Suria Klcc Kembalikan Nostalgia Aidilfitri Dengan Dekorasi Rumah Desa Nelayan
SURIA KLCC KEMBALIKAN NOSTALGIA AIDILFITRI DENGAN DEKORASI RUMAH DESA NELAYAN | Assalammualaikum semua! Pada 30 Mac 2023 Ruby telah menghadiri pelancaran kempen Hari Raya Di Desa Nelayan Suria KLCC. Rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau kenangan perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini.
Menariknya pada tahun ini adalah, Ruby dapat masuk ke dalam rumah kampung tersebut. Terus perasaan rindu suasana beraya di kampung muncul. Dari set kerusi zaman dulu, set pinggan mangkuk, bumbung, dinding papan, rumah dua tingkat, suasana verandah, ada buaian di tepi rumah dan televisyen lama. Huwaaaaa menggamit memori sungguh
Jika anda ke Suria KLCC pada waktu malam, anda boleh lihat persembahan formasi air pancut Tasik Simfoni dengan warna hijau bersama muzik. Kemudian anda dapat melihat Menara Berkembar Petronas bertukar warna dari warna biasa, hijau dan ke kuning cair. Replika Pelita Terbesar setinggi 50 kaki juga menghiasi ruang Esplanade KLCC. Jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar okay?
SURIA KLCC KEMBALIKAN NOSTALGIA AIDILFITRI DENGAN DEKORASI RUMAH DESA NELAYAN
Kempen Hari Raya Suria KLCC akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023. Dekorasi tahun ini disesuaikan untuk memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana yang dapat dirasai melalui kehidupan di kampung nelayan.
Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court” yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Keunikan pelbagai dekorasi bakal mengundang memori indah di suasana kampung yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa
Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu
Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”
Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah bagi menerikan suasana sambutan Hari Raya. Di samping itu, para pengunjung juga turut berpeluang untuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan
Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC
Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki bakal membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”. Replika pelita yang gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia
“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia malahan dari serantau dunia pada setiap tahunnsetiba nya bulan Ramadhan dan Syawal
“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.
Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya. Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli utama yang membat pembelian Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 semasa kempen perayaan kali ini akan menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.
Sepanjang bulan Ramadhan, pegawai perkihdmatan pelanggan yang bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma kepada para pengunjung untuk persiapan berbuka puasa
Melalui inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang masih berterusan, Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA
Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, Pusat Beli-Belah Alamanda akan menganjurkan kempen Hari Raya yang akan menampilkan tema Desa Nelayan. Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran.
Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada. Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda
Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama. Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama menyertai sesi berbuka puasa.
Kanak-kanak ini akan menerima sumbangan duit raya selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan menonton pelbagai persembahan tradisional menarik. Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan.
MESRA MALL
Tema Desa Nelayan juga bakal membuka tirai di Pusat Beli-Belah Mesra Mall yang berlokasi Kemaman, Terengganu. Sebuah reka bentuk perkampungan kecil yang menjadi pusat penempatan nelayan juga akan menjadi tema dekorasi dan hiasan di Pusat Beli-Belah Mesra Mall.
Suasana nostalgik ini dapat menyentuh memori dan kenangan kehidupan yang sederhana yang lazim di sesebuah perkampung nelayan Melayu
Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall
AKTIVITI DAN PERSEMBAHAN DI MESRA MALL
Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds yang mana antaranya adalah pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang.
Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpelung menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai pertandingan Reka Bentuk Sampin Raya menggunakan kain “Felt”. Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli belah bermula dari 9 sehingga 27 April
Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai pertandingan
peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April. Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket
Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui pertandingan tarian pada 7 April. Pertandingan ini terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.
Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran hanya dengan beberlanja RM50 sebelum sesi pertandingan
Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. Persembahan pencak silat akan diadakan pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang.
Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang. Persembahan yang julung danneksklusif ini adalah terbuka untuk kesemua pengunjung
MESRA MALL BUBUR LAMBUK
Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang
Dalam meraikan kehadiran Ramdahan dan Hari Raya kali ini, pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik.
Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman. Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra” yang akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam di perkarang Pusat Beli-Belah Mesra Mall
SURIA KLCC | ALAMANDA PUTRAJAYA | MESRA MALL
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/04/suria-klcc-kembalikan-nostalgia.html