Supermoon Akan Muncul Besok Khamis 7 Mei Jam 7 18 Malam
Perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa. -Foto fail
Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
BERSIAP sedia untuk menantikan kemunculan fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun ini.
Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka akan muncul pada Khamis, 7 Mei, ini pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala.
Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei.
Pada Mac lalu, warga dunia telahpun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm’s Moon dan diikuti Pink Moon pada April.
Namun, perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.
Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon).
Lebih menarik lagi, Super Flower Moon ini juga dikenali sebagai Bulan Festival Wesak bersempena dengan kelahiran Gautama Buddha serta permulaan musim bunga yang subur.
Istilah "Supermoon" berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.
Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.
BACA: Supermoon terbesar, paling terang malam ini
Video: Supermoon terbesar, paling terang malam ini
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena Supermoon ini pada minggu ini. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021. (AA)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/supermoon-akan-muncul-besok-khamis-7.html