Surprise Birthday Jofliam From Cik Epal
Ok macam biasa. Kalau aku nak buat apa-apa event untuk diri sendiri,memang selalu aku contact akak miszbeauty ni suruh deco. Senang kerja dengan dia. Aku cakap je apa aku nak, zass semua siap. Masa aku buat birthday husband aku 2 tahun lepas,akak ni jugak yang deco. Boleh baca ENTRI SURPRISE BIRTHDAY tahun 2017 ni kalau nak tengok deco akak tu
Kali ni punya surprise birthday husband, memang aku memerlukan pertolongan member aku. Kalau tak, mahu tak menjadi plan aku ni. Anne ni owner brand Lima Waktu. Dia memang nak jadikan husband aku FACE dia untuk raya tahun ni. Husband aku memang tahu lah benda tu cuma aku nak suruh Anne ni tipu dia yang dia ada event dekat Mandarin Oriental untuk mini fashion show. Suruh dia pakai baju raya siap.Disebabkan dia FACE tahun ni, event tu konon-konon memang proper siap ada wartawan dan artis semua. Anne call husband aku cakap semua benda ni, dan husband aku memang percaya 100%! Hahaha. Sebab Anne ni pon memang selalu collabarate dengan artis buat baju raya, maybe sebab tu husband aku percaya.
Anne mintak izin dengan suami aku cakap nak bawak aku awal pagi sebab nak aku tolong dia untuk event. Suami aku pon bagi je aku pergi sebab aku pon cakap aku ok nak tolong Anne setup event. Dia pergi kemudian dengan Han. Lagi pon awal-awal pagi memang Han tak bangun lagi. Anne cakap dekat suami event pukul 12pm. Dia pon pergi tengahari lah. Aku pagi-pagi dah bertolak dengan Anne pergi "event". Hehe.
Bila dia sampai je Mandarin Oriental, aku suruh Anne ambil dia dan nanti suruh dia sendiri yang bukak pintu untuk satu bilik private ni. Anne cakap wartawan dengan artis semua dah tunggu kau dalam bilik tu. Bila dia bukak je, aku satu family pon
SURPRISEEEEE
Padahal “wartawan Harian Metro” ayah aku, “wartawan Utusan Malaysia” ibu aku, “artis-artis” tu adik-adik aku. Hahaha
Ayah aku bersalam untuk mengucapkan tahniah kepada birthday boy
Ni kali pertama ye ayah aku salam
Kau sabarjap. Nak cerita lagi ni. Haha
Pastu rilek-rilek jap, semua makan-makan dulu. Aku memang bayar buffet dekat Mandarin Oriental ni per pax untuk diorang semua. Makan je lah apa nak makan
Dah makan buffet, aku pon ambil kek dekat staff Mandarin Oriental.Awal-awal dah suruh depa pegang kan kek dengan hadiah aku
Happy Birthday yang ke 30 sayang
Sudah 3 series ye dia
Aku masih lagi 20 an. So aku kena enjoy dulu umur 20 an aku ni sebelum aku masuk 3 series. Heee
Lepas dapat kek, ayah aku salam lagi birthday boy untuk kali ke 2 sempena dapat kek birthday. Haha
Happy birthday Papa Han !! 😘
Lepas dah potong kek, aku nak bagi dia satu hadiah
Kadang-kadang appointment checkup aku pagi-pagi. Bila Han kadang-kadang tak bangun awal, memang aku pergi sorang je jumpa doctor. Suami jaga Han.Kali ni pregnant, memang lambat aku tahu jantina baby. Dulu masa pregnant kan Han, 2 bulan aku dah tahu dah aku dapat baby boy
Ingat tak aku cerita aku kena minum air gula dekat ENTRI NI ?Haa time ni lah sebenarnya aku baru tahu aku dapat baby girl. Balik umrah baru aku tahu aku dapat baby girl.Time ni aku pergi sorang sebab appoinment 8am. Han tak bangun lagi. So dia jaga Han dekat rumah
Aku dan family aku dah tahu aku dapat baby girl. Tapi husband aku tak tahu. Aku tipu dia cakap dapat baby boy lagi kali ni😂
Dia memang berharap anak ke dua ni baby girl. Bila aku tipu dia cakap baby boy, muka dia macam frust tapi still dia cakap “tak pe lah, janji baby kita sihat”
Tapi time birthday dia ni baru aku nak reveal dekat dia sebenarnya dapat baby girl! Ehehe. Alhamdulillah dapat sepasang. 🤗
Semestinya adik Han nanti nama seketul jugak macam Han. Haha 😆
So dalam sampul tu adalah surat yang menyatakan aku dapat baby girl.So itu lah hadiah nya. Hehe
Next, aku nak bawak dia satu tempat. Dia cakap "tadi dah tahu jantina baby,jangan lepas ni bagitahu baby dah lahir dah lah" Haha
Pastu dia teka aku nak bawak dia naik helikopter 🚁. Come on lah. Kemon. Kemon. Tak kan aku nak tiru apa dia surprise dekat aku dulu kott. Naik helikopter, so yesterday lah. Haha
Mesti lah aku lagi inovatif dan maju ke depan dari idea dia bawak naik helikopter tu. Ingat aku noob ke.haha 😝
Kitorang pergi naik grab. Apa-apa hal tutup mata dia dulu
Family aku, aku dah suruh gerak dulu dah
Dalam grab car, aku cakap dekat Han. "Han, kiss papa bagi hadiah birthday"
Han pon kiss laju-laju, siap pakej air liur sekali. Haha
Sampai je next destination, terus
SURPRISEEEEEEEEE!!
Teka siapa orang pertama yang akan salam birthday boy?
===================
Tak payah jawab. Semestinya ayah aku!! Hahahaha
Setiap kali ada elemen surprise, setiap kali tu lah dia salam birthday boy ucapkan tahniah. Haha
Han siap peluk kereta dok cakap "bumblebee"
Han ni dia memang peminat Bumblebee. Haritu cerita Bumblebee keluar wayang, dia nampak poster cerita tu je dia cakap nak tengok Bumblebee. Asal dia nampak kereta warna kuning dekat jalan raya,mesti dia akan cakap tu bumblebee. Tak kisah lah tu kereta apa pon. Asal warna kuning je dia sebut Bumblebee 😂
Tanya dia, kereta ni siapa punya? Dia dengan pantas menjawab
"Han punyaaa"😂😂😂
Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan Jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa-apa kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta
Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia
Kalau dia layan aku macam QUEEN 👸, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING 🤴
Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai 😊
Masa aku first time test drive Ford Mustang 5.0 GT ni tanya salesman
Aku: Bunyi dah kuat.Kalau nak mengaum lagi boleh ke?😂Salesman: Kalau nak bunyi lagi mengaum tu kena tukar ekzos.Terus garang bila dia bersuaraAku: Saya nak bunyi yang macam Bumblebee tu boleh tak? Berapa kalau nak tukar ekzos
Salesman: Boleh tukar. Tambah lagi RM10k kitorang settlekan semua
Add on lagi RM10k pon aku on je lah. Sebab aku memang nak Jofliam drive bagi dia feeling-feeling BUMBLEBEE. Alang-alang nak bagi hadiah, biar bagi dia puas hati terus.Baru nak pi subuh dekat masjid pon,bergegar jiran-jiran. Hahaha 😄
Aku tahu bumblebee Transformers tu kereta Chevrolet Camaro. Bukan Ford Mustang 5.0 GT ni.Cuma aku nak bunyi ekzos macam Bumblebee je.Memang nama ekzos tu pon bumblebee. Ehehe. Kebetulan pulak Han memang asal nampak kereta kuning, dia ingat bumblebee. So feeling-feeling bumblebee je lah bila dah tukar ekzos sekali. Heee
Aku memandang kehidupan bukan dari satu sudut tapi aku pandang kehidupan dari sudut-sudut yang berbeza. Aku sangat percaya, bila kita ada rezeki lebih dan buat orang sekeliling kita happy, kita akan lebih murah rezeki
2 wishlist aku yang dah tertunai untuk aku guna duit aku 100% :
-Bawak parents aku pergi umrah dengan pakej VIP- Done ✅-Nak beli kereta Ford Mustang 5.0 GT before aku cecah 30 tahun (tapi ni aku hadiah kan untuk papa Han) - Done ✅
Aku ada 2 wishlist lagi yang aku nak capai:-Nak bawak parents aku pergi HAJI dengan pakej VIP pulak lepas ni
-Nak bina sebuah masjid yang interior nya sangat mewah dan nak jadi kan masjid tu antara masjid yang tercantik dekat Malaysia 🇲🇾. Aku tak nak letak masjid tu atas nama aku. Tapi aku nak letak atas nama “Hamba Allah yang gonjeng”. Haha 😂
Aku memang suka berangan dari kecil dan aku sangat banyak impian yang aneh-aneh. Tapi aku akan PASTIKAN aku dapat capai semua impian aku tu dengan guna kan duit usaha aku 100%
Aku tak kisah duit aku makin susut dan tak banyak tapi aku hanya nak rezeki yang aku dapat tu berkat dan orang sekeliling aku happy.Aku nak hati yang tenang dan merasa CUKUP dengan apa saja yang DIA bagi sepanjang aku hidup❤️
FULL VIDEO dah siap! Masih mengekalkan lagu favourite kitorang zaman bercinta dulu. Dulu dia surprise aku pakai lagu ni, kali ni aku surprise dia aku nak jugak guna lagu yang sama! 😂
Nak baca entri dia surprise aku naik helikopter dulu boleh tengok ENTRI NI . Heee.
Happy birthday saiyang 😘Enjoy your new ride 🐎❤️
Untuk yang nak kurus dengan cara yang sihat dan selamat. Tak ada kesan cirit birit, pening kepala atau heart beat laju. Boleh lah try FairFit. Memang awesome gila FairFit ni. Kalau beli, confirm repeat order. Rasa dah lah sedap 😋
Stok dekat HQ dah habis sekarang tapi ada segelintir lagi agent yang masih ada stok.Kalau korang nak beli FairFit pastikan beli dengan agent yang SAH yang nama dan number phone dia ada dalam website FAIRFIT ye
Nak tengok banyak testimoni customer, boleh follow instagram @fairfithq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikepal06.blogspot.com/2019/02/surprise-birthday-jofliam-from-cik-epal.html