Susun Atur Peti Ais Ala Pinterest Juliasukasusun



Beberapa minggu lepas, juju pernah up entry kisah susun atur makanan sejuk di rumah - klik 👈 Ada yang masih ingat? Kalau ingat bagus, anda memang follower setia juju haha.
Sebenarnya, selepas kisah tulah kan ramai yang pm tepi bertanya...
"Juju, dimana juju beli sticker tu, cantik sangat!"
"Juju, nak tahu dekat mana jual bekas leper macam tu, nampak kemas!"
"Juju rajinnya awak! Kemas, teratur dan selesa mata nak capai"
"Juju macam mana nak rajin macam juju? Tiup angin rajin boleh?"
Haaa gituuu pertanyaan dan pujian. Terima kasih kepada yang bertanya, terima kasih kepada anda yang suka beri pujian berunsur motivasi. 
Anda sememangnya anugerah Tuhan.
Juju adalah seorang yang suka berangan, suka tengok seni kreatif dan susun atur melalui medium Pinterest, di sana geng mat salleh suka susun atur cantik-cantik rumah diorang termasuklah cita-cita #fridgegoal
Okey, pertanyaan tu nanti di akhir sekali juju akan sediakan link pembelian. Kat sana korang boleh beli dan scroll, juju tak bagi spesifik kedai tau sebab takut sold out. 
Jadi juju bagi panduan dan kemudahan berupa link dan keywords untuk kalian bebas membeli di kedai-kedai lain yang menjual produk yang sama dan harga lebih kurang je.
Senang ke nak susun?
Bukan senang, serius bukan senang. Satu je korang kena buat !!!
MATLAMAT + MATLAMAT = KEJAYAAN
Ya, semua orang boleh lakukan, hatta anda walaupun seorang lelaki, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan janji kalian seorang bernama manusia kalau ada HALANGAN besar dalam diri korang seperti kata-kata ini...NANTI DULU LAH !
Confirm 10 tahun depan macam itu je ko...NOTHING CHANGE !!!
Okey dah mula rasa panas muka?
Panas punggung kena cakar ayat tu hahaha kalau juju tak cakap, ibarat juju syok sendiri je. Nak juga korang buat pembaharuan pada diri dan rumah sendiri, tak gitu?
Ya, ramai yang nak nampak cantik, tapi tak usaha ke arah itu. Bacalah sebanyak mana pun tips, sebanyak mana panduan, korang kena buang satu tu sekarang. HALANGAN diri korang sendiri!
Okey, dah brainwash sikit, selebih tu korang sentallah sendiri okey. Dah bersedia nak tengok peti ais juju sebelum dan selepas? Ya, mari !!!!
Sebelum & Selepas 
Nampak gambar di atas kan?
Aku tahu, bukan aku sorang je rasa bosan nak tengok permandangan harian bilik peti ais masing-masing. Nak mencari satu hal, entah mana belacan sama leftovers nak guna. Masa nak sangat cari tiba-tiba barang tu hilang dari pencarian, pernah rasa kan?
Okey rasa macam nak marah semua orang dalam rumah betul tak?
Hahaha, jadi lepas 10 tahun kau hidup dengan peti ais macam rupa di atas, jom lah sesama kita berangan dan realisasikan. Apa salahnya kita buat dia, biar lambat asal buat.
Contoh susun atur ruang peti ais (chiller)Nampak pembahagian nama khas dan ruang digunakan sepenuhnya?Cara-cara susun atur peti ais jadi ala pinterest
💗 Pertama sekali - spring cleaning.

Keluarkan semua barang, seeloknya semasa peti ais korang dah nak kehabisan stok. Mudah kerja, ala dalam 2-3 hari tu tapau je makanan kat luar dulu apa salahnya. Bukan apa aku tak nak korang jadi hangat-hangat taik ayam, faham?Bila dah bersihkan, lap dengan kain bersih keseluruhan ruang dalam peti ais. Masa inilah ambil pen dan kertas, tulis nama kelompok barangan korang yang selalu korang beli setiap mingguan atau bulanan.💗 Kedua - kenal pasti bekas ikut size peti ais.Bila dah ada senarai label, masa ini korang boleh agak dah size bekas simpanan bentuk macam mana.Aku cadangkan kalau ruang peti ais lebih kurang macam juju punya di atas, sebaiknya beli bekas 2-3 size. Pastikan semua senada warnanya, untuk bagi kesan mata tenang dan mudah bekerja di dapur. Kalau suka merah, pastikan merah, kalau suka warna-warni pastikan korang tak bosan haha.Bekas juju semua bentuk 4 segi. Sebab senang nak susun atur dan ruang digunakan sepenuhnya. Jadi tak adalah ruang di dalam tu dibazirkan begitu sahaja. 💗 Ketiga - tempah sticker dan beli bekas baru sebaiknya ada cap BPA.Ada bekas khas peti ais yang mahal di pasaran, aku tak nafikan memang mahal bekas khas untuk peti ais. Tapi ada je bekas lain yang lebih murah, punya BPA dan mesra suhu udara sejuk dalam peti ais tau. Link tu aku sediakan di akhir nanti. Bila bekas dan sticker dah sampai, tampal dulu ke semuanya. 💗 Akhir sekali.Susun bahan mentah dalam bekas yang sudah ditetapkan labelnya. Sayur dan buah senang kelihatan. (Fast Grab section)
Before & After.
Kalau ada bekas ais yang makan ruang, sebaiknya keluarkan dari ruang beku tersebut. Nampak tak ruang ais batu tu juju keluarkan dari gambar asal? 
Juju gantikan dengan bekas transparent empat segi yang jimatkan ruang dan mengalakkan ruang penyimpanan lebih sekata dan seimbang. Sekeping gambar hasil air tangan juju, yeyyy!Akhirnya, impian nak susun atur #fridgegoal & #frozengoal ala-ala pinterest style juju tercapai, fuhh! Penat tu berbayar tatkala misi #juliasukasusun tu sudah sampai ke garisan.
Sekali seumur hidup buat, senang kemudian hari rupanya nak amal ! 💪
***Hero-hero kat rumah sudah pandai susun kembali dalam bekas ni semua bila dah guna barang dalam peti ais. 
Kata mereka, sebab ada tagging dan bekas sesuai tu senang nak cari dan simpan semula ke tempat asalnya. 
Tak nampak messy tapi nampak classy ouchh!!!
Jom ikut cara Julia Johari. Anda pasti boleh! Akan datang juju nak kongsikan cara susun barang dalam bekas seperti sayur, telur, dan lain-lain. 
Ini pun beri korang motivasi tau untuk kekalkan momentum menyusun atur cantik. 
Paling penting sila beli dulu di bawah:
Sticker - Beli SiniBekas Transparent (BPA) - Beli Sini
"Homes shouldn't always be tidy, but easily tidied when there's a place for everything" 💋

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2021/03/susun-atur-peti-ais-ala-pinterest.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Susun Atur Dekorasi Dapur Gaya Ikea

Idea Susun Atur Dekorasi Dapur Gaya Ikea

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 798 hits
Berbulan juga nak siapkan dapur gaya Ikea ana ni Berbagai kekangan yang perlu ana hadapi dalam melengkapkan sampai lah ke saat ini Baru rasa puas dan lega Hampir ke semua adalah dari hasil job di blog yang ana beli berdikit dikit untuk siap...
Ramai Doakan Zulin Naik Pelamin Gara Gara Gambar Ala Pra Perkahwinan

Ramai Doakan Zulin Naik Pelamin Gara Gara Gambar Ala Pra Perkahwinan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 769 hits
Semoga dikuatkan jodoh sehingga ke jenjang pelamin dan kekal ke syurga demikian tulis seorang pengikut pelakon Zulin Aziz di Instagram Malah pelakon Lufya Omar turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat jodoh Zul...
Led Wardrobe Ala Ala Hotel Tak Perlu Pasang Lampu Bilik Nak Ambil Baju Tidur Anak Tak Terganggu

Led Wardrobe Ala Ala Hotel Tak Perlu Pasang Lampu Bilik Nak Ambil Baju Tidur Anak Tak Terganggu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 281 hits
Masalah utama mama ayah bila nak kemas baju anak ke taska atau tadika dan terlupa nak siapkan awal awal Bila anak dah masuk tidur barulah mama ada masa nak siapkan beg pakaian mereka Tapi setiap kali nak buka almari baju terpaksa buka lampu...
Cara Buat Sup Ayam Ala Thai Cukup Rasa Memikat Selera

Cara Buat Sup Ayam Ala Thai Cukup Rasa Memikat Selera

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 381 hits
Kalau makan sup ayam di restoran Thai rasanya sup ayamnya masam masam kan Beza dengan selalu yang kita buat Sedap kalau dapat hirup kuahnya Kalau anda nak masak sendiri di rumah boleh masak ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Vidda Wahed...
Resipi Mi Celup Ala Thai Yang Pedas Sedap Berpeluh Makan

Resipi Mi Celup Ala Thai Yang Pedas Sedap Berpeluh Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 349 hits
Kebiasaannya daging lembu atau perut lembu diletakkan dalam mi celup Tetapi resipi yang dikongsi oleh saudari Iza Abu Bakar ini menggunakan daging ayam Jom kita intai resipi ini Nampak sedap pedas dan menyelerakan MI CELUP ALA THAIBAHAN BAH...
Lirik Ala Shayang Fian Ali

Lirik Ala Shayang Fian Ali

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 300 hits
Kau mencobaMencoba menagih kasih darikuJanganlah terburu buru kasihKu ternanti ternanti akan apa yang terjadiHarap bukan janji manis yang kau beriDengarlah segala cerita
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 653 hits
Assalamualaikum Hi Semua Musim PKP ni lama sudah tidak makan makanan kenduri Baru baru ini adik ipar kahwin pun tidak dapat pergi Sis redha sahaja Nak buat macam mana kan SOP kena follow dan yang penting biarlah kes Covid19 ni cepat cepat b...
Intip Tips Tidur Berkualitas Ala Belanda Negara Dengan Kualitas Dan Durasi Tidur Terbaik Sedunia

Intip Tips Tidur Berkualitas Ala Belanda Negara Dengan Kualitas Dan Durasi Tidur Terbaik Sedunia

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 297 hits
Mumpung hari ini tuh Hari Tidur Sedunia yuk belajar lagi cara untuk bisa tidur dengan lebih baik
Ala Ala Power Ranger Apabila Abang Delivery Diangkat Menjadi Superhero Di Malaysia

Ala Ala Power Ranger Apabila Abang Delivery Diangkat Menjadi Superhero Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 538 hits
Dalam banyak banyak fronliners abang abang penghantar makanan delivery juga sebahagian daripada senarai barisan hadapan Ada yang berdepan pelbagai dugaan cabaran di atas jalan raya keadaan cuaca sampailah tiba di rumah pelanggan Penghantar ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Yong Tau Foo Homemade

Remaja Perempuan Hilang Lepas Naik Teksi E Hailing Ke Tempat Kerja Di Ipoh

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Official Position Of The State Government Of Sabah In Relation To The Constitutional Right To Claim The 40 Percent

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah