Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 Cafe


Setelah beberapa bulan berbincang nak buat surprise bachelorette party untuk kawan kami; Rica Zaireen, akhirnya terlaksana juga. 
Ini pengalaman & bachelorette party pertama yang Diah hadiri. Yelah kan, zaman dulu mana ada buat party macam ni. Kalau ada pun sekadar keluar makan dengan kawan rapat. 
Rica merupakan kawan satu pejabat Diah sewaktu masih bekerja dulu. Tempat terakhir bekerja sebelum Diah ambil keputusan jadi suri rumah sepenuh masa. 


Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 CafeDari tahun lepas lagi struggle nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua jemputan supaya boleh hadir. Tetamu jemputan pun berlainan background. 
Nama pun kejutan untuk pengantin perempuan jadi tetamu jemputan terdiri daripada kawan sekolah, kawan Universiti dan kawan satu pejabat yang rapat dengan bride to be. 
Sebelum majlis berlangsung, beberapa bulan sebelum tu kami ramai-ramai berbincang untuk pilih tema, lokasi, menu dan aktiviti yang nak dibuat. 
Kami putuskan untuk buat sendiri dan tak melibatkan event planner. Rasa leceh la pula nak libatkan orang luar. 
Memandangkan masing-masing ada pengalaman dan jadi tulang belakang kalau ada event dekat pejabat jadi kita buat sama-sama. 


Celebrate Bachelorette Party Di Palmierra 28 CafeMasing-masing dah janji sehabis baik menjaga rahsia supaya bakal pengantin tak syak apa-apa memandangkan kebanyakkan mereka bekerja di pejabat yang sama dan selalu keluar makan bersama. 
Apa yang seronok semua kawan-kawan yang terlibat sporting sangat. Tak berkira, sentiasa berikan idea untuk pastikan surprise berjalan lancar. 
Lokasi yang kami pilih untuk adakan bachelorette party adalah di Palmierra 28 Café yang terletak di Petaling Street. Betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. 
Senang je nak cari café ni sebab ianya terletak berhadapan dengan Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, di Chinatown. 
Nak mudah naik je pengangkutan awam. Diah guna LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.  
Café di cat dengan warna hijau Turquoise yang ceria seakan memanggil orang untuk datang ke sini. Hiasan dalaman pun cantik, sedap mata memandang. Antara cafe instagrammable dalam KL patut korang kunjungi. 


Kejutan Untuk Bakal PengantinSeronok tak terkata bila kejutan untuk pengantin berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan berlaku pada saat akhir. 
Memang di luar jangkaan dan masing-masing dah buat sehabis baik. Di hari kejadian, kawan kami yang ditugaskan bawa belon hiasan / prop terlambat sedikit sebab terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. 
Belon helium yang sepatutnya kami letak di kerusi pengantin untuk menambah seri majlis. Tapi tu semua tak mencacatkan majlis pun. 
Bakal pengantin senyum lebar sebab kami berjaya kumpulkan kawan-kawan yang dia rapat dan lama tak jumpa. 
Ikut plan asal, kami semua (sepuluh orang kesemuanya) akan sampai dulu dan tunggu bride to be dekat café. Kiranya bila Rica sampai dan kami akan jerit “surprise” ramai-ramai. 
Bakal pengantin terharu tapi berjaya kawal muka dan tahan diri dari menangis. Antara moments manis yang baik untuk dikenang di masa hadapan. 


Permainan & Aktiviti Menarik - Bachelorette Party
Lepas semua dah reda baru kami mula dengan aktiviti. Sebelum tu masing-masing dah pesan air dan makanan ringan untuk alas perut. 
Aktiviti pertama kami permainan ‘Cuba Teka Siapa Saya’. Bakal pengantin kena teka individu yang digambarkan melalui klu yang diberikan. 


Beberapa hari sebelum majlis, masing-masing kena beri lima klu berkaitan diri. Untuk mudahkan kami print klu atas kertas. 
Memang seronok. Pendek kata kami enjoy sangat. Ada beberapa tekaan yang tak perlukan pengantin nak ambil masa yang lama untuk di teka dan ada juga klu yang tak disangka-sangka. 
Kemudian kami berhenti sekejap untuk makan dan kemudian sambung dengan permainan kedua iaitu Bachelorette Bingo. 
Seperti game Bingo yang biasa tu cuma kami tukar Bride To Be akan baca senarai pernyataan yang disediakan. Kami hanya boleh lorek kotak jika pernyataan tu berkaitan dengan diri. 
Memang kena jujur bila main permainan ni lepas tu kena tunjuk bukti. Pemenang ditentukan oleh mereka yang paling cepat habiskan 5 kotak yang berderet. 
Masing-masing tak mahu kalah ya. Café tu meriah dengan gelak tawa kami. Café pula sentiasa penuh dengan pelanggan. 
Salute lah walaupun pelanggan café ramai tapi mereka masih mampu handle pesanan walaupun sedikit lambat. 
Aktiviti terakhir kami hadiahkan kek kegemaran pengantin. Ditempah khas dari Gula Cakery mengikut perisa kegemaran bride to be. 
Gula Cakery KL East Mall dah jadi venue Diah untuk celebrate birthday family. Suka makan dekat sana. 
Celebrate Birthday Airis Lima Tahun   |     Birthday Lunch


Berbaloi sebab sedap. Sebelum balik kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/03/surprise-bachelorette-party-untuk-kawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analysts Surprise Move Will Strengthen Zahid S Hold On Party

Analysts Surprise Move Will Strengthen Zahid S Hold On Party

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 156 hits
The abrupt change of the Melaka government leadership which caught many by surprise is set to pave the way for a stronger and more stable Umno in the state Analysts believe that the changing of the chief minister would cement president Datu...
Jumpa Kawan Yang Dah 10 Tahun Tak Jumpa

Jumpa Kawan Yang Dah 10 Tahun Tak Jumpa

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 150 hits
Semalam excited sebab nak pegi jumpa seorang kawan lama yang dah 10 tahun tak jumpa Kalau lalu bagitau dapat jumpa kat tengah jalan pun jadik la Sam lama sangat tak jumpa Sam Ujarnya ketika itu Sayu pulak mendengarnya Haruslah ditunaikan ta...
Kawan Kawan Lari Dah Ka Tak Kan Tak Ada Yang Datang Sembang

Kawan Kawan Lari Dah Ka Tak Kan Tak Ada Yang Datang Sembang

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 99 hits
Takut apa tak salah lagi nak takut apa Siang malam mereka berdoa nak jatuhkan PMX tapi yang tak tenang fikiran dan tak boleh tidur tu abah cow W Faudzin
Nak Kecoh Pulak Dah Sapa Kawan Dengan Pas Akan Kecoh Lagi Satu Pas Suka Perguna Parti Lain Untuk Kemenangan Parti Dia

Nak Kecoh Pulak Dah Sapa Kawan Dengan Pas Akan Kecoh Lagi Satu Pas Suka Perguna Parti Lain Untuk Kemenangan Parti Dia

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 135 hits
Apa dah jadi angin bertiup kencang dalam parti lebai yg tak senang hati dgn politik dalaman parti gerakan Pihak Gerakan di percayai akan mempergunakan penyokong yg mengundi parti pas utk mendapatkan lebihan kerusi adun utk Gerakan dalam pil...
Agen Komeneh Rupanya Pas Dan Lebai Nak Kawan Dengan Komeneh Juga Ya Ish Ish Ishhh

Agen Komeneh Rupanya Pas Dan Lebai Nak Kawan Dengan Komeneh Juga Ya Ish Ish Ishhh

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 135 hits
Ini kalau DAP yang buat posting macam ni teruslah cakap unsur komunis meresap masuk Malaysia ni Confirm terus DAP parti komunis Tapi bila yang tulis tu kaum sendiri diam je la Silap silap bangga lagi pulak Guane boh
Wanita Ini Harapkan Jejaka Kacak Dari Turki Yg Akan Duduk Sebelah Dia Tapi Yg Sampai Buat Kawan Kawan Dia Semua Ketawa

Wanita Ini Harapkan Jejaka Kacak Dari Turki Yg Akan Duduk Sebelah Dia Tapi Yg Sampai Buat Kawan Kawan Dia Semua Ketawa

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 217 hits
Apa yang seronok kalau bercuti dengan orang yang kita rapat adalah melihat kerenah rakan dan gelagat mereka Ada kalanya sampai tak kering gusi seperti telatah seorang wanita yang dikenali sebagai Maksom menerusi video TikTok zarolzarif ini
Isteri Minta Tolong Kawan Bff Jagakan Suaminya Sebelum Mereka Dicekup Bermadu Asmara Di Atas Katil

Isteri Minta Tolong Kawan Bff Jagakan Suaminya Sebelum Mereka Dicekup Bermadu Asmara Di Atas Katil

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 196 hits
Baru baru ini di China seorang wanita meminta bantuan daripada kawan baiknya untuk menjaga suaminya semasa dia keluar bekerja di luar kawasan Namun begitu BFFnya melakukan lebih daripada apa yang diminta Apabila dia pulang ke rumah hatinya ...
Westerng Cafe Rawang Menanjikan Makanan Western Yang Simple Sedap

Westerng Cafe Rawang Menanjikan Makanan Western Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 230 hits
Apabila kita sebut tentang budaya pemakanan di Malaysia tentu kita mudah sedar bahawa orang Malaysia cukup beruntung Hidup dalam masyarakat berbilang kaum membolehkan kita menikmati pelbagai makanan dari pelbagai budaya Jadi makanan barat a...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional