Sup Kambing Korban Yang Sedap
Saya hari ini ingin kongsikan sedikit petikan dari video Tokku Pasir Gudang tentang kematian mengejut. Bila bermula garisan merah umur kita? Bila masuk umur 60 adalah garis merah. Masuk umur 50 adalah garisan kuning. Masih ada masa untuk pecut. Kaedah lampu kuning.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda umur umat ku adalah antara 60-70. Rasululullah sebut garis merah adalah umur 60 tahun. Maka rugi orang umur 60 yang belum merancang akhirat, bahkan patut merancang bagaimana dia akan mati.
Sebagaimana zaman muda dulu dia merancang bagaimana dia akan hidup. Saya bersara nanti, nak balik kampung beli tanah bina rumah. Tanam pokok sikit. Dengan usia persaraan. Maka kita tanya apa dia punya perancangan akhirat yang Nabi dah sebut garis merah umur 60. Jangan main main dengan umur 60.
Di antara tanda akhir zaman adalah mati mengejut. Di antara tanda kiamat adalah mati mengejut. Baru kita nampak dia beli barang, tahu tahu dia mati. Yang menjadi satu kebimbangan kalau kurang bersedia.
Orang beriman yang biasa hidup beribadah, mati mengejut adalah satu rahmat Allah pada mereka tapi buat mereka yang banyak buat dosa, itu satu musibah buat mereka. Semoga bermanafaat.
Alhamdulillah, saya bersama menantu dan 2 anak telah melakukan ibadah korban dengan memilih kambing biri biri sebagai haiwan korban. Alhamdulillah kerana daging kambing kali ini tak rasa macam kambing biasa.
Hahaha macam mana tu? Pernah dengar tak orang kata, kalau tukang sembelih tak berapa pandai sembelih, kambing akan sedikit berbau. Ini memang tak rasa pula macam daging kambing.
Kalau sebelum ini, saya masak gulai kawah, kali ini saya masak sup. Untuk apa apa yang dikuatiri berbau memang elok kita masak masakan yang banyak menggunakan rempah.
Alhamdulillah sedap sup kambing hari ini. Isinya yang di bahagian celah tulang rusuk lah yang paling “win”. Masya Allah sedap weh. Kalau yang semua daging tanpa lemak langsung pun, tak berapa sedap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Sup Kambing KorbanOleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan A:1 ekor ayamRempah 4 sekawan4 sudu besar rempah sup2 ulas bawang putih- tumbuk pecah2½ inci halia- tumbuk pecah2Serbuk perasaGaram
Bahan kisar:2 biji bawang besar merah4 ulas bawang putih1 inci halia
Bahan lain:Buah tomato - potong daduDaun sup - hirisCili padi - hirisBawang goreng - sekali dengan minyak gorengan
Cara cara:Rebus kambing dengan sedikit garam dan serai sehingga empuk. Setelah empuk, biarkan sejuk supaya lemak dalam air rebusan akan beku. Ceduk keluar lemak yang telah beku.
Tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.
Masukkan garam dan serbuk perasa.
Sebelum dipanaskan untuk dihidangkan, masukkan daun sup, cili hiris, bawang goreng, buah tomato dsb.
Nota:1. Dihidangkan semasa sup masih panas
2. Goreng bawang goreng dan ceduk keluar minyak. Biarkan sedikit minyak dalam bawang goreng.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/07/sup-kambing-korban-yang-sedap.html