Surah Sad
Surah ini dinamakan Sad kerana Sad adalah satu-satunya huruf hijaiyyah daripada huruf-huruf hijaiyah untuk meninggikan Al-Quran yang menjadi mukjizat yang mencabar umat terdahulu dan umat masa kini, dan Al-Quran juga tersusun seperti huruf sad.
Huruf terputus-putus seperti Alif Lam Mim, To Ha, Sad dan lain-lain ini mempunyai maksudnya yang tersendiri dan hanya Allah SWT yang mengetahui apakah maksudnya.
Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa huruf-huruf terputus tersebut mewakili sifat huruf yang lain dan merupakan asas pembentukan sesuatu perkataan.
Ibnu al-Jauzi merekodkan nama lain surau ini adalah surah Daud. Hal ini kerana surah ini memaparkan sembilan nama para anbiya' yang sentiasa kembali beristigfar dan bermuhasabah kepada Allah dalam apa jua ujian yang diterima oleh mereka.
Surah ini menegaskan berkenaan dengan tauhid kebenaran wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah melalui kisah sembilan orang anbiya dan kebenaran hisap pada hari akhirat serta bagaimana kejutan dan rasa aneh yang menimpa Quraisy sebaik sahaja Rasulullah mengumum kan semua Hari ini pada awal perjuangan nabi.
Surah ini turun semasa permulaan dakwah Rasulullah secara terus terang di Makkah iaitu sekitar tahun ke-4 kenabian.
Namun masih ada beberapa pandangan yang menyatakan bahawa surah ini turun lebih lewat daripada itu di Mekah.
Selain itu gambaran tentang iblis juga disebutkan di penghujung surah ini dan juga perintah untuk berserah diri kepada Allah.
Oleh itu jika dibandingkan antara pengajaran yang baik dalam penyerahan diri kepada Allah dilihat daripada kisah iblis yang telah ingkar kerana kesombongan singgah terperangkap dalam kekufuran dan jauh dari rahmat Allah.
SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2022/03/surah-sad.html