Suv Itu Dah Mula Menjadi Sebahagian Daripada Lautan Ia Amat Sukar Dinaikkan Namun Cara Ini Akan Digunakan


GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terhumb4n ke dalam laut akan disambung semula pada Selasa selepas ia ditamatkan kira-kira jam 7.20 Isnin malam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail, berkata kerja-kerja mengangkat kenderaan itu terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan selain faktor cuaca dan arus deras.
Katanya, kerja-kerja untuk mengapungkan dan mengalihkan kenderaan tersebut dijangka akan dimulakan pada pukul 9 pagi selepas mendapat nasihat daripada pihak PLUS.
“Pencarian telah ditangguhkan dan kita akan sambung semula selepas pukul 9 pagi esok. Tetapi bot penyelamat akan bersedia seawal pukul 7 pagi. Itu nasihat PLUS,” kata Rosman pada Isnin.
Terdahulu, kereta terbabit berjaya dikesan kira-kira pukul 4 petang pada kedalaman 15 meter daripada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang.
Penemuan berjaya dikesan selepas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan alat pengesan Sonar Teledyne T20P dengan bantuan Marine Science Technology Sdn Bhd.

Bagaimanapun, usaha untuk menaikkan kenderaan terbabit dengan kren turut mengalami kesukaran.
“Disebabkan arus kuat ditambah dengan keadaan air itu, visibility (jarak penglihatan) sangat teruk. Itu menyukarkan usaha penyelam. Tali yang diikat (pada kenderaan terbabit) juga terlepas,” kata Rosman.
Operasi hari kedua pada Isnin disertai lebih 100 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk JBPM, pasukan Marin Wilayah Utara serta Maritim Malaysia.
Sejumlah 14 bot digunakan untuk operasi SAR ini.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi Ahad, sebuah Toyota Vios berwarna hitam dan Mazda CX-5 berwarna putih itu terbabit dalam kem4langan di KM4 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.
Pemandu Vios yang berusia 21 tahun itu ceder4 dan dikejarkan ke hospital, manakala SUV putih itu terjun4m ke dalam laut.
Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 tahun, seorang pelajar kolej swasta. selepas bapanya membuat laporan polis pada pukul 5 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pengesahan dibuat oleh pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan jenis SUV Mazda CX-5 itu selepas tampil membuat laporan polis pada jam 5 petang Ahad.
Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anak lelakinya yang memandu kereta jenis sama tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.
Berdasarkan maklumat dari rakan anaknya, kemungkinan anaknya terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terjunam ke dalam laut.
Nik Ros Azhan berkata sehingga kini pihak polis sudah merakam percakapan seramai tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.
Menurut rakan mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.
Sementara itu, seorang saksi bebas yang melihat kejadian tersebut telah memberikan kerjasama dan berkongsi video ‘dash cam’ kereta miliknya kepada polis.
Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.
Antara Komen Menarik Netizen Terhadap Operasi SAR: Ahlul Hizaab Ahlul Hukaama-Dari statement penyelam yang jumpa, kereta tu terbenam di dalam pasir. Zero visibility, memang sukar nak tentukan mangsa masih intact pada seatbelt atau tidak. Arus (current) di bawah laut sangat kuat, nampak bergelora.
Ramai yang pertikai kenapa tak boleh tarik, kan dah pakai kren. Hari ni tiga kali cubaan gagal. Penyelamat pun kena ambil kira semua faktor. Silap tarik, kren yang jatuh terhumban. Bukan tarik kenderaan di darat. Ini kenderaan SUV yang terbenam dan tersekat di dalam laut. Arus kuat kiri kanan, depan belakang.
Tolak isu perkauman. Kita sama-sama doakan usaha retrieval esok pagi berjaya. Kasihan pada keluarga yang menanti. Biarpun berpisah nyawa, sekurang-kurangnya ada j4sad untuk dikebuumikan.
Hasliza Ishak Keluarkan kenderaan drpd lautan yg dalam adalah sgt berisiko dan mahal. SUV itu sendiri dah mula menjadi sebahagian drpd lautan. Pasir, lumpur dan segala apa yg ada di situ dah mula bersatu/menimbus.
Esok (22/1/2019) kalau usaha gagal,
hanya bawa naik m4ngsa sudah memadai.
Syarikat insurans nakkan kesahihan,
pergi selam sendiri amek no body/chassis dan enjin.
Prioriti SAR adalah mangsa/orang.
Dapat naikkan m4ngsa, operasi kira berjaya.
Dapat naikkan kenderaan, bonus.
Yg mana byk sogheh, baling/huumban sekali dlm laut tempat SUV tue.
Sekian
Video:


Sumber: astroawani & celotehsaja
The post ‘SUV Itu Dah Mula Menjadi Sebahagian Daripada Lautan Ia Amat Sukar Dinaikkan ’, Namun Cara Ini Akan Digunakan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/suv-itu-dah-mula-menjadi-sebahagian-daripada-lautan-ia-amat-sukar-dinaikkan-namun-cara-ini-akan-digunakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 812 hits
PULAU PINANG Selepas lebih dua hari terjunam ke dalam laut di bawah Jambatan Pulau Pinang kenderaan SUV Mazda CX 5 akhirnya berjaya dinaikkan kira kira pukul 5 50 petang tadi Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mangsa Muey Yun Peng 20 y...
Anak Suka Hempas Badan Bila Mengamuk 5 Cara Ini Patut Buat Walaupun Sukar

Anak Suka Hempas Badan Bila Mengamuk 5 Cara Ini Patut Buat Walaupun Sukar

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 420 hits
Pernah tak anak kecil anda buat tindakan yang tidak disangka seperti hempas badan memukul kepalanya menarik rambut membuat muka bengis memukul anda kembali atau menyepak objek bila dilarang membuat sesuatu Normalkah perlakuan tersebut Macam...
Simak Cara Merubah Paket Videomax Menjadi Paket Flash Tanpa Aplikasi

Simak Cara Merubah Paket Videomax Menjadi Paket Flash Tanpa Aplikasi

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 323 hits
1 Pada jaman sekarang rasanya sudah terasa tak mudah untuk mengubah kuota peker videomax menjadi paket flash Kenapa begitu Alasannya adalah sekarang ini sudah banyak URL Bug untuk kuota videomax yang telah dinonaktifkan oleh Perusahaan Telk...
Suv Berjaya Dinaikkan Mangsa Masih Di Tempat Duduk Pemandu

Suv Berjaya Dinaikkan Mangsa Masih Di Tempat Duduk Pemandu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 956 hits
Setelah beberapa hari usaha menaikkan kenderaan SUV jenis Mazda CX 5 dilakukan akhirnya ia berjaya diangkat keluar menggunakan kren pada jam 5 50 petang tadi SUV itu berjaya dinaikkan ke atas Jambatan Pulau Pinang pada jam 6 05 petang denga...
Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 385 hits
Kenderaan SUV terhumban di jambatan Pulau Pinang dinaikkan Dikemas kini 39 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Jan 201
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut