Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda


Kisah Kelahiran Rasulullah SAW & Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama ‘Muhammad’ Kepada Baginda
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari esok bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1447H, umat Islam disarankan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Hal ini kerana, kelahiran baginda merupakan peristiwa yang penuh berkat dan menjadi permulaan sejarah penting kepada manusia.
Setiap detik kehidupan awal Rasulullah SAW sarat dengan makna dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada seluruh umatnya.
Begitu juga, kisah di sebalik pemilihan nama baginda yang mempunyai keistimewaan dan menjadi inspirasi kepada umat Islam hingga ke hari ini.
Justeru, kami bawakan penjelasan ini daripada perkongsian Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menceritakan kisah di sebalik nama Nabi Muhammad SAW.
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh ceritakan tentang kisah datuk Nabi SAW, iaitu Abdul Muttalib yang beri nama Muhammad dan buat kenduri utk kelahiran Nabi?
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ
Maksudnya: “Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata:
‘Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat.
Dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad.’
(Surah Saff: 6)
Ibn Kathir menjelaskan: Nabi Isa berkata kepada Bani Israil, “Kitab Taurat telah memberi khabar gembira akan kenabianku dan aku sesuai lagi benar dengan apa yang dikhabarkan.
Aku memberi khabar gembira akan kenabian yang datang sesudahku Dia adalah Rasul, Nabi yang ummi (buta huruf), orang Arab, orang Makkah, iaitu Ahmad.”
Nabi Isa AS adalah nabi terakhir dan penutup para nabi Bani Israil. Dia tinggal di kalangan Bani Israil dan memberi khabar gembira akan kenabian Nabi Muhammad, penutup para Nabi dan Rasul yang tidak ada risalah dan kenabian setelahnya.
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 8/109)
Al-Syaukani berkata: Ahmad merupakan nama lain bagi Nabi kita, Muhammad. Ia bermaksud yang lebih terpuji dan kebaikan baginda yang melebihi orang lain.”
(Lihat Fath al-Qadir,5/221)
Berkenaan persoalan di atas, selepas dilahirkan, ibunya menyerahkan dia kepada datuknya, Abdul Muttalib. Abdul Muttalib menggendongnya dan membawa dia masuk ke dalam Ka’bah.
Apabila hari ketujuh tiba, beliau menyembelih kambing dan menjemput masyarakat Quraisy. Setelah mereka selesai makan, mereka bertanya:
“Wahai Abdul Muttalib, apakah nama anakmu yang menjadi sebab kamu menjemput kami?”
Abdul Muttalib berkata, “Aku telah menamakan dia Muhammad.” Mereka bertanya lagi, “Bagaimana engkau dapat menamakan anakmu dengan nama yang bukan dari datukmu dan juga bukan nama yang biasa dikenali dalam kalangan kaummu?”
Abdul Muttalib menjawab, “Aku berharap agar seluruh penduduk bumi memujinya, begitu juga penduduk langit.”
Nama Muhammad merupakan nama yang jarang ditemui dalam kalangan Arab Jahiliah, kecuali bagi segelintir orang tua yang mengetahui bahawa Nabi akhir zaman akan bernama Muhammad.
Mereka berharap anak mereka akan menjadi nabi, oleh itu mereka menamakan anak mereka Muhammad.
Selain itu, Allah SWT menjaga setiap individu yang bernama Muhammad pada waktu itu daripada mengaku sebagai nabi, atau orang lain menganggapnya sebagai nabi, atau bahkan menunjukkan sebarang perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan orang lain.
(Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 2/259; Fiqh al-Sirah oleh Dr. Zaid bin Abd al-Karim al-Zaid, hlm. 41)
Kami akhiri dengan doa: اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui.
Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui.
Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. 
Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan.
Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”
BACA: Selain Melayu, Guru Jelaskan Jawi Boleh Diguna Untuk Pelbagai Bahasa
BACA: Ketahui Maksud “Amin” Selepas Bacaan Al-Fatihah – Bahagian Dakwah JAKIM
BACA: Masih Relevankah Hibah Selepas Boleh Dicabar Di Mahkamah?
Sumber: zulkiflialbakri
The post Kisah Kelahiran Rasulullah SAW & Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama ‘Muhammad’ Kepada Baginda appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/05/kisah-kelahiran-rasulullah-saw-kenapa-abdul-muttalib-beri-nama-muhammad-kepada-baginda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2982 hits
Hari ini kita mulakan untuk amalkan 10 hal ini bagi menghidup sunnah Rasulullah SAW 1 Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang 2 Membersihkan mulut dan bersugi Terutama setiap kali selepas makan dan sebelum menunaikan solat 3 Mendoak...
Kenapa Rasulullah Saw Larang Tampar Muka

Kenapa Rasulullah Saw Larang Tampar Muka

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2452 hits
Tahukah korang pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka Saraf ni uruskan macam macam Senyum menangis rasa makanan menelan dan ekspresi wajah kita Apa yang menariknya bentuk...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Mencintai Rasulullah Saw

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Mencintai Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3568 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Mencintai Rasulullah SAW Daripada Abu Hurairah RA ia berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan Nya tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sehing...
Hiburan Nak Letak Nama Anak Muhammad Zaril Pernah Ditanya Soal Anak Amira Othman Dedah Nama Pilihan

Hiburan Nak Letak Nama Anak Muhammad Zaril Pernah Ditanya Soal Anak Amira Othman Dedah Nama Pilihan

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3891 hits
Berita gempar semalam mengesahkan bahawa hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin 35 dan penyanyi 32 akhirnya terjawab apabila kedua duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini Pengumuman itu semestinya membuatkan ramai pemi...
25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4477 hits
Inilah daftar ucapan Maulid Nabi Muhammad SAW yang bisa kamu kirimkan ke keluarga teman sahabat atau diposting di media sosial
Amalan Mudah Itiqomah Yang Baik Dari Sunnah Nabi Saw

Amalan Mudah Itiqomah Yang Baik Dari Sunnah Nabi Saw

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2507 hits
Sunnah Nabi SAW harus di lakukan untuk kebaikan dalam kehidupan ini Malam Rabu 10 09 2025 membuat catatan lagi di laman blog PE ini Ada sedikit teruja gembira dan amat senang hati apabila melihat statistik blog Etuza menerusi ruang Dashboar...
Bertambah Seorang Umat Rasulullah Farhatul Fairuzah Selamat Bersalin Anak Pertama

Bertambah Seorang Umat Rasulullah Farhatul Fairuzah Selamat Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4910 hits
Tahniah diucapkan buat johan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV yang berkongsi kegembiraannya kini sudah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam Menerusi Instagramnya Farh...
Teruntuk Anak Bonda Ulangtahun Kelahiran 1

Teruntuk Anak Bonda Ulangtahun Kelahiran 1

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 3899 hits
kali pertama sambut hari lahir anak tapi tak ada gambar proper cuma nak sambut dekat genting highlands bukan buat apa pun hahaha bawa anak naik cable car lepastu pusing pusing cuci mata bawa atas sana sebab sana sejuk nak bawa mall macam bo...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan