Surat Pengesahan Majikan Tidak Memadai Perlu Kebenaran Polis Rentas Daerah Kp Selangor


 
Nizam Zain
KLANG – Orang ramai yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Mukim Klang perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya berhasrat untuk melakukan rentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari bermula malam ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, surat kebenaran atau pengesahan penjawatan daripada majikan tidak memadai bagi memastikan mereka dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).
“Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.
“Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu,” katanya yang ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Pegaga, Bukit Tinggi Klang, malam tadi.
Pihak polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Pegaga, Bukit Tinggi Klang, malam iniTerdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan sebanyak dua SJR dan penutupan jalan di Klang.
Antaranya Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan, manakala penutupan jalan membabitkan Jalan Batu Unjur 9.
Satu lagi SJR pula diadakan di Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, manakala penutupan jalan pula membabitkan jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53.
Dalam pada itu, bagi memudahkan orang ramai yang berada dalam lingkungan SJR membuat permohonan rentas daerah, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan itu dilakukan.
“Kita nak memudahkan masyarakat di sini, tak perlu pergi ke balai polis
“Kita ada adakan perkhidmatan itu di sini (SJR). Kalau pergi ke balai polis ramai-ramai buat apa.
“Jadi kita akan memudahkan. Malah kami akan memuat naik borang kebenaran itu di Facebook kami dan masyarakat boleh muat turun,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/surat-pengesahan-majikan-tidak-memadai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Kebenaran Untuk Keluar Dari Kawasan Pkpb Polis Selangor

Perlu Kebenaran Untuk Keluar Dari Kawasan Pkpb Polis Selangor

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 488 hits
Foto HiasanM Update 9 10 2020 Orang ramai yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai hari ini perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar dari kawasan...
Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Pkpb

Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Pkpb

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1427 hits
SURAT KEBENARAN PELEPASAN BEKERJA PKPB Kepada majikan yang sedang menguruskan pergerakan pekerja ekoran PKPB berikut adalah contoh surat SURAT KEBENARAN PELEPASAN BEKERJA untuk diberikan kepada pekerja bagi memudahkan pergerakan ke tempat k...
Hanya 4 Daerah Covid Tinggi Seluruh Selangor Pkpb

Hanya 4 Daerah Covid Tinggi Seluruh Selangor Pkpb

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 303 hits
Tindakan Kerajaan Persekutuan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor mengejutkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Menurut Amirudin dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor bersama J...
Muat Turun Borang Rentas Daerah Pkpb

Muat Turun Borang Rentas Daerah Pkpb

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 3067 hits
Berikutan langkah Kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor orang ramai yang ingin merentas keluar atau memasukinya perlu muat turun borang rentas daerah PKPB...
Apa Itu Kawalan Rentas Daerah

Apa Itu Kawalan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 316 hits
APA ITU KAWALAN RENTAS DAERAH Kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menter...
Polis Temui Surat Wasiat Mangsa Kepada Anak Lelaki

Polis Temui Surat Wasiat Mangsa Kepada Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 461 hits
Mayat seorang wanita ditemui disumbat dalam beg di Jalan Aman Sibu awal pagi Selasa Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa ditemui tanpa sebarang pengenalan diri bersama dengannya Keadaan mangsa k...
Macau Scam Sprm Tahan Beberapa Ketua Polis Daerah 3 Pegawai Jsjd 1 Pegawai D7

Macau Scam Sprm Tahan Beberapa Ketua Polis Daerah 3 Pegawai Jsjd 1 Pegawai D7

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 507 hits
Macau Scam SPRM tahan beberapa Ketua Polis Daerah 3 pegawai JSJD 1 pegawai D7Beberapa pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman IPK Kuala Lumpur dan IPD ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Lapor setakat ini beber...
Covid 19 Empat Daerah Di Selangor Kini Zon Kuning

Covid 19 Empat Daerah Di Selangor Kini Zon Kuning

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 552 hits
SHAH ALAM Empat daerah di Selangor ditakrif sebagai zon kuning wabak koronavirus setakat jam 12 tengah hari semalam Selangor Task Force Covid 19 menerusi kenyataan memaklumkan dua kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan...
Polis Teliti Keperluan Siasat Mb Selangor Akui Keluar Kuarantin

Polis Teliti Keperluan Siasat Mb Selangor Akui Keluar Kuarantin

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 340 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani KUALA LUMPUR Polis akan melihat keperluan untuk menyiasat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang baru baru akui keluar kuarantin untuk tangani isu pencemaran air di Sungai Semenyih ya...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti