Susuk Hanyalah Sihir Mata Jangan Mudah Tertipu


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.  Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri."Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.  "Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat. Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka."Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali."Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah."Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.
Berunsur pemujaanSUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.  "Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah."Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi. "Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir."Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya. Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.
Betis memukauLina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun. "Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah. "Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.
Kemaluan bernanahSeorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita. "Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun."Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir. "Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah."Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya. Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai."Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain."Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.
Kredit :  www.kosmo.com.my          1-kisah

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/06/susuk-hanyalah-sihir-mata-jangan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Biasakan Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi Netizen Risau Ada Mata Mata Jahat

Hiburan Jangan Biasakan Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi Netizen Risau Ada Mata Mata Jahat

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 280 hits
Tak semua ibu bapa di dunia ini mempunyai cara didikan yang sama setiap pasangan membesarkan anak anak mereka mengikut keselesaan masing masing Itu semua terpulang kepada ibu bapa itu sendiri kerana mereka lebih mengenali dan tahu isi hati ...
Dah Sebulan Batuk Tak Berhenti Usahakan Cara Mudah Ibu Ni Batuk Makin Lega

Dah Sebulan Batuk Tak Berhenti Usahakan Cara Mudah Ibu Ni Batuk Makin Lega

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 264 hits
Batuk yang berpanjangan selepas terkena Covid 19 membuatkan kita terus rasa tidak selesa Selain usahakan dengan pelbagai jenis ubat ubatan cara mudah yang dikongsikan ini mungkin serasi dengan kita Tak perlukan ubat hanya potongan buah lima...
Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 198 hits
Resipi Kerabu Ikan Bilis perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap Janji bahan semua ada hiris halus goreng gaul rata dan perasakan sahaja Dah boleh hidang...
3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 219 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam ...
Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 200 hits
Setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu bermula usia anak 2 tahun atau awal sikit disebabkan bakal dapat adik atau masalah tertentu Bagaimanapun kebanyakan ibu tak sanggup nak tengok anak menangis ...
Pertubuhan Alam Sekitar Persoal Peruntukan Pinjaman Mudah Rm1 44 Bilion Di Umum Mtib

Pertubuhan Alam Sekitar Persoal Peruntukan Pinjaman Mudah Rm1 44 Bilion Di Umum Mtib

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 166 hits
SHAH ALAM Gabungan pertubuhan alam sekitar mempersoalkan peruntukan pinjaman mudah yang diumumkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kerana ia didakwa tidak selari dengan ketetapan Majlis Tanah Negara Jurucakap gabungan itu Meor Razak Meor...
Kylie Jenner Ungkap Soal Kondisi Pascapersalinan Anak Kedua Yang Tidak Mudah

Kylie Jenner Ungkap Soal Kondisi Pascapersalinan Anak Kedua Yang Tidak Mudah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 132 hits
Kylie mengungkap 6 minggu pascapersalinan anak keduanya tidak mudah secara fisik mental dan spiritual
Hiburan Pernah Kena Covid 19 Ini Langkah Mudah Nak Claim Dari Perkeso

Hiburan Pernah Kena Covid 19 Ini Langkah Mudah Nak Claim Dari Perkeso

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 130 hits
Berikutan peningkatan kes COVID 19 yang semakin tinggi dari hari ke hari pastinya ada orang sekeliling kita yang pernah dijangkiti wabak merbahaya ini Mungkin ada yang belum tahu anda yang pernah dijangkiti COVID 19 sebenarnya boleh claim P...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco