Susu Kambing Vs Susu Lembu
Banyak sangat jenama susu tepung bayi di pasaraya ni. Kebanyakannya terdiri daripada susu lembu. Risau juga takut tersalah pilih. Takut muntah-muntah pula sebab tak serasi dengan bayi. Dengar-dengar susu kambing lagi bagus, lagipun ia merupakan sunnah Nabi. Susu kambing atau susu lembu lebih baik?”SUSU KAMBING ATAU SUSU LEMBU?Memang rata-rata susu formula bayi dihasilkan daripada susu lembu kerana penuh dengan kebaikan seperti menambah zat, menyuburkan badan dan banyak lagi
Sebagaimana kebaikan susu lembu, susu kambing yang tergolong dalam susu yang paling kental dan lembap serta mempunyai kelebihannya tersendiri antaranya kaya dengan protein, enzim, anti-penuaan, anti-artritis, anti-barah dan banyak lagi
8 KELEBIHAN SUSU KAMBING BERBANDING SUSU LEMBUAntara kelebihan susu kambing adalah seperti berikut:1. MUDAH DIHADAMKANZarah lemaknya lebih kecil menjadikannya mudah dihadamkan dalam perut. Hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk hadam manakala susu lembu mengambil masa dua jam
2. TIDAK MUDAH BERUBAH KHASIAT JIKA DISEJUK BEKUJika disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiatnya dan kualitinya tidak berubah
Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak
Bayangkanlah kalau anda membuat aiskrim daripada susu kambing, tentu nikmat dimakan sewaktu cuaca panas! Sesuai juga untuk diberikan kepada anak-anak kerana khasiatnya masih kekal
3. MENGUBATI PENYAKITDiperakui oleh pakar kesihatan untuk merawat demam kuning, penyakit kulit dan banyak lagi
Susu kambing turut membantu menurunkan paras kolesterol dan bekerja lebih baik bagi yang memiliki masalah usus kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba
4. SESUAI UNTUK SEMUASusu kambing boleh diminum oleh semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan hinggalah orang tua. Jadi, anda tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak
Malah, wanita hamil turut digalakkan minum susu kambing untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning apabila dilahirkan
Kalau semuanya boleh menikmati susu yang sama, kan lebih jimat
5. TIDAK MENYEBABKAN ALAHANSusu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Nutrisidalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik diminum segar
Bukan itu saja, ia juga sesuai bagi seseorang yang tidak toleran dengan laktosa
Bayi yang minum susu kambing juga didapati lebih sukar mendapat alahan berbanding dengan susu lembu
6. MENGUATKAN JISIM TUBUHSelain menguatkan badan melalui penghasilan antibodi, susu kambing juga mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf
Malah, ramai yang mengesyorkan susu kambing sebagai susu yang kedua terbaik selepas susu ibu
7. KANDUNGAN GIZI YANG LEBIH TINGGI BERBANDING SUSU LEMBUProteinnya 2.1 kali gandaKalsium 2.2 kali gandaZat besi 2 kali gandaPotasium 2.1 kali gandaVitamin A 3.8 kali gandaGaram galian 2 kali gandaSelenium yang paling tinggi8. BERSIFAT ALKALISama seperti pH susu ibu yang bersifat alkali. Berbanding dengan susu lembu, ia didapati bersifat alkali
SUSU KAMBING ATAU SUSU LEMBU, PILIHAN MASING-MASINGSusu lembu atau susu kambing, ia turut bergantung kepada penerimaan tubuh badan masing-masing
Sebelum memberikannya kepada bayi, pastikan anda memberikan dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda memilih untuk memilih susu kambing yang segar, pastikan ianya telah melalui prosedur keselamatan dan kebersihan yang teliti
Jika anda membeli susu kambing dalam bentuk pek, pastikan susu kambing yang diambil mengandungi asid folik dan bersifat ‘hypo-allergenic’ untuk mengelakkan sebarang bentuk alahan
Jumpa dan minta nasihat daripada mereka yang pakar sekiranya bayi menunjukkan sebarang reaksi terhadap susu tersebut
Sumber : https://siraplimau.com/mana-yang-bagus-susu-kambing-atau-susu-lembu/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wildansususihat.blogspot.com/2019/01/susu-kambing-vs-susu-lembu.html