Sup Sayur Campur Dengan Daging Dan Bab Umrah




Saya sebenarnya sangat teruja dan tak sabar sekali untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci lagi. Siapa yang pernah ke sana, pasti akan sentiasa merinduinya. Walaupun dah berjalan ke merata dunia namun keterujaan itu tidak sama dengan berada di Tanah Suci. 
Ini adalah umrah kedua saya di luar bulan Ramadhan. Yang pertama, lama dulu iaitu tahun 2004. Ketika itu suasana sekitar Masjidil Haram dan Masjidil Haram sendiri jauh berbeza dari sekarang. Hotel ketika itu sangat dekat. Lintas jalan, turun tangga untuk ke dataran masjid dan terus masuk masjid. 
Orang pun tidak ramai seperti sekarang. Dah kedengaran azan, baru berjalan ke masjid. Balik dari solat, boleh ke dataran Kaabah untuk cium hajar Aswad. Masih boleh dekat dengan hajar Aswad walaupun ada jemaah yang sedang berebut rebut untuk menciumnya. 
Oleh kerana berada di luar Ramadhan, pasti aktivitinya sedikit berbeza. Saya bertanya dengan ustaz apakah keutamaan ibadah yang harus difokuskan. Di mana saya dinasihatkan untuk memperbanyakkan tawaf sunat kerana ibadah ini hanya ada di Masjidil Haram sahaja. 
Kelebihannya sangat besar di mana sesiapa melakukan tawaf Baitullah sebanyak 7 keliling diikuti dengan solat sunat tawaf 2 rakaat, mendapat ganjaran pahala yang sangat besar. 

Maksudnya: Barangsiapa yang thawaf di Baitullah tujuh pusingar sambil menghitungnya (supaya sempurna pusingannya) kemudian la solat dua rakaat (solat sunat thawaf) adalah ia seperti memerdekakan seorang hamba. 
Sabda Nabi SAW seterusnya: Tidak  mengangkat oleh seseorang kaki dan tidak meletaknya kecuali ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapus darinya sepuluh keburukan/dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat. 
Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada kita semua yang ingin mengerjakan umrah. Ketika umrah Ramadhan, saya tidak banyak melakukkan tawaf sunat. 
Pertama kerana bila masuk sahaja, saya terus mencari tempat duduk. Bila dah ada tempat duduk, payah untuk kite meninggalkannya tanpa diambil oleh orang lain. Keduanya kerana selalu keseorangan, jadi saya tidak melakukan tawaf sendirian. 
Sebenarnya ada orang yang suka beribadah sendirian dan bangun pagi dan pergi masjid secara senyap senyap. Mungkin alasan tidak ingin mengganggu. 
Saya pula tidak kisah dikejutkan kerana tujuan datang ke tanah suci adalah untuk beribadah. Bukan untuk tidur banyak. Lebih lebih lagi melakukan qiamullail di bulan Ramadhan. Sebenarnya lebih baik kita dapat membantu orang lain juga supaya kita juga mendapat pahala dari ibadah orang yang kita bantu. Itu dari pandangan ustaz ustaz yang pernah saya dengar sebelum ini. 
Antaranya kalau kita dah mampu setiap tahun ke tanah suci, kita bantu orang lain untuk ke tanah suci. Jadi kita juga mendapat pahala dari ibadah umrah mereka. Jadi kami masa itu membuat kutipan bulanan dan sponsor rakan dalam group Whatsapp untuk menunaikan umrah. Tapi ianya terhenti setelah ustaz yang mencetuskan program ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kemboja beberapa tahun dahulu. 
Hari tu saya dah masak sup sayur tanpa daging di SINI. Tapi sebab keenakannya, saya masak lagi sekali. Lagi pulak masih ada baki sayuran yang digunakan baru ni.
Saya teringat ada pulak daging lebih yang saya masak lauk Phad Phed ala Thai yang serious sedap, jadi untuk sup kali ini saya masukkan sedikit lebihan daging dari masak Phad Phed. Tambahkan 1 kiub pati daging untuk tambah keenakan kuah sup. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….

Sup Sayur CampurOleh: Azie Kitchen
Bahan hiris:3 ulas bawang putih3-4 biji bawang besar
Bahan lain:1 genggam daging hiris nipis8 biji fish ball1 keping fish cake1 kiub pati daging1 sudu besar sos tiramSedikit serbuk lada hitamGaram - jika perlu
Bahan sayur:Cendawan shitakeBrokoliLobak merahSaderi - tak letakKacang peasBunga kubis
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan sedikit keperangan, masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya dan tutup periuk. Masak atas api sederhana sehingga daging empuk.

Masukkan sos tiram, kiub pati daging dan sedikit serbuk lada hitam.
Masukkan karot dan kacau rata. Setelah karot separuh lembut, masukkan fish cake dan fish ball.
Masukkan sayur lain dari yang keras sehingga yang jenis lembut. Sesuaikan rasa dan masukkan garam secukup rasa.

Sebelum dihidangkan, tabur sedikit bawang goreng. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/01/sup-sayur-campur-dengan-daging-dan-bab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sup Sayur Campur

Sup Sayur Campur

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 252 hits
Setiap manusia tidak lepas dari diuji Setiap orang tidak dikatakan beriman sehingga mereka diuji Tapi setiap kita diuji mengikut apa yang mampu ditanggung Siapa yang bersabar dan lulus dalam menghadapi berbagai ujian di dunia maka Allah aka...
Popia Sayur Daging Burger Dicicah Dengan Sos Gerenti Licin Sepinggan

Popia Sayur Daging Burger Dicicah Dengan Sos Gerenti Licin Sepinggan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 388 hits
Menu petang apa yang ingin dihidangkan buat keluarga Jom kita buat popia sayur dan daging burger Resipi yang dikongsi ini pasti menjadi kesukaan ramai Ikut langkah demi langkah membuatnya pasti menjadi Popia ni sedap penuh dengan sayuran da...
Search For Missing Umrah Pilgrim Continues

Search For Missing Umrah Pilgrim Continues

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 138 hits
Efforts to find teacher Musthafa Kamal Abdullah 49 who went missing while performing the umrah pilgrimage in Mecca Saudi Arabia more than a month ago continue said his eldest son Muhammad Nabil 26 said that he will be leaving for Mecca this...
Sudah Lebih Sebulan Guru Ini Hilang Ketika Tunai Umrah

Sudah Lebih Sebulan Guru Ini Hilang Ketika Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 148 hits
MALAYSIADATELINEWalaupun telah lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah usaha untuk mencari dan mengesan seorang guru Musthafa Kamal Abdullah 49 tetap diteruskan oleh keluarganya Anak sulungnya Muhammad Nabil 26 berkata dia ...
Hiburan Balik Malaysia Jangan Terdedah Balik Ye Manis Bertudung Di Umrah Netizen Tegur Intan Najuwa

Hiburan Balik Malaysia Jangan Terdedah Balik Ye Manis Bertudung Di Umrah Netizen Tegur Intan Najuwa

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 181 hits
Sedia maklum pelakon jelita Intan Najuwa telah pun selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah bersama ahli keluarganya Pelakon terbabit ada meluahkan dirinya berasa gementar setiap kali ingin mengerjakan ibadah dan merasak...
Hati Hati Marshmallow Ni Anak Makan Sedap Tapi Bab Logo Halal Ramai Tak Kisah

Hati Hati Marshmallow Ni Anak Makan Sedap Tapi Bab Logo Halal Ramai Tak Kisah

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 164 hits
Pelbagai makanan ringan yang berasaskan gula gula snek dan minuman yang ada dijual di pasaran hari ini membuatkan ramai kanak kanak mudah tertarik Tambah lagi dengan pembungkusan berwarna warni lagi buatkan pandangan mata akan tertumpu pada...
Bab 1 Januari 2023 Selamat Tahun Baru

Bab 1 Januari 2023 Selamat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 234 hits
Selamat tahun baru 2023 Mari buka buku baru Bab 1 Januari 2023 yang berakhir dengan kesedihan Bukan mudah untuk menghadapi orang yang kita sayang Kasih seorang abah sepanjang masa sampai bila bila Tahun 2023 perlu bangkit walaupun payah Kit...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion