Surat Terbuka Kepada Amin Idris


JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN 

SAUDARAKU Amin Idris. Tidak salah untuk berdiskusi. Kerana sejak dulu Kelantan terkenal sebagai Universiti Politik Terbuka. Anda juga sering dijemput di Negeri Serendah Sekebun Bunga. 

Namun di sana perlu disusun adab dan akhlak dalam kita menjemput pihak-pihak untuk berdiskusi. Begitulah saat kami menjemput anda. Penuh tertib dan sopan mengikut luhur yang sepatutnya. Bukan semberono meletak tarikh dan masa tanpa persetujuan anda. Begitu bukan?

Amatlah tidak beradab kita yang tentukan masa dan waktunya. Sedangkan pihak yang ingin kita jemput belum dihubungi memaklumkan persetujuannya. Alangkah manisnya jika disusun budi dan luhur dengan awalnya mendapat persetujuan di pihak Menteri Besar (MB) Kelantan sebelum dihebohkan berkaitan ‘show anda’.
Saudara Amin.
Anda bukan orang baru dalam media. Anda sering dijemput, diundang pelbagai versi bual bicara. Kesemuanya saya pasti ada prosedurnya, ada tertibnya, ada norma akhlaknya. Pernahkah pihak penganjur letakkan tarikh dan masa sebelum mendapat persetujuan anda sebelum hebahan atau promosi? Bagaimana perasaan anda jika penganjur palu gendang program bersama anda sebelum anda sempat dirujuk?
MB Kelantan amat mudah untuk didekati. Pintu pejabatnya terbuka luas kepada sesiapa sahaja. Tanpa kira parti, pangkat, bangsa mahupun keturunan. Tiada ‘body guard’ atau protokol asing untuk berdamping.
Anda menyalahkan pegawai-pegawai Pejabat MB Kelantan yang ‘tidak melayan’ panggilan dan pesanan anda. Sekiranya anda tidak memprovokasi atau mensensasi perkara ini, anda pasti tahu yang rakan-rakan anda di Pejabat MB Kelantan amatlah mudah untuk bekerjasama sekiranya akhlak, adab dan tertib mendahului bicara anda. Pegawai sama sekali tidak boleh menjawab dan memberi keputusan bagi pihak ketuanya sebelum perbincangan dibuat. Provokasi dan jemputan melalui Facebook (FB) adalah tidak ‘tertib terning’  bagi status ‘Selebriti Magnet Sucsess’seperti anda. 
Anda bukan asing dengan program di Negeri Kelantan. Malah kerap diundang dengan penuh adab dan tertib keluhuran Timur.
Saudaraku.
Jika tertib di awalnya, alangkah indahnya perjalanan seterusnya. Tertib dan cermatlah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati. Biduk lalu kiambang bertaut.
*JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN-Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/surat-terbuka-kepada-amin-idris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amin Idris Teruk Kena Label Kerana Kritik Pas

Amin Idris Teruk Kena Label Kerana Kritik Pas

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 336 hits
Bila kritik orang semua okBila dikritik walaupun menyuarakan suara rakyat maka DILABEL 1 Pro PH2 Tidak ikut saluran3 Tak tabayyun4 Tak faham isu5 Tercicir dari jemaah Bila kita buat inisiatif untuk diskusi jawab soalan rakyat serta FAHAMKAN...
Surat Terbuka Buat Bekas Rakan Rakan Dalam Pas

Surat Terbuka Buat Bekas Rakan Rakan Dalam Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 711 hits
Dzulkefly Ahmad Salam dan sejahtera buat bekas rakan rakan dalam PAS sekalian Meskipun genap lima tahun kita berada dalam wadah perjuangan yang berbeza pada hakikatnya kita masih lagi bersahabat Jiwa jiwa kita bertaut dalam memperjuangkan l...
Keluarga Tun Datu Mustapha Harus Berterima Kasih Perjuangan Usno Diteruskan Pandikar Amin

Keluarga Tun Datu Mustapha Harus Berterima Kasih Perjuangan Usno Diteruskan Pandikar Amin

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 416 hits
KOTA KINABALU 16 Sept Keluarga pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun seharusnya berterima kasih kepada pemimpin dan ahli baharu parti kerana meneruskan semangat perjuangan tokoh politik itu se...
Video Maruf Amin Kembali Viral Ahok Itu Sumber Konflik Maka Itu Harus Kita Habisi

Video Maruf Amin Kembali Viral Ahok Itu Sumber Konflik Maka Itu Harus Kita Habisi

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 335 hits
Awal awal rencana Menteri BUMN Erick Thohir mengajak Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok menjadi petinggi di salah satu BUMN sudah banyak mendapat kritikan Kritikan tersebut masih terdengar saat Erick menunjuk mantan Gubernur DKI Jakarta itu ...
Anak Sulung Bakal Lahir Tak Lama Lagi Fattah Amin Hadiahkan Lagu Nasyid

Anak Sulung Bakal Lahir Tak Lama Lagi Fattah Amin Hadiahkan Lagu Nasyid

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 720 hits
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin baru baru ini telah melancarkan single terbaru berunsur Islamik berjudul Kiriman Agung dan lagu tersebut adalah istimewa untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi source
Wapres Ma Ruf Amin Minta Kasn Awasi Netralitas Asn Di Pilkada 2020

Wapres Ma Ruf Amin Minta Kasn Awasi Netralitas Asn Di Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 237 hits
Ma ruf mengatakan salah satu indikator pelaksanaan sistem merit yang baik adalah dengan dilaksanakannya seleksi terbuka Jabatan Pimpinan Tinggi Sebab penempatan individu sesuai dengan kompetensinya pada suatu jabatan tertentu merupakan hal ...
Fattah Amin Sentiasa Di Sisi Fazura Hitung Waktu

Fattah Amin Sentiasa Di Sisi Fazura Hitung Waktu

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 1171 hits
PELAKON Fattah Amin sangat terkesan dengan sikap kerja keras isterinya yang juga pelakon Nur Fazura apabila masih lagi bekerja walaupun sarat hamil anak sulung mereka Pelakon filem Miimaland itu berkata justeru dia sentiasa meluangkan masa ...
Hiburan Saya Tengok Pun Jadi Kesian Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin Buat Kerja

Hiburan Saya Tengok Pun Jadi Kesian Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin Buat Kerja

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 329 hits
Meluahkan rasa kebimbangan berkenaan sikap isterinya pelakon Nur Fazura yang masih kuat bekerja usia kandungan kini telah mencecah lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata sulung sekitar bulan depan pelakon tampan Fattah Amin dedah perk...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank