkan peluang latihan ketika bekerja (OJT) untuk bakal pesara, selain memperluaskan peluang pekerjaan kepada anak mereka mengikut bidang pengajian masing-masing.
“Kita perlu bersama-sama membentuk negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengembalikan status Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’,” katanya.
Beliau yakin, veteran tentera generasi baharu mampu menjadi sebahagian tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang seperti automasi, sekali gus menyumbang kepada Revolusi Industri 4.0.
Sementara itu, Mohamad mengingatkan semua pihak memastikan keamanan dikecapi negara ketika ini dipertahankan dengan tidak mewujudkan seteru dan mengapi-apikan isu agama serta perkauman secara melampau.
Katanya, api pergaduhan dalam isu agama dan perkauman mudah dinyalakan, namun ia sukar ditangani serta mengambil masa panjang untuk dipulihkan.
“Sejak komunis memeterai janji meletak senjata dan berdamai, negara kita aman dan tenteram. Jangan undang seteru baharu, terutama dalam hal keagamaan dan perkauman melampau.
“Jika ada perbezaan, cari jalan penyelesaian, berunding, bercakap dan berdialog, tetapi jangan sampai ke peringkat pertarungan fizikal,” katanya.
The post Swasta Perlu Bantu Jaga Kebajikan Veteran Tentera – Tun M appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/swasta-perlu-bantu-jaga-kebajikan-veteran-tentera-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Parti Tun M Bantu Bersihkan Umno

Keluar Parti Tun M Bantu Bersihkan Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 325 hits
Wartawan Watan Online Penghijrahan keluar gerombolan wakil rakyat dan pimpinan UMNO sebelum ini hanya membantu mempercepat proses pemulihan parti ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata selain kepimpinan UMNO juga perl...
Tak Salah Pun Suami Bantu Jaga Anak Ringankan Beban Isteri Papa Take Note

Tak Salah Pun Suami Bantu Jaga Anak Ringankan Beban Isteri Papa Take Note

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 608 hits
Seharian menguruskan kerja rumah menyiapkan makanan memasak dan mengemas sememangnya memenatkan Ditambah pula dengan karenah anak anak yang menambahkan kepenatan Namun itu semua tidak menjadi rungutan buat ibu kerana merasakan ianya satu ta...
Pertarungan Anwar Tun M Kejap Lagi Parti M Akan Lebih Mp Melayu

Pertarungan Anwar Tun M Kejap Lagi Parti M Akan Lebih Mp Melayu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 319 hits
Parti PAN mempunyai 11 orang ahli parlimen Melayu Pribumi Melayu dan PKR 26 MP Melayu Ikut khabar banyak lagi MP Umno yang akan lompat masuk Pribumi DAP mempunyai 32 orang MP Cina Dari segi keutuhan etnik DAP merupakan parti yang bahagian t...
Ini Luahan Tun M Selepas Mendengar Berita Pemergian Muhammad Adib

Ini Luahan Tun M Selepas Mendengar Berita Pemergian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 913 hits
Ini Luahan Tun M Selepas Mendengar Berita Pemergian Muhammad AdibIni Luahan Tun M Selepas Mendengar Berita Pemergian Muhammad Adib
Kalau Takut Pecat Waytha Percayalah Akhirnya Tun M Sendiri Akan Ditolak Rakyat

Kalau Takut Pecat Waytha Percayalah Akhirnya Tun M Sendiri Akan Ditolak Rakyat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 466 hits
Di mana mana saja ketika ini terdapat isyarat yang cukup jelas dan nyata mahukan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dipecat dengan segera daripada kabinet Selain wakil pembangkang dan kerajaan sudah sama sama senada ber...
Rating Tun Jatuh 20

Rating Tun Jatuh 20

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 243 hits
Satu kajian dan angka yang masuk akal malah dijangka akan jatuh murudum apalagi kalau blog Budin pun sudah mengikut jejak Celah Gelegar Jatuh rating tidak popular akan ditolak rakyat adalah perkara biasa dalam politik lebih lagi ketika seda...
Ptptn Syed Saddiq Dengar Anwar Dari Tun Tapi Ingin Jadi Mpt Ppbm

Ptptn Syed Saddiq Dengar Anwar Dari Tun Tapi Ingin Jadi Mpt Ppbm

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 583 hits
Khabarnya Syed Saddiq merancang untuk bertanding tempat dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM tetapi desas desus dalam PPBM mengatakan beliau bakal di cantas kerana isu PTPTN Memang salah satu janji 100 hari Manifesto PH ialah untuk mengha...
Kalau Bukan Rakyat Nasihat Siapa Yang Tun Akan Dengar

Kalau Bukan Rakyat Nasihat Siapa Yang Tun Akan Dengar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 254 hits
Pengajaran kepada Tun M bahawa pilihan dan kepercayaannya terhadap seseorang kali ini meleset juga dan sejarah telah menunjukan berkali kali Wayta WAJIB dipecat kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya akan terpalit Kerana Najib umno ru...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia