Sup Ayam Tumis Darat




Saya ingin kongsikan petikan ceramah oleh Tok Ku Pasir Gudang, Ustaz Md Esa Deraman berkenaan sifat malu. Walaupun panjang, harap dapat baca supaya kita mendapat pahalanya di akhirat kelak. Insya Allah masa yang digunakan untuk membacanya, tidak akan sia sia. 
Ulamak membahagikan malu kepada 4 bahagian. Malu pada Allah, malu pada malaikat, malu pada manusia dan malu pada diri sendiri.
Pertama, malu pada Allah. Hakikat malu yang sebenar seperti disebut Rasulullah supaya sahabat sentiasa ada sifat malu dengan menjaga pengelihatan, pendengaran dan pertuturan. Kamu harus mengingati mati dan saat kehancuran tubuh badan kamu. Dengan mengingati ini, kita akan rasa malu. Malu pada Allah adalah dengan cara menjaga perut, makan dan minum kita. Ulamak menyebut terhasil malu pada Allah dengan mengingati banyaknya nikmat yang Allah berikan pada kita. Sedangkan kita cuai dalam menunaikan hak Allah. Allah sentiasa melihat kamu di mana pun kamu berada. 
Kedua, malu pada malaikat yang sentiasa mengetahui kerana mencatat dan menulis apa yang kamu lakukan. 
Ketiga, malu pada manusia. Ianya ada yang baik ada yang tercela. Yang baik, sabda Nabi bila mana kamu benci perbuatan kamu diketahui manusia lain, jangan kamu buat bila kamu bersendirian. Hendaklah kamu pada Allah seperti mana kamu malu pada lelaki soleh yang ada di hadapan kamu. Ada orang yang kita segan. Kerana kita ada maruah. Allah suruh kita pelihara maruah.
Akhir sekali, malu pada diri sendiri. Ada orang rasa rendah diri, ada orang rasa dirinya hebat. Ada orang gembira, ada orang rasa rendah diri kerana fizikalnya yang rendah sebagai contoh. Kena ada perasaan malu cara sebenar. Malu yang sebenar ialah bila punya tubuh badan sihat tapi tak menggunakannya untuk beribadah pada Allah. Malu pada masa banyak tapi tak guna untuk beribadah. Ada harta banyak tapi tak sedekahkan harta. Itu yang patut kita malu.
Keempat empat ini dituntut, makhluk Allah adalah hadis manakala Allah adalah qadim. Suatu yang dah lama ada secara azali. sebelum kita ada. Kita ada kerana Allah ada. Kita makhluk ada awal ada akhir. Dulu tak ada sekarang ada. Hadis bermaksud yang boleh berubah contoh dari anak sehingga sekarang besar, yang muda dah jadi tua. Apa yang berubah? Fizikal kita berubah. Kita makhluk yang baru. Kenapa kita perlu malu dengan manusia lain yang bersifat baru? Ada had nya. Bila mati, habis lah. Dengan Allah, kita patut malu kerana kejahatan kita. Sabda Nabi bila manusia tidak malu pada Allah, dia akan merosakkan diri. Akan bercakap sesuka hati. Bergaduh berbalah maruah pun hilang. Pemberian Allah tidak pernah ditahan. Sampai waktu akan dapat. Ianya seperti pergerakan usia kita. Begitu juga dengan rezeki. Allah tidak tahan pemberian rezeki. Maka pemberian Allah sentiasa diberi dalam waktu dan tempohnya. 
Apa yang manusia beri pada kita yang kita perlu malu dengan manusia. Bila menunaikan perintah Allah, jangan malu pada manusia. Bila berada dalam kelompok orang tak solat kita malu untuk solat. Kita nak pakai kopiah, rasa malu depan orang pakai maksiat. Ini maknanya kita letak manusia lebih tinggi dari perintah Allah. Itu salah. Jangan kerana malu pada manusia, kita tinggal perintah Allah.
Bagaimana nak ada rasa malu. Lazimkan taqwa kepadanya. Sebut satu nama, lama lama masuk di hati. Hati ini asal dari luar. Dan kita bawa masuk ikut apa yang kita lakukan. Kalau kita lambat solat? Kita rasa resah. Tapi kalau selalu lambat, lama lama kita dah tak rasa resah dan tak rasa malu.
Anak anak kalau masa kecil kita bagi duit. Dia tak nak. Dia tak tahu nilainya duit. Dia ambil kerana dididik oleh ibubapanya supaya ambil. Bila besar akan jadi seorang yang cintakan duit kerana dah masuk dalam hati. Dah jadi amalan biasa. Cara nak malu pada Allah ialah dengan taat dan bertaqwa, sibukkan diri untuk lakukan amal ibadat. Ketika itu akan rasa malu pada Allah. Tanda kematian yang baik bagi orang Islam ialah sabda Nabi bahawa orang beriman mati dengan ada peluh di dahi. Kenapa berpeluh? Kerana malu dia pada Allah. Allah tunjuk syurga sedangkan amalan tak sampai sebanyak tu. Contoh kita bawa duit RM10 ke kedai. Tapi harga sotong ialah RM30. Penjual bagi ambil free, kita malu kerana kita rasa tak layak. Lagi lah dengan Allah, kerana amalan kita tak layak nak dapat syurga.
Ada malu sehingga kita jadi menggeletar atau cakap tergagap gagap. Ada yang malu sehingga berpeluh. Peluh paling hebat adalah peluh ketika mati. Peluh natijah sihat. Itu sebab orang buat exercise akan berpeluh. Orang hidup dengan taqwa pada Allah, akan berpeluh saat mati. Kita nak sangat syurga.
Cari Allah dalam hidup. Kita tuntut Allah. Paling penting dan keutamaan kita. Kurangkan makan kurang tidur untuk saya cari Allah. Cari Allah dengan apa yang Allah ajar. Cari Allah dalam nikmat dan mendampingi orang yang juga mencari Allah. Kita lebih bersemangat kerana sama sama cari Allah dalam hidup. Cari Allah dalam doa, zikir kita doa sama dengan orang cari Allah, cari Allah dalam nikmatnya. Tinggal dunia dan akhirat. Maksudnya kenal Allah dulu yang menciptakan semua ini. Tinggalkan yang lain. Belajar nama Allah, segala perkara berkaitan kudrat Allah. Ketika itu Allah akan sucikan hati kita. Bergantung dengan keluarga takut mereka hilang. Kalau kita sentiasa bersama Allah, Allah akan sentiasa dengan kita.
Kalau sekiranya hati ku tak sibuk dengan Allah. Kamu macam binatang. Hati kita kalau tak letak Allah, habis. Kita jadi seperti binatang. Hati mereka tak ada Allah. Ruginya kita umur dah 60 tahun tapi kita masih mengejar dunia.
Usia mengecut. Dunia kita mulai hilang. Mata dah tak kuat. Mudah tidur. Tak boleh memandu. Start kereta dah mengantuk. Ramai orang yang dunia tunjuk tak nak pada dia. Tapi dia masih nak kan dunia. Masuk tempat umur dah habis, kita akan dihalau keluar. Dah payah tidur waktu malam. Tahu tahu dah subuh. Dunia dah tak nak kamu. Kawan kawan dah hilang kerana mati seorang demi seorang.
Kita tak sedar dunia sedang menceraikan kita. Kita masih terus merayu dunia. Sedang dunia dah ceraikan kita. Akhirat bagi gelaran yang dunia tak mampu bagi. Itu orang bertaqwa. Cara pakaian kita. Dulu pakai seluar pendek. Sekarang dah pakai elok. Bangga dengan fesyen. Aurat akan ditutup. Rambut mulai botak. Tapi masih tak nak tutup aurat. Ada orang Islam makin tua makin lawa. Kerana dah boleh jaga aurat.
Karoeke warga emas. Kalau nak dunia, dunia akan hina. Akhirat bila pilih dia, makin mulia. Cara bercakap nampak hebat. Sampai bila? Sedangkan engkau tak ada tunjuk jawapan nak akhirat atau nak dunia. Ada seorang perempuan tak nak kita walaupun kita dah bagi macam macam hadiah pada dia. Dia maki kita. Sedangkan ada perempuan yang sentiasa senyum pada kita. Tak tahu mana satu nak pilih sedangkan yang nak lah patut dipilih. Jangan bercinta dengan cinta buta. Cinta kena celik. Rupanya lawa lagi akhirat. Cantik abadi kekal. Dunia cuma bangkai tong sampah yang kita dok berebut. Apakah kita belum ada keputusan kita nak ke mana? Kumpulan ride ke akhirat masih ramai. Sampai waktu buatlah keputusan. Nak kejar dunia atau nak mengejar akhirat. Silap pilih habis. Berdiri menunggu perintah Allah. Walau satu langkah mendekati pintu akhirat, bila dicabut nyawa kita termasuk dalam golongan akhirat.
Kalau rezeki kita rezeki kita disimpan berpuluh tahun. Tak tahu siapa pembeli. Rupanya memang rezeki kita. Syurga kita tak akan orang ambil. Neraka kita tak ada orang, kita boleh tebus untuk ganti tempat kita. Ia tidak boleh berlaku. Rezeki kita. Jadi mudah untuk kita bagi jawapan. 
Sukar bagi jawapan kerana masih fikir rezeki. Nak buat apa duit. Nak simpan. Sedangkan Duit bila simpan tak ada nilai. Nak bagi faedah kena keluarkan. Kena fikir solat berjemaah, menuntut ilmu. Waktu lunch rehat sekejap pergi surau. Masa dunia dapat susun dengan tepat. Dunia makin berpecah belah. Pergi solat sekejap tak jejaskan dunia. Kerana rezeki kita masih ada. Semua sebab kita masih ditawan dengan hawa nafsu. Mereka lihat dunia sahaja. Kita nampak jauh lagi. Tak rugi apa pun kalau awak tipu. Kita hidup tenang sebab kita ada akhirat. Ubah cara kita berfikir. Munafik banyak tu jer. 
Mentaliti kita Allah boleh tambah, Allah boelh sembuhkan. Allah bagi jalan keluar. Jangan bersifat macam orang kafir. Cara berfikir juga jangan fikir macam orang kafir. Fikir untung dunia jer. Tipu dalam busines. Orang Islam kita masih boleh untung dengan bersedekah.
Waktu dunia dah habis. Seolah dah sampai umur pencen. Tak ada orang terima lagi. OK setakat ini dahulu, terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis. Semoga bermanafaat. 


Ada pelbagai cara kita menyediakan sup ayam. Tak ada satu cara yang standard. Ada yang ditumis dulu, ada yang dikisar bahan, ada yang guna sup serbuk dan berbagai macam cara.
Hari ini masak sup ayam dengan cara “tumis darat” di mana masak dulu kuah sup. Bahan tumisan seperti bawang ditumis berasingan dan dimasukkan kemudian ke dalam kuah bersekali dengan minyaknya. Kaedah ni biasanya bagi impak rasa berbeza pada sup. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....

Sup Ayam Tumis DaratOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayam1 ketul sup bunjut2 biji ubi kentang1 biji karot2 inci halia - hiris kasar1 kiub pati ayamGaramDaun supMinyak masak
Bahan hiris:3-4 biji bawang merah3 ulas bawang putih
Cara cara:Masak ayam dengan air secukupnya. Setelah mendidih, ceduk keluar buih di permukaan kuah supaya kuah lebih jernih.  
Masukkan sup bunjut, halia, ubi kentang dan karot. Kemudian perlahankan api dan renih sehingga ayam masak dan karot lembut. 
Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. 
Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga keperangan. Kemudian tuang ke dalam periuk sup bersekali dengan minyaknya.
Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata dan bolehlah tutup api.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/sup-ayam-tumis-darat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Maksud Masak Tumis Darat

Apa Maksud Masak Tumis Darat

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 455 hits
Dedulu kan kak ana tak tahu apa maksud masak teknik tumis darat ni sebab arwah mak kak ana sedih pula bila menulis arwah mak sebab sebelum ni kak ana selalu terbitkan entri sebut mak tapi kini mak dah tak ada Banyak yang kak ana tulis resep...
Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand Bersama Setiap Hidangan Setiap Masa

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand Bersama Setiap Hidangan Setiap Masa

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 272 hits
Di Malaysia kacang panggang biasanya dihidangkan sewaktu sarapan pagi ala sarapan Amerika atau sarapan Inggeris yang termasuk telur sosej daging salai dan cendawan Bukan itu sahaja kacang panggang boleh dinikmati dalam pelbagai cara masakan...
Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai Mudah Sedap

Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 342 hits
Bagaikan terasa masam manis dan pedasnya Colek Ayam Mangga Ala Thai ni tapi selalunya bila teringin kita makan kat restoran Thai je kan Kali ini apa kata anda cuba sendiri di rumah kerana Cikgu Afy Al Habibi sudi berkongsi resipi dan cara m...
Ayam Goreng Briyani

Ayam Goreng Briyani

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 169 hits
AYAM GORENG BRIYANIBy Kak Wan ResipicitarasawanBAHAN BAHAN 1 ekor Ayam potong 2 sudu makan Tepung Jagung2 sudu makan Pes Perencah Briyani MAGGI1 2 sudu makan Serbuk Kunyit1 2 sudu makan Serbuk Cili3 sudu makan Yogurt asli6 batang Serai1 inc...
Restoran Bandariya Restoran Ayam Kampong Masakan Melayu Kelantan Dan Indonesia

Restoran Bandariya Restoran Ayam Kampong Masakan Melayu Kelantan Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 181 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKalau cakap pasal ayam kampong memang terliur dan terbayang dah dia punya kesedapan lagi2 kalau dapat yg panas2 dan pedas Nak jadikan cerita aku punya giler craving ayam kampong apa lagi Sabtu lepas aku te...
Mek Siti Nasi Kerabu Best Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Sungai Buloh

Mek Siti Nasi Kerabu Best Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 517 hits
Pagi minggu lepas suami ajak kak ana sarapan nasi kerabu ada dua pilihan yang sedap kak ana cadangkan sama ada di Warung Che Bunga di Kampung Melayu Sungai Buloh atau ke Gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16 Rawang Dua dua kedai nasi kerabu ni mem...
Nasi Goreng Ayam Paprik

Nasi Goreng Ayam Paprik

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Makan tenggahari harini KK makan nasi goreng ayam paprik dengan telur mata balik pada solat jumaat tadi lapar pula perut Tapi rasa dah macam makan petang kan hahaha lantaklah asalkan makan KK makan deng...
Go Beyond Breakfast With Ayam Brand Baked Beans

Go Beyond Breakfast With Ayam Brand Baked Beans

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 239 hits
In Malaysia baked beans are commonly associated with the American style big breakfast or full English breakfast paired with a generous portion of eggs sausage beef bacon and mushrooms However baked beans can actually be consumed in so many ...
Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan Dalamnya Lembut Makan Panas Panas Sedap

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan Dalamnya Lembut Makan Panas Panas Sedap

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 168 hits
Cucur antara yang menjadi hidangan menu minum petang Sama ada cucur pisang jagung bilis labu dan sebagainya terpulang pada citarasa masing masing Malah kuih ini juga antara menu ekspres yang paling cepat nak disediakan berbanding kuih lain ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities