Surat Khas Untuk Dr Radzi Jidin




Assalamualaikum yang berbahagia Dr Radzi Jidin. Saya seorang waris murid dari utara dan anak-anak saya bersekolah di Kedah.
Tuan Dr, bermula daripada kes pertama Kluster Sivagangga sehinggalah ke kluster terkini iaitu Kluster Sungai, kes positif covid telah banyak dikesan di kalangan murid sekolah.
Kami para waris di sini bukan sahaja bimbang anak-anak akan terkena jangkitan, tetapi setiap kali ada kes walaupun melibatkan seorang murid atau waris murid, beribu murid lain akan dipaksa menjalani saringan swab.
Saya yakin tuan tahu bahawa prosedur ini boleh menjadi mimpi ngeri buat anak-anak terutamanya murid pra dan rendah.
Unit Pendidikan Kesihatan Kota Setar pernah mendedahkan bahawa 10,621 sample telah diambil bagi saringan selama dua hari, dan ini belum termasuk sekolah-sekolah yang pernah disaring sebelum itu, contohnya di Sungai Petani, Kulim dan lain-lain. 


 Ada murid yang sudah takut dan trauma hendak ke sekolah akibat daripada saringan tersebut.
Saban hari saya sebagai waris murid menunggu respons daripada pihak KPM khususnya tuan sebagai menteri kanan pendidikan.
Jangan katakan hendak mengeluarkan sebarang kenyataan atau rasa simpati, hendak menulis mengenai Kedah di laman media sosial tuan dan KPM pun tidak.
Yang saya nampak hanyalah perkongsian mengenai Sabah, Sabah dan Sabah. Melawat sekolah-sekolah di Sabah, bermain bola sepak di Sabah, semuanya di Sabah.
Gigih sungguh team KPM berkampung di sana.
Sekolah-sekolah di Kedah ini tuan jeling pun tak mahu, sedangkan kes di sekolah-sekolah di sekitar Kedah lebih tinggi berbanding Sabah pada waktu itu terutamanya di Kota Setar.
Dan kes di Kedah ini sudah lama bermula dan berkemungkinan akan terus berlaku. Kami di sini tidak cemburu, cuma tertanya-tanya, pihak tuan tidak pandai memberi prioritikah?
Rakyat yang memerhati tindak-tanduk tuan sudah boleh mengagak dari awal mengapa tuan dan team begitu gigih peduli Sabah.
Ya, kerana PRN Sabah.
5 minggu cukup lama
Sambil menyelam sambil minum air, dan pada 29 September, semua spekulasi itu terjawab apabila tuan telah memuat naik status di Twitter mengakui bahawa tuan telah menjelajah bumi Sabah selama lima minggu demi “pilihan raya negeri Sabah 2020”.
Lima minggu adalah tempoh yang sangat lama.
Jika sekolah-sekolah di Kedah diberi perhatian sepanjang tempoh lima minggu itu, tidaklah 10,000 lebih murid terpaksa ‘diswab’!


Saya sangat kecewa.
Tuan Dr, bersyukurlah kerana masih ada peluang kedua. Peluang untuk tuan menebus kesilapan lalu.
Di saat semakin banyak negeri mula terjejas akibat kes positif yang dibawa pulang dari kawasan berisiko tinggi, adalah baiknya tuan mula memberi fokus kepada tugas hakiki tuan pula iaitu menyantuni pendidikan, sekolah-sekolah, guru-guru dan murid-murid.
Mohon faham bahawa prioriti tuan adalah kami semua, bukan parti politik tuan!
Tutuplah sekolah-sekolah lebih awal supaya keadaan lebih terkawal. Belajarlah daripada apa yang berlaku di Kedah.
Jangan menggunakan pendekatan wait and see dan hanya menutup sekolah apabila berlaku kes.
Murid-murid di Kedah sudah melaluinya dan pengalaman itu cukup perit. Pendekatan prevention is better than cure adalah jauh lebih relevan pada waktu ini.
Kami faham bahawa pendidikan itu penting, tetapi nilai keselamatan adalah jauh lebih penting.
Bukan kami meminta sekolah ditutup bertahun-tahun, memadai beberapa minggu, sebulan, atau sehingga kes di seluruh negara reda sedikit.
Mungkin akan ada pihak yang bertegas bahawa penutupan sekolah berada di bawah kuasa MKN atau KKM.
Jika ini berlaku, maka adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk fight for us demi keselamatan bersama.
Saya pasti, guru-guru juga mungkin berada dalam keadaan tertekan.
Tak kasihankah?
Selain mengajar, mereka terpaksa memikul tanggungjawab besar dalam memantau setiap pergerakan murid bagi menjaga SOP.
Di Kedah, melalui maklumat yang saya dapat, pernah ada kes murid-murid mendapat jangkitan selepas menggunakan pengangkutan yang sama.
Seperkara lagi, tidakkah proses saringan besar-besaran akan menelan belanja yang besar?
Perbelanjaan untuk saringan swab, PPE dan sanitasi - tidakkah membazir?
Dan tidak ada belas kasihankah kepada frontliners? Mudahan perkara ini dapat diberi perhatian segera.
Sekian daripada saya.
Oh ya, memandangkan tuan ke Sabah atas tujuan utama berpolitik, segala kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kementeriankah, atau ditaja oleh parti?
Kami rakyat bawahan hanya mampu berdoa semoga tuan dan pihak KPM jujur menggalas amanah, tidak menggunakan peruntukan kementerian untuk tujuan yang tak sepatutnya.
Semoga tuan dan team dirahmati Allah SWT. Semoga keprihatinan dan sifat profesionalisme tuan terus SuBuR.

LYN AHMAD
MR :   Apa pandangan perlu perhatian 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/surat-khas-untuk-dr-radzi-jidin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Khas Untuk Menteri Pendidikan

Surat Khas Untuk Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 377 hits
LYN AHMAD Assalamualaikum yang berbahagia Dr Radzi Jidin Saya seorang waris murid dari utara dan anak anak saya bersekolah di Kedah Tuan Dr bermula daripada kes pertama Kluster Sivagangga sehinggalah ke kluster terkini iaitu Kluster Sungai ...
Permohonan Baru Geran Khas Prihatin

Permohonan Baru Geran Khas Prihatin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 630 hits
GERAN KHAS PRIHATIN PERMOHONAN BARU GKP APA ITU GKP Bagi anda yang memiliki SSM anda boleh memohon bantuan RM3 000 atau GKP Bantuan ini akan diberikan secara one off kepada perusahaan kecil dan sederhana bagi meringankan beban kewangan terj...
Geran Khas Prihatin 2 0 Semakan Status Kelayakan Permohonan

Geran Khas Prihatin 2 0 Semakan Status Kelayakan Permohonan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 855 hits
GERAN KHAS PRIHATIN 2 0 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2 0 semakan syarat kelayakan boleh dibuat sebelum membuat Mengikut unjuran 200 000 PKS MIKRO akan mendapat manfaat daripada GKP GKP...
Ketika Perutusan Khas Perdana Menteri Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Abah Muhyiddin Yassin

Ketika Perutusan Khas Perdana Menteri Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Abah Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 478 hits
Hari ini PM Muhyiddin Yassin telah membuat satu sidang media perutusan khas tentang keadaan ekonomi negara Malaysia sekarang Beliau telah umumkan beberapa pakej bantuan rakyat yang boleh meringankan beban sepanjang PKPP ini Perutusan khas k...
Permohonan Geran Khas Prihatin Rm3 000 Untuk Peniaga Mikro Dibuka Semula Mulai 1 Oktober 2020

Permohonan Geran Khas Prihatin Rm3 000 Untuk Peniaga Mikro Dibuka Semula Mulai 1 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 336 hits
233 total views 233 views today Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN kepada peniaga mikro bagi membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid 19 Perkara tersebut diumumkan oleh Perd...
Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini jam 12 tengah hari ini Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting Sumber memberitahu pengumu...
Sekolah Pendidikan Khas Dekat Di Hati Saya Tmj

Sekolah Pendidikan Khas Dekat Di Hati Saya Tmj

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 379 hits
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA TMJ Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sekolah pendidikan khas adalah perkara yang amat dekat di hati beliau dan keluarganya Menurutnya pe...
Perdana Menteri Akan Sampaikan Perutusan Khas Petang Jam 2 30 Petang Ini

Perdana Menteri Akan Sampaikan Perutusan Khas Petang Jam 2 30 Petang Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Malatsia Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Kita Prihatin pada jam 2 30 petang ini Perutusan oleh Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM Bernama TV3 dan Astro Awan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan