Suruh Rehat Kat Rumah Pemergian Diratapi Ramai Kecuaian Doktor Penyebab Kematian Barbie Hsu
Siapa yang tonton “Meteor Garden” pastinya kenal dengan penyanyi dan pelakon popular Taiwan, Barbie Hsu.
![](https://i0.wp.com/cdn.kimchidaily.net./wp-content/uploads/2025/02/03112305/Barbie-Hsu-and-DJ-Koo-cover-Vogue-Taiwan-October-2022-by-Zhong-Lin-8-ezgif.com-webp-to-jpg-converter-150x150.jpg)
Artikel Berkaitan
Baru 48 Tahun, Barbie Hsu Disahkan Meninggal Dunia
Pada 3 Februari, industri hiburan telah dikejutkan dengan berita kematian Barbie Hsu pada usianya 48 tahun, akibat komplikasi daripada radang paru-paru.
Susulan berita tersebut, media telah mendedahkan antara punca kematian wanita tersebut adalah kerana sumber perubatan yang terhad dan keengganan doktor di Jepun untuk merawat pesakit dari negara asing.
![](https://i0.wp.com/cdn.kimchidaily.net./wp-content/uploads/2025/02/04122921/barbie-hsu-death.png)
Khususnya, Barbie Hsu memberitahu bahawa dia mula mengalami simptom seperti batuk dan asma pada 29 Januari, ketika sedang bercuti di Jepun. Meskipun sudah pergi ke hospital, dia beberapa kali dinasihatkan untuk hanya berehat di rumah.
Sehingga lawatan ketiganya di hospital di sana, mendiang akhirnya disahkan menghidap influenza A namun, tiada rawatan lanjut yang diberikan. Oleh itu, komuniti perubatan membuat spekulasi bahawa kelewatan dalam menerima rawatan yang sepatutnya mungkin telah menyebabkan kematian Barbie Hsu.
![](https://i0.wp.com/cdn.kimchidaily.net./wp-content/uploads/2025/02/04122924/barbie-hsu.png)
Selain itu, salah seorang pakar perubatan juga menambah bahawa doktor di Jepun pada umumnya tidak berminat untuk memberi rawatan yang khusus buat pesakit yang bukan dari negara tersebut selain daripada mempunyai akses yang terhad kepada sumber perubatan.
Bagaimanapun, tiada pengesahan atau laporan sah lagi mengenai dakwaan yang dibuat dan hanya spekulasi yang dibuat oleh beberapa pihak sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Suruh Rehat Kat Rumah..” – Pemergian Diratapi Ramai, Kecuaian Doktor Penyebab Kematian Barbie Hsu? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/suruh-rehat-kat-rumah-pemergian-diratapi-ramai-kecuaian-doktor-penyebab-kematian-barbie-hsu/