Surat Dari Semesta By Sofia Roses


Ada kalanya hidup membuat kita penat. Kita jatuh, terluka, lalu bertanya—adakah bahagia itu memang wujud untuk semua orang? Begitulah yang aku rasa ketika membaca Surat Dari Semesta karya Sofia Roses.“Terimalah surat dari semesta sebagai suatu cara untuk kamu terus berdiri dan berjalan, untuk kamu bangkit dan terus kedepan... Kerana setiap dari kita, berhak untuk bahagia… cuma masih belum waktunya, tapi akan tetap ada waktunya.”
Tentang BukuSofia Roses membawa pembaca menyelami dunia puisi yang bukan sahaja sekadar bait-bait kata, tetapi juga sebuah perjalanan emosi. Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang ringan, estetik, dan penuh motivasi.

Yang menarik, setiap puisi tidak terlalu “straight-forward” hingga terasa hambar, dan tidak juga terlalu berbunga-bunga sehingga sukar difahami. Gaya penulisannya berada di tengah —cukup sederhana, namun mampu meninggalkan kesan mendalam.
Sejak diterbitkan pada tahun 2022, buku ini mendapat perhatian hingga tersenarai antara buku puisi popular.



Pengalaman Membaca Buku Surat Dari SemestaAntara yang paling aku sukai ialah bagaimana penulis menggambarkan alam semesta sebagai tempat jiwa kembali tenang. Saat hati gusar, kita sering mendongak ke langit, memandang pepohon, atau mendengar ombak, dan semua itu memberi rasa damai yang sukar dijelaskan. 
Sofia Roses membawa pembaca menyedari bahawa semesta ini bukan sekadar indah dipandang, tetapi juga dicipta untuk menenangkan hati yang resah

Buku ini juga kaya dengan pelbagai tema kehidupan—tentang luka yang tersimpan, harapan yang terpendam, cinta, pengampunan, dan kebahagiaan yang kita nantikan. Kerana variasi inilah ia sesuai untuk semua, tidak kira usia atau latar belakang. 
Cuma bagi pendapat aku, susunan puisi yang agak berterabur sedikit mengganggu aliran bacaan. Namun begitu, ia tidak menjejaskan keindahan keseluruhan karya yang tetap mampu menyentuh hati dan memberi makna mendalam

KesimpulanSurat Dari Semesta adalah sebuah karya puisi yang tulus dan penuh jiwa. Bagi pencinta puisi, buku ini adalah bacaan yang wajib ada di rak. Keindahan kata-kata Sofia Roses menjadikan karya ini sangat bernilai untuk dibaca dan dihayati berulang kali

⭐ Rating peribadi: 4.3/5.0

Maklumat BukuTajuk: Surat Dari SemestaPenulis: Sofia RosesTahun Terbit: 2022Penerbit: Zharf Press EnterpriseJumlah Halaman: 187 muka suratHarga: RM27 (Semenanjung Malaysia) / RM30 (Sabah & Sarawak)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/09/surat-dari-semesta-by-sofia-roses.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Tiba Tiba Menggelongsor Dua Beradik Jadi Mangsa Dalam Sekelip Mata

Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda