Surat Untuk Menteri Kasut Stokin



Orang jadi Menteri, awak pun sebok nak jadi Menteri..! Bila dah jadi Menteri lain pulak yang dia dahului..! 
Kadang kadang kurang bercakap lebih kerja tu lebih baik..! Itu sebab ada bualan di kalangan masyarakat yang melihat seseorang tu diam mungkin sekadar buat buat bodoh tapi bila buka sahaja mulut rupanya CONFIRM bodoh..!
Baca dan tolong ler..
Saya telah memerhatikan saudara Dr Maszlee semenjak dilantik menjadi menteri pendidikan sebaik sahaja kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan. Ketika pelantikan itu, saya adalah salah seorang yang menyambut baik pemilihan saudara memandangkan apa yang saudara sering utarakan sebelum ini, adalah perkara-perkara yang sebetulnya adalah harapan kebanyakan rakyat untuk disuarakan. Dan semestinya orang yang mempunyai pemikiran dan hala tuju seiring dengan harapan rakyat, perlulah disokong
Setelah dilantik juga, saya melihat kaedah yang saudara gunakan, dengan lawatan mengejut ke sekolah-sekolah bagi melihat sendiri keadaan infrastruktur dan juga kelengkapan sekolah, adalah sesuatu yang asing, tidak pernah dilakukan oleh menteri-menteri sebelum ini, juga saya lihat, tidak dilakukan oleh menteri-menteri lain yang ada sekarang. Ia sangat baik dan khalayak mempunyai harapan yang ia akan menjadi satu titik tolak kepada satu khidmat yang lebih baik daripada saudara sebagai seorang menteri
Namun, setelah itu, saya melihat satu persatu apa yang saudara suarakan adalah semakin lari dari aspirasi rakyat. Isu kasut hitam untuk pelajar, isu PTPTN yang tak berkesudahan dan sebagainya mengakibatkan nilai serta nama saudara jatuh merudum, malah semakin rendah berbanding menteri-menteri di zaman kerajaan lama dahulu
Saya tidak ingin menyentuh tentang isu-isu yang telah saudara ambil perhatian, suarakan, ambil tindakan dan juga jadikan sebagai satu ketetapan yang bagi saya semuanya itu hanyalah isu yang samada mempopularkan saudara, atau mendatangkan kemarahan khalayak kepada saudara, tetapi saya ingin menarik perhatian saudara kepada satu isu yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam kementerian yang saudara terajui iaitu isu Sistem Kontrak Perkhidmatan dalam sektor pendidikan
Kita sedia maklum, suatu masa dahulu, kakitangan yang menjalankan aktiviti pembersihan, aktiviti kawalan keselamatan, penjagaan lanskap dan sebagainya adalah merupakan sebahagian dari kakitangan awam yang dibayar gaji dan menerima kemudahan sepertimana kakitangan awam yang lain
Bagaimanapun, pada satu ketika, ia telah diubah dengan pengurusan diserahkan kepada syarikat-syarikat secara kontrak dan pekerja-pekerja ini bukan lagi menjadi sebahagian dari kakitangan awam. Sejak itu, sebenarnya, sebahagian beban kepada kementerian, dari segi kestabilan tenaga kerja telah dilepaskan dan menjadi tanggungjawab syarikat swasta untuk memastikan tenaga kerja yang stabil dibekalkan kepada sekolah-sekolah bagi memenuhi tuntutan kerja-kerja seperti dijelaskan di atas
Pembayaran bermasalahApa yang menjadi masalah adalah, kebanyakan syarikat yang mendapat kontrak untuk membekalkan tenaga kerja bagi tugas-tugas tersebut, sebenarnya adalah kurang berkemampuan dan gagal untuk menjadi majikan yang baik kepada pekerja-pekerja ini. Ia menjadi satu lubuk mencari untung kepada kapitalis yang terbabit dan menjadikan pekerja-pekerja kontrak ini seumpama hamba. Kebanyakan pemilik syarikat ini adalah bekas kakitangan awam berpangkat yang menubuhkan syarikat setelah pencen dan seolahnya, kontrak ini adalah sebagai imbalan kepada khidmat mereka sewaktu dalam tugas sebelum ini. Tanpa pengalaman menguruskan syarikat, mereka ini jelas gagal dalam melaksanakan apa yang sepatutnya sebagai seorang majikan
Antara masalah yang sering timbul adalah pembayaran gaji yang lambat, gaji dibayar secara runcit (tidak penuh dan berkali-kali), caruman KWSP dan PERKESO tidak dilakukan walaupun gaji kakitangan dipotong, dan pekerja sering menjadi mangsa apabila mereka meluahkan atau menyuarakan masalah kepada pihak majikan dengan ancaman untuk ditukarkan ke lokasi yang jauh, atau ditamatkan perkhidmatan dan sebagainya
Masalah lain juga timbul kerana setiap kontrak berlangsung selama tiga tahun. Pada peringkat permulaan, pekerja akan menerima gaji minimum (katakan dalam keadaan sekarang RM1000) dan setelah berkhidmat selama tiga tahun, gaji mereka mungkin meningkat ke RM1200, tetapi apabila kontrak majikan diperbaharui, kedudukan pekerja terjejas kerana dalam banyak kes, mereka akan dikira sebagai pekerja baru dan kembali menerima gaji minimum walaupun gaji telah naik sebelum itu
Yang paling memeritkan kini, setelah kerajaan baru mengambil alih selepas PRU ke-14 dalam bulan Mei 2018, pembayaran yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan didapati bermasalah sepertimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bertarikh 17 September 2018 dan yang paling teruk menerima kesan adalah kalangan pekerja yang menerima gaji mereka secara berperingkat, kadangkala RM200 untuk seminggu, dan kemudian RM150 minggu seterusnya walaupun dalam kontrak kerja mereka menjelaskan bahawa gaji perlu dibayar sepenuhnya paling lewat 7 haribulan pada bulan berikutnya
Sehubungan itu, saya ingin menyeru kepada saudara sebagai menteri pendidikan untuk turun sendiri meninjau perkara ini dan menyaksikan sendiri kualiti hidup golongan pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah ini. Dan besarlah harapan saya agar suatu tindakan yang berkaitan dapat dilakukan bagi menangani perkara sebegini dan alangkah baiknya jika khidmat-khidmat sebegini, dikembalikan kepada sistem yang lama di mana ianya secara terus antara kerajaan dan pekerja sebagai kakitangan awam, tanpa melibatkan pihak syarikat swasta yang jelas hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira nasib golongan pekerja ini
Kami di Parti Sosialis Malaysia banyak menangani kes-kes berkaitan pekerja kontrak sebegini yang tidak dibayar gaji dengan betul, tidak dicarum KWSP dan PERKESO walaupun gaji mereka dipotong setiap bulan untuk tujuan tersebut, dan seribu satu masalah lagi yang jelas menekan golongan pekerja sedangkan majikan bersenang lenang dengan hasil titik peluh golongan pekerja ini
Kami juga bersedia untuk berbincang dengan pihak saudara bagi menunjukkan dengan jelas tentang isu ini agar dapat membuka mata saudara untuk melaksanakan tindakan yang seterusnya demi kebaikan semua pihak
WAN ZAMZAHIDI WAN ZAHID merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Sosialis Malaysia
sumberKetepikan dari parti politik mana penulis tu berjuang, soal yang diangkat tu lebih penting..!Mazlee faham tak ni?Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2018/11/surat-untuk-menteri-kasut-stokin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Bambang Kegiatan Filantropi Salah Ditanggapi Sebagian Besar Masyarakat Kita

Menteri Bambang Kegiatan Filantropi Salah Ditanggapi Sebagian Besar Masyarakat Kita

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 200 hits
Dia turut mengutip laporan The World Giving Index yang menempatkan Indonesia berada di peringkat pertama negara paling dermawan di dunia Menurutnya hal tersebut seolah menunjukkan bahwa toleransi tak harus diukur lewat tingkat kekayaan hart...
Atasi Defisit Neraca Perdagangan Menteri Jonan Minta Ri Tiru Jepang

Atasi Defisit Neraca Perdagangan Menteri Jonan Minta Ri Tiru Jepang

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 232 hits
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Ignasius Jonan mengatakan defisit itu disebabkan ekspor industri nonmigas RI yang masih terbilang kecil Indonesia dinilai perlu meningkat ekspor pada industri nonmigas ini Dia pun memaparkan ekspor di ...
Zionis Angkat Bendera Putih Gencatan Senjata Menteri Pertahanan Letak Jawatan

Zionis Angkat Bendera Putih Gencatan Senjata Menteri Pertahanan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 561 hits
PADA petang semalam Selasa 13 November 2018 Zionis mengangkat bendera putih dan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata Gencatan senjata tersebut yang dipelopori Mesir membuktikan kemenangan jelas buat mujahidin yang sehingga saat akh...
Menteri Wajar Tolak Jawatan Lain Demi Kredibiliti Kata Penganalisis

Menteri Wajar Tolak Jawatan Lain Demi Kredibiliti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 456 hits
Awang Azman Awang Pawi berkata PH tidak perlu terikut ikut amalan kerajaan terdahulu di mana menteri boleh memegang pelbagai jawatan KUALA LUMPUR Seorang menteri kabinet wajar menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan kepada mereka agar...
Blak Blakan Menteri Jonan Soal Masalah Pengembangan Energi Baru Terbarukan Di Ri

Blak Blakan Menteri Jonan Soal Masalah Pengembangan Energi Baru Terbarukan Di Ri

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 250 hits
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Ignasius Jonan menilai transformasi penggunaan energi baru terbarukan sebagai energi bersih kedepannya akan memakan biaya yang tidak sedikit Meski begitu dia mengaku mendukung peningkatan penggunaan EB...
Menteri Sri Mulyani Ingatkan Perbankan Adaptif Terhadap Inovasi Fintech

Menteri Sri Mulyani Ingatkan Perbankan Adaptif Terhadap Inovasi Fintech

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 272 hits
Ketua Umum Perhimpunan Bank Nasional Kartika Wirtoatmodjo menjelaskan revolusi industri bukan lagi hal masa depan melainkan terjadi saat ini Dia menyebut sejumlah disrupsi teknologi yang bisa memengaruhi perbankan antara lain robotics machi...
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 624 hits
Ingatkan cerdik sangat la si Menteri ni rupanya bila memegang amanah kalut memikul tanggungjawab Khabarnya ramai pentadbir dan kakitangan di UIA berang dengan sikap Mazlee ni Mazlee pun sebenarnya gagal mendapat kerjasama dari pentadbir dan...
Berhenti Jadi Menteri Bapa Perkauman Hindraf Mesti Ada Muslihat

Berhenti Jadi Menteri Bapa Perkauman Hindraf Mesti Ada Muslihat

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 445 hits
PERLU PINDA Perlembagaan KE UNTUK HILANGKAN KEISTIMEWAAN MELAYU Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2 3 majoriti tetapi perlu kelulusa...
Mahathir Rombak Kabinet Bukti Menteri Tak Dipercayai Soal Najib

Mahathir Rombak Kabinet Bukti Menteri Tak Dipercayai Soal Najib

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 334 hits
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merombak Kabinet dalam masa terdekat sebagai bukti menteri baharu tidak berwibawa Apakah kepemimpinan sekarang tidak percaya dengan Kabinet sendiri Biasanya r...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti