Surah Al Kahfi Dan Fitnah Dunia


 




Surah Al-Kahfi dan Fitnah Dunia
==========
1. Dalam zaman yang penuh dengan tipu daya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran daripada Surah al-Kahfi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.


2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka. 


3. Kisah kedua pula mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh daripada Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah:


وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا


“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)


4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh daripada bimbingan Allah.


5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.


6. Manakala kisah yang terakhir mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.


7. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:


“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


8. Ia pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan daripada petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara. 


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


https://t.me/MyHadithTime/1577


*


Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri
=====
1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ


“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.” 


2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hati mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya:


إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ 


“sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). 


3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup.


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://t.me/MyHadithTime/3385


*
Amalkan Doa Memohon Petunjuk
=======
1. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi ialah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk daripada Allah dalam urusan mereka. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk daripada Allah. Firman Allah:


إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.”


2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk. Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.


3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon daripada Nabi Khadir agar mendidiknya supaya beliau boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:


قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا


“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)


4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:


قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin)


5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:


وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ


Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)


6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.


Semoga Allah membimbing kita dengan petunjuk-Nya.


Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Follow IG MyHadithTime: https://www.instagram.com/myhadithtime/


Telegram:
https://t.me/MyHadithTime
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2024/02/surah-al-kahfi-dan-fitnah-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jepun Hilang Gelaran Sebagai Ekonomi Ketiga Terbesar Dunia

Jepun Hilang Gelaran Sebagai Ekonomi Ketiga Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 241 hits
Jepun secara mengejut masuk ke dalam resesi pada penghujung tahun lalu kehilangan gelarannya sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia kepada Jerman dan menimbulkan keraguan mengenai bila bank pusat akan mula keluar daripada dasar monetari y...
Kalau Yang Bernilai Di Sisi Allah Saya Terima Abby Abadi Tak Bersara Dari Dunia Lakonan Cuma Memilih Watak

Kalau Yang Bernilai Di Sisi Allah Saya Terima Abby Abadi Tak Bersara Dari Dunia Lakonan Cuma Memilih Watak

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 190 hits
Pelakon sensasi Abby Abadi memaklumkan bahawa dia kini lebih selesa berniaga namun tidak bersara daripada dunia hiburan dan lakonan Aktres yang terkenal dengan drama Gerak Khas ini menegaskan bahawa dia hanya akan menerima tawaran berlakon ...
Anggota Kpps Di Kendal Meninggal Dunia Saat Penghitungan Suara

Anggota Kpps Di Kendal Meninggal Dunia Saat Penghitungan Suara

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 190 hits
Sorang anggota KPPS di Kendal Teguh Joko Pratikno meninggal dunia saat penghitungan suara pada Rabu sekitar pukul 23 30 WIB
Nazmi Saharuddin Pengadil Malaysia Di Piala Dunia 2026

Nazmi Saharuddin Pengadil Malaysia Di Piala Dunia 2026

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 132 hits
Malaysia berada di peringkat dunia Itulah yang boleh diungkapkan apabila pengadil Malaysia di piala dunia 2026 Pengadil tersebut telah mewarnai dunia bola sepak Malaysia dan kerap menjadi pengadil perlawanan FIFA sebelum ini Pengadil dari M...
Ada Anggota Kpps Meninggal Dunia Kpu Lempar Bola Ke Dpr

Ada Anggota Kpps Meninggal Dunia Kpu Lempar Bola Ke Dpr

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 162 hits
KPU sudah pernah mengusulkan untuk pengubahan metode perhitungan suara namun ditolak DPR
Hendak Mencoblos Pria Di Jambi Meninggal Dunia Di Bilik Suara

Hendak Mencoblos Pria Di Jambi Meninggal Dunia Di Bilik Suara

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 174 hits
Korban sebelumnya sempat pingsan Saat dicek denyut nadinya ternyata sudah meninggal dunia
Lirik Lagu Ini Dunia Aizat Manshahar

Lirik Lagu Ini Dunia Aizat Manshahar

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 164 hits
Jalan masih jauhDan waktu terus cemburuJangan lah kau raguKu akan bersamamuJanganlah kau takutMemang dunia begituTerus tersenyumKu bersamamuDi bawah panas mentari kita kan menari Kerna sesudah hujan pasti ada pelangi Menempuh segala berdua ...
21 Negara Sahkan Penyertaan Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

21 Negara Sahkan Penyertaan Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Seramai 21 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini dari 18 hingga 26 Mei Ini disahkan oleh presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia Datuk Mohd S...
Tiga Petugas Kpps Di Ntt Meninggal Dunia Usai Pencoblosan Pemilu

Tiga Petugas Kpps Di Ntt Meninggal Dunia Usai Pencoblosan Pemilu

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 218 hits
Tiga petugas KPPS yang meninggal dunia ini tersebar di tiga kabupaten yakni Alor Belu dan Malaka
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara