Susu Fernleaf 100 Mmmmm Sedapnya
Susu Fernleaf 100% Peratus Dari New Zealand
Assalamualaikum, hai semua.
Kali ni aku nak kongsikan dengan hangpa tentang susu Fernleaf yang diperbuat semulajadi & 100 peratus dari New Zealand. Rasanya ramai antara kita yang dah kenal dengan jenama susu Fernleaf ni kan. Ianya setanding dengan jenama susu yang lain & yang paling penting ianya diperbuat secara semulajadi & 100 peratus dari New Zealand
Untuk pengetahuan hangpa, New Zealand ni tanahnya subur, dengan kadar hujan yang baik & cahaya matahari yang banyak membuatkan ianya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Menarik kan hangpa?.
Sekarang jom aku nak kongsi lebih lagi dengan hangpa tentang susu Fernleaf yang diperbuat secara semulajadi & 100 peratus dari New Zealand ni. Di Fernleaf, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu & para peladang, depa menjaga lembu depa dengan penuh dedikasi. Depa mengusahakan ladang secara semulajadi dengan memberi kebebasan untuk lembu depa meragut di padang rumput yang subur
Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, depa memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu. Bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehingga lah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Warisan & kepakaran depa menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini. Hebat kan?.
Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap & digunakan oleh tubuh badan. Selain dari tu, susu Fernleaf ni jugak ada banyak nutrien penting, contohnya macam Protein yang berkualiti tinggi, vitamin A & jugak vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung dalam kandang
Dengan rumput berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara & air yang bersih, lembu tenusu depa menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Bila semua dijaga dengan baik, hasilnya pun harus lah baik kan. Kita sebagai ibu bapa pun harus lah pilih produk yang terbaik untuk keluarga kita macam susu Fernleaf ni lah kan. Aku pun tak ragu-ragu dah lepas ni nak bagi anak aku minum susu ni.
Susu Fernleaf ni ada tiga pilihan iaitu susu penuh krim, rendah lemak & coklat. Disediakan dalam bentuk kotak 1 liter & 200ml. Yang paling penting dijamin halal!. Hangpa jangan lupa dapatkan di pasaraya terdekat taw. Susu Fernleaf 100% Mmmmm, sedapnya!. Jangan lupa cuba taw hangpa!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bondazahraareesa.blogspot.com/2018/10/susu-fernleaf-100-mmmmm-sedapnya.html