Surat Kepada Dap Seru Terima Islam Subky Latif




APA lagi dengan marah dan kata nista terhadap Guan Eng yang sangka taawun PAS-Umno demi lancar ‘perang’ terhadap bukan Islam Malaysia dan Kor Meng yang sangka taawun itu demi membentuk pemerintahan Taliban kedua selepas Afghanistan.

Sangkaan kedua mereka menambah keduanya tidak diterima sebagai pemimpin Malaysia bila-bila masa selepas ini. Selayaknya mereka kekal jadi pemimpin DAP saja. Terlepas jadi menteri kewangan dan timbalan Speaker sekarang tidak melayakkan jadi negarawan yang diiktiraf semua.

Cukuplah dengan hukuman untuk mereka. Akan tetapi sekalipun Rom dan Parsi amat benci Islam semasa Rasulullah SAW diutus jadi Rasul dulu baginda meneruskan dakwah kepada pemerintahan bukan Islam yang berjiran dengan wilayah Islam Semenanjung Arab.

Baginda hantar misi ke wilayah tidak Islam itu termasuk Rom dan Parsi menyeru maharaja masing-masing menerima Islam. Tiada ugutan dikenakan kepada mereka, tetapi menyeru dan menasihatkan terimalah Islam.

Tidak seperti yang Nabi Sulaiman sampaikan kepada Ratu Balqis, terima Islam atau sedia dilanggar.

Mesej Rasulullah SAW itu mengandungi jaminan mereka selamat di dunia dan akhirat. Terampun dosa sepenuhnya. Jika enggan, tanggunglah dosa mereka sepenuhnya dan dosa sekalian rakyat masing-masing. Mereka berdosa dan rakyat masing-masing tidak terlepas dosa.

Apa salahnya sunnah Rasulullah SAW itu dihantar kepada pemimpin DAP, bukan justeru ugutan dan paksaan, sebaliknya sebagai nasihat dan sangka baik.

Jika ditolak bukan tidak apa, tapi tanggung teruslah dosa yang ada dan dosa sekalian penyokongnya.

Tidak dikira provokasi jika pimpinan PAS buat seruan itu. Lain-lain pimpinan dakwah seperti mufti wajar sampaikan, moga-moga dikira berbuat sunah Nabi SAW.

Seruan Rasulullah SAW itu ditolak oleh setengahnya termasuk maharaja Rom dan maharaja Parsi. Maharaja Rom tertarik peri benarnya seruan baginda. Dia pun percaya ia adalah seruan Rasul akhir zaman. Tetapi tidak dapat menerimanya kerana takut akan dibantah oleh para paderi dan rakyat.

Maharaja Parsi pula tidak sekadar menempelak perutusan baginda, malah mengoyaknya di depan utusan baginda.

Gara-gara penghinaan itu Rasulullah SAW memaklumkan kepada para sahabat, melalui wahyu yang diterimanya, takhta maharaja Parsi itu dikoyak oleh anaknya sendiri dalam satu rampasan kuasa. Anaknya menggantikannya dengan cara yang hina.

Demikian kebesaran Allah.

Ada pun empayar Rom, Rasulullah SAW tidak tunjuk sebarang reaksi atas penolakannya, tetapi wilayah takluk Rom di utara Afrika dan di selatan Eropah, kecuali Rom, satu demi satu jadi wilayah Islam.

Apa perlunya seruan itu dibuat terhadap DAP? Jawabnya ialah Rasulullah SAW pernah buat begitu kepada pembesar asing bagi memastikan seruan dakwah itu disampaikan. Lazimnya umat terdahulu tidak dibinasakan melainkan Allah utus rasul dulu.

Jangan terus kata DAP akan tolak seperti yang Rom dan Parsi lakukan. Guan Eng tidak terima kerana ia menafikan bukan Islam mencapai kekuasaan melalui demokrasi. Adalah benar pemerintah di wilayah Islam mestilah Islam dulu?

Tetapi Allah ada cara menjadikan musuh tegar Islam menjadi pemimpin besar Islam seperti Umar al-Khatab. Allah hidayatkan dia jadi Islam dan kemudiannya jadi khalifah besar yang disegani semua. 

Jika DAP terima Islam dan Guan Eng jadi Islam, malah jadi 'panglima jihad' pula, tidak ada halangan Guan Eng jadi pemimpin umat Islam Malaysia.

Jika seruan seperti yang Rasulullah SAW itu tidak dicontohi, takut umat Islam nanti ditanya mengapa sunnah Nabi SAW itu diabaikan? –HARAKAHDAILY 17/3/2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/surat-kepada-dap-seru-terima-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shamsul Kenyataan Kit Siang Bukti Dap Anti Islam

Shamsul Kenyataan Kit Siang Bukti Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 424 hits
1 Kenyataan Lim Kit Siang bahawa hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh mahkamah ke atas Alister Cogia pemilik akaun FB Ayea Yea kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai keterlaluan adalah satu lagi bukti DAP anti Islam dan gemar...
Media Malaysia Juga Perlu Berhenti Menyelitkan Propaganda Anti Muslim Islam Seru Pendakwah

Media Malaysia Juga Perlu Berhenti Menyelitkan Propaganda Anti Muslim Islam Seru Pendakwah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 372 hits
Oleh Firdaus WongApa yang dilakukan oleh pengganas berkulit putih di Christchurch barangkali adalah hasil dari propaganda media terhadap ideologi White Supremacy Neo Nazi danretorik anti Islam anti Muslim selama ini Pengganas itu juga menam...
Bila Adun Paloh Mahu Jadi Jambatan Perkenal Islam Kepada Dap

Bila Adun Paloh Mahu Jadi Jambatan Perkenal Islam Kepada Dap

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 298 hits
Sebelum ini kenyataan hasutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama Umno PAS adalah perang terhadap masyarakat bukan Melayu Selang beberapa hari Timbalan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula mengeluarkan kenyataan yang ju...
Informasi Ini Satu Lagi Bukti Dap Parti Anti Islam

Informasi Ini Satu Lagi Bukti Dap Parti Anti Islam

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 394 hits
CHONG Zhemin UTUSAN ONLINEIPOH 21 Mac DAP Perak menyifatkan keputusan kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan untuk membenarkan panggung wayang patuh syariah dibuka di negeri itu membuktikan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang ekstrem Se...
Padah Terlajak Kata Wakil Rakyat Dap Tidak Sensitif Berprasangka Buruk Terhadap Islam

Padah Terlajak Kata Wakil Rakyat Dap Tidak Sensitif Berprasangka Buruk Terhadap Islam

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 368 hits
Perumpamaan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya amat sesuai dengan YB Chew Chong Sin ADUN Mengkibol yang telah mengeluarkan kenyataan sensitif dan ekstremis apabila mengaitkan peristiwa pembunuhan umat Islam di dua bu...
Dap Ingin Masyarakat Melayu Keliru Dengan Status Sebenar Islam

Dap Ingin Masyarakat Melayu Keliru Dengan Status Sebenar Islam

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 295 hits
Mereka akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi perskutuan dengan berpura pura takut Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa Hakikatnya...
Melayu Islam Perlu Berpecah Supaya Mudah Dap Merompak Menjarah Dan Kemudian Lari Ke Luar Negara Bawa Harta Rampasan

Melayu Islam Perlu Berpecah Supaya Mudah Dap Merompak Menjarah Dan Kemudian Lari Ke Luar Negara Bawa Harta Rampasan

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 606 hits
Dia kata PRK kali ini tidak boleh bagi UMNO menang sebab mesti bagi UMNO lenyap Dia kata kalau PAS dan UMNO bekerjasama habislah kita Jika PAS dan UMNO bekerjasama mereka ada 70 undi orang Melayu UMNO 40 tambah PAS 30 Jikalau Kita dapat und...
Amk Keadilan Bimbang Berlaku Pembunuhan Jika Pas Gelar Dap Anti Islam

Amk Keadilan Bimbang Berlaku Pembunuhan Jika Pas Gelar Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 331 hits
Tuduhan anti Islam yang dilemparkan PAS kepada DAP boleh mencetuskan pembunuhan kata Exco Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama AMK PUSAT Wan Ji Wan Hussin Menurutnya perkara tersebut boleh berlaku jika pendirian DAP yang tidak selari dengan ...
Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

Dewan Rakyat Kecoh Pas Tuduh Dap Anti Islam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 263 hits
Diterbitkan Hari ini 7 23 malamSidang Dewan Rakyat hari ini bertukar menjadi panas dan kecoh apabila seorang ahli parlimen PAS melabelkan DAP sebagai parti anti Islam Semasa sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di Pertuan Agon...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord