Supol Pm Zahid Gelar Anjing Johari Abdul Dan Abdullah Sani


Setiausaha Politik Perdana Menteri balas kenyataan PKRLabel Johari dan Abdullah Sani seperti anjing menyalak
Mohd. Asron Mustapha
04 Jun 2019 1:21 PM
1.2KSHAH ALAM 4 Jun - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip tampil dengan kenyataan keras apabila melabelkan Datuk Johari Abdul dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, yang sering mendesak agar Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan tarikh bila penyerahan jawatan kepada penggantinya akan dibuat, seperti anjing sedang menyalak.
MOHD. ZAHID MD. ARIP Ia dilihat sebagai kenyataan paling keras daripada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak polemik tentang bila tarikh sebenar Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dimainkan pihak tertentu walaupun Perdana Menteri sudah berulang kali memberitahu, yang beliau berpegang pada janji berkenaan.
Pada masa yang sama, Muhammad Zahid dalam analoginya berkata, anjing tersebut berpenyakit dan kini kuat menyalak kerana mahu mendapat perhatian daripada tuannya.
"Kita hidup dalam satu taman, hidup berjiran. Rumah jiran ada bela anjing dan anjing ini pula berpenyakit iaitu penyakit kalah bertanding di peringkat cabang dan dia mula perasan yang tuan dia mula menyampah dekat dia. Jadi dia menyalaklah untuk tarik perhatian dan ini bukan salakan pertama.
"Ini sebenarnya plot untuk beri tekanan kepada Tun Mahathir dan plot ini takkan berhenti di sini, akan diulang untuk beri tekanan yang kemuncak. Orang lain tidak boleh tenangkan anjing-anjing ini, hanya tuan dia saja boleh, jadi kita harap tuan dia bersuara, jangan ada sifat baling batu sembunyi tangan," katanya dalam satu rakaman video hari ini.
Johari yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah pada Ahad, menyatakan keyakinannya terhadap masalah di Kedah akan dapat diselesaikan dalam tempoh empat atau lima bulan akan datang.
Katanya, penyelesaian akan dapat diatasi apabila Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan itu dalam tempoh terdekat berdasarkan perjanjian sosial di kalangan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH).
Sebelum itu, pada Jumaat, Abdullah Sani meminta Dr. Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilakah beliau akan memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.
Abdullah Sani bertegas bahawa tidak memadai sekiranya Dr. Mahathir terus berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada presiden PKR itu tanpa menyebut dengan jelas tempoh masanya.
Dalam pada itu, Muhammad Zahid berkata, kepimpinan Bersatu sebenarnya tidak berhasrat untuk membalas kenyataan Johari dan Abdullah Sani tetapi tekanan berterusan tersebut dianggap sebagai sudah melampau.
"Kita hidup dalam satu taman, kita pun tak kisah dia nak menyalak tapi dah nampak melampau sangat sampai kita pun tak selesa dan rakyat sedang memerhati mereka yang desprado dalam PH ini," katanya.


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/setiausaha-politik-perdana-menteri-balas-kenyataan-pkr-1.913226



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2019/06/supol-pm-zahid-gelar-anjing-johari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapakah Haziq Abdullah Abdul Aziz

Siapakah Haziq Abdullah Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 516 hits
Terus menjadi perbualan hangat di media sosial berkenaan video seorang Lelaki yang dikaitkan dengan aksi intim bersama seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan Pakatan Harapan Fokus kini tertum...
Yb Johari Abdul Buat Kenyataan Bodoh Yang Boleh Merosakkan Perpaduan Sesama Parti Parti Komponen Ph Di Negeri Kedah

Yb Johari Abdul Buat Kenyataan Bodoh Yang Boleh Merosakkan Perpaduan Sesama Parti Parti Komponen Ph Di Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 370 hits
Kenapa yb johari abdul buat kenyataan yang boleh merosakkan reputasi kerajaan PH negeri kedah Beliau sudah lama jadi ahli parlimen sg petani dan kenyataan seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin senior PH di kedah Ap...
Johari Abdul Mp Sungai Petani Yang Bodoh

Johari Abdul Mp Sungai Petani Yang Bodoh

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 696 hits
YB JOHARI ABDUL BUAT KENYATAAN BODOH YANG BOLEH MEROSAKKAN PERPADUAN SESAMA PARTI PARTI KOMPONEN PH DI NEGERI KEDAH Kenapa yb johari abdul buat kenyataan yang boleh merosakkan reputasi kerajaan PH negeri kedah Beliau sudah lama jadi ahli pa...
Disangka Anjing Ternyata Seekor Beruang Seriously

Disangka Anjing Ternyata Seekor Beruang Seriously

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 498 hits
Berkaitan isu yang tular berkaitan seekor beruang matahari ditemui di kawasan kediaman kondominium bekas peserta program realiti Rockanova Zarith Sofia Yasin tampil memberi penjelasan Penyanyi yang dikenali dengan gelaran Pia itu ditahan Ja...
Pahala Membantu Anjing

Pahala Membantu Anjing

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 241 hits
Pengikut Mazahab Syafie seperti yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia meletakkan hukum tidak boleh memelihara anjing Anjing dikategori sebagai najis berat Jika tersentuh dengan bahagian badan anjing kena cuci tujuh kali termasuk me...
Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam

Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 986 hits
Sangka Sunbear Adalah Anjing Zarith Sofia Dikecam Susulan kontroversi memiliki beruang matahari atau sunbear secara haram penyanyi Zarith Sofia Yasin teruk dikecam warganet kerana dikatakan tidak boleh membezakan antara haiwan terancam itu ...
Saya Sangka Anjing Rupanya Beruang Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang

Saya Sangka Anjing Rupanya Beruang Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1126 hits
Susulan daripada penahanan oleh PERHILITAN ke atas seorang penyanyi yang merupakan bekas peserta program realiti Rockanova Zarith Sofia Yasin mendedahkan punca sebenar membela anak beruang matahari yang viral beberapa hari lepas BACA Bukan ...
Biksu Ashin Wirathu Sebut Masjid Markas Musuh Dan Muslim Anjing Gila Ini Sepak Terjangnya

Biksu Ashin Wirathu Sebut Masjid Markas Musuh Dan Muslim Anjing Gila Ini Sepak Terjangnya

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 344 hits
Ashin Wirathu menggambarkan masjid sebagai markas musuh dan menyebut Muslim sebagai anjing gila Dia juga menuduh mereka mencuri dan memperkosa perempuan Burma dan melahirkan dengan sangat cepat Selama bertahun tahun pihak berwenang Myanmar ...
Anjing K 9 Intai Peredaran Narkoba Kriminalitas Di Terminal Kp Rambutan

Anjing K 9 Intai Peredaran Narkoba Kriminalitas Di Terminal Kp Rambutan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 153 hits
Pengamanan arus mudik terus disiagakan di terminal Kampung Rambutan Jakarta Timur Kamis Mabes Polri menurunkan dua ekor anjing dari unit K 9 untuk mengamankan situasi terminal
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang