Suntikan Hpv Dos Kedua Untuk Perempuan Belum Berkahwin




Semalam 4-8-2020 bawak Maisara ke Pejabat Kesihatan Bukit Panchor untuk ambik suntikan  vaksin HPV dos kedua. Dos pertama saya sendiri pun tak ingat bila dia kena. Kalau ikut pengetahuan saya ni dos pertama vaksin HPV ni beri sebulan sebelum dos kedua. 6 bulan akan datang mereka akan diberi dos ke tiga.



HPV ialah Human Papilloma Virus iaitu virus yang boleh menyebabkan kanser servik. Beruntung nya budak2 sekarang. Saya dulu masa sekolah tak dapat kot vaksin ni. Cuma lepas beranak kena pi buat pap smear la setahun sekali kat klinik. Tahun ni tak pi check lagi.

Oleh sebab ayahnya kerja jadi kami pergi ke Pejabat kesihatan bukit Panchor dengan Grab je la. Senang pulak nak dapat Grab. Dulu bukan main payah. Sejak PKP ni pertama kali guna Grab. Kalau sebelum PKP dulu memang Grab ni pengangkutan utama saya la bila suami kena kerja. Tapi susah nak dapat,. Lagi-lagi hari bekerja. Memang berjanggut la menunggu Grab.

Kami sampai semalam orang masih tak ramai. Nasib baik mereka dah asingkan setiap kelas untuk datang jam sekian-sekian bagi mengelak kan kesesakan. Jadi kelas Maisara dapat seisi pertama. Bermula jam 8:30 sampai la jam 9:30 pagi.

Alhamdulillah kami sampai sebelum jam 8;30.

Sampai-sampai je terus kena ambil suhu badan dan kena isi borang. Ibu bapa duduk je tepi . Tak payah buat apa. Ye la..anak dah besar. Pandai2 la isi borang tu cemana. Tak kan nak tanya ibu jugak..kan?



Sempat nurse tu tanya pada semua murid.. " siapa yang baru balik dari kedah keluar ke tepi.." Ada lah sorang ni. Tapi dia dari Kulim. Selamat .. semua tarik nafas lega. hahaha..

Memang sepanjang proses tu diaorang memang jaga betul-betul jarajk dan pastikan semua ikut SOP. Mak ayah pun tak de la bersalam-salaman bila bertemu. Tak de berbual-bual.

Rasa selesa pulak bila keluar pakai facemask. Orang tak kenal kita jadi tak de la babak tegur menengur dan berbual-bual. Hahahah.. ( nampak tak perangai orang antisosial cemana..hahahah)



Proses pun cepat. lepas isi borang ni semua terus ke bilik suntikan. saya risau je sepanjang menunggu Maisara ni sebab dalam kereta dia banyak kali cakap takut, seram, sejuk semua ada la..Saya risau dia menangis meraung-raung je.

Bukan boleh diduga sangat perangai Maisara ni. Penakut ya amat. Tengok sorang-sornag budak keluar dari bilik suntikan tu.

Kumpulan ke tiga yang keluar baru la nampak budak bertuah ni keluar..


Siap buat peach lagi. Tapi saya tanya dia" menangis ke?"

Maisara : hampir-hampir..

Masa tu mula la ibu dia nak buka sejarah kena cocok BCG masa darjah 6 dulu. Nak juga bagitau kehebatan ibu dia tak menangis pun kena cocok. Langsung tak de rasa sakit ke apa. Eceh!!

Lepas keluar tu kami balik terus. Grab pun sampai cepat. Sebelum jam 10 dah sampai rumah. Update blog dan terus bantai tido sampai jam 2 petang.

Hahahah..



OK.. Nak cerita sikit pasal suntikan Vaksin HPV ni. Berikut adalah apa yang saya petik dari laman web rasmi lembaga Penduduk Dan Pembangunan keluarga Negara berkaitan suntikan vaksin HPV.
Antara soalan-soalan tentang suntikan HPV yang kerap di tanya oleh orang ramai.

1.Siapakah yang layak menerima Vaksinasi HPV melalui Program MyHPV ini?

Jawapan:
Bermula Januari 2019, pemberian vaksinasi HPV secara percuma melalui program ini adalah kepada wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1992 hingga 1996 serta wanita dalam kumpulan klasifikasi pendapatan B40 dan M40 . Sila dapatkan suntikan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.


2.Sekiranya seorang wanita itu layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, berapakah jumlah suntikan yang akan diterima?

Jawapan:
Suntikan vaksin HPV adalah sebanyak tiga(3) kali untuk setiap individu. Jadual Vaksinasi HPV adalah seperti berikut: Dos Pertama 0 bulan(hari vaksinasi pertama diberikan)Dos Kedua1 bulan selepas dos pertamaDos Ketiga6 bulan selepas dos pertama

3.Sekiranya Karshini layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, dimanakah beliau perlu mendapatkan vaksinasi tersebut?

Jawapan:
Karshini boleh mendapatkan suntikan vaksin HPV ini di mana - mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara. Sila hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan untuk membuat temujanji. 
4.Siew Ping dilahirkan pada Februari 1994. Adakah dia layak diberi Vaksinasi HPV pada tahun 2019?

Jawapan:
Siew Ping layak mendapat Vaksinasi HPV melalui program ini. Program Vaksinasi ini menetapkan bagi tahun 2019, hanya wanita warganegara Malaysia  yang lahir pada tahun 1992 hingga 1996 adalah layak menerima Vaksinasi HPV.

5.Qistina lahir pada tahun 1993 dan merupakan pengidap Down’s Syndrome. Adakah dia layak mendapatkan Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Qistina layak diberi Vaksinasi HPV kerana Syndrom Down bukan kontraindikasi.


 6.Semasa kempen Vaksinasi HPV, seorang ibu merayu supaya anak lelakinya yang berusia 18 tahun diberi vaksinasi kerana beliau terbaca artikel mengenai Vaksinasi HPV. Adakah anak lelaki tersebut layak menerima suntikan HPV melalui program ini?

Jawapan:
Remaja lelaki tersebut tidak layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini. Program Vaksinasi HPV ini mensasarkan pemberian vaksinasi kepada wanita yang layak sahaja


7.Devi baru menerima vaksinasi HPV. Selepas 10 minit, Devi mengadu berasa loya dan pening.

i.Adakah loya dan pening merupakan kesan sampingan Vaksinasi HPV?
ii.Apakah yang perlu dilakukan?

Jawapan:

i.    Loya dan pening adalah salah satu kesan sampingan Vaksinasi HPV.
ii.   Devi akan diletakkan di bawah pemerhatian selama 20 minit

Kesan sampingan yang paling kerap (dianggarkan 1 kes bagi setiap 10 orang yang disuntik):



§  Rasa sakit atau kurang selesa di tempat vaksinasi

§  Bengkak dan kemerahan di tempat vaksinasi

§  Sakit kepala

§  Lenguh, rasa lemah otot dan letih


Kesan sampingan yang kerap (dianggarkan lebih dari 1 kejadian bagi setiap 100 kes):



§  Sistem pencernaan seperti loya, muntah dan sakit perut

§  Gatal, bintik merah di kulit dan urtikaria

§  Sakit sendi

§  Demam (suhu badan pada atau melebihi 38 darjah celcius)


Kesan sampingan yang jarang berlaku (dianggarkan kurang dari 1 kes bagi setiap 100 orang tetapi melebihi 1 kes bagi setiap 1,000 vaksinasi):


§  Jangkitan sistem pernafasan (jangkitan hidung, tekak dan tengkorok)

§  Pening

§  Reaksi  lain  seperti  bengkak  yang  keras,  kebas  dan  mencucuk di kawasan vaksinasi
Kesan sampingan yang amat jarang berlaku:

Seseorang yang menerima vaksin HPV boleh mengalami alahan teruk yang dikenali sebagai ‘anaphylactic reaction’. Tanda-tanda keadaan ini termasuk kesukaran bernafas dan pengsan. Kes seperti ini memerlukan kepada rawatan segera dan rujukan terus ke hospital mesti dibuat.

Selain daripada itu, dianggarkan 1 kes ‘Gullain Barre Syndrome’ (GBS) bagi setiap 100,000 Vaksinasi HPV. Kejadian GBS sekiranya berlaku, terjadi dalam tempoh 6 minggu selepas vaksinasi di mana kes akan didapati mengalami Acute Flacid Paralysis (AFP) di bahagian anggota kaki. Kes-kes yang disyaki mestilah dimasukkan ke hospital dan dilaporkan ke dalam sistem survelan AFP.


8.Kavita  pernah  mengalami  alahan  yang  teruk  selepas  diberi  Pelalian MMR semasa Tahun 1. Adakah dia layak mendapat vaksinasi HPV ini?

Jawapan:
Kavita perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan/pakar perubatan sebelum menerima Vaksinasi HPV ini. Sekiranya terdapat kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar perubatan, Kavita boleh menerima vaksinasi ini.


9.Seorang  wanita  yang  lahir  pada  tahun  1993  memaklumkan  dia  pernah  melakukan hubungan seks 4 bulan yang lalu. Patutkah wanita ini diberi Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Sekiranya wanita ini tidak mengandung, dia layak menerima Vaksinasi HPV.

10.Fong  enggan  mengambil  Vaksinasi  HPV  dos  kedua  kerana  telah  pengsan  setelah menerima vaksinasi dos pertama. Adakah wajar dos kedua diberikan kepada Fong?

Jawapan:
Rekod kesihatan/perubatan Fong akan disemak. Sekiranya  terdapat  kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar kesihatan, Vaksinasi HPV dos seterusnya perlu diberikan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mendapat perlindungan yang optimum.


11.Sumati lahir pada tahun 1993 dan tinggal di pedalaman Sarawak. Adakah Sumati layak mendapat Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Sekiranya Sumati warganegara Malaysia, dia layak mendapat Vaksinasi HPV melalui program ini.


12.Kartika seorang warganegara Indonesia, lahir pada tahun 1993 dan menuntut di IPTA. Apakah dia layak menerima Vaksinasi HPV di bawah Program Vaksinasi HPV ini?

Jawapan:
Kartika tidak layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini kerana dia bukan warganegara Malaysia. Sekiranya beliau ingin mendapatkan vaksin HPV, beliau boleh mendapatkan vaksinasi HPV secara berbayar di KNS LPPKN atau klinik/hospital swasta.


 13.Aina telah mendapat Vaksinasi HPV yang pertama pada 20 Januari 2019. Beliau dijadualkan untuk mendapat dos kedua pada 20 Februari 2019. Walau bagaimanapun pada hari tersebut Aina didapati mengalami demam panas. Adakah Aina boleh menerima vaksinasi pada hari tersebut?

Jawapan:
Vaksinasi HPV Aina pada hari tersebut perlu ditangguhkan. Aina akan diberi tarikh temujanji baru untuk mendapatkan vaksinasi dos seterusnya.

14.Felia telah mendapat Vaksinasi HPV sebanyak 2 kali pada Januari 2019 dan Februari 2019. Dia dijadualkan untuk menerima dos ketiga pada Julai 2019. Walau bagaimanapun, dia tidak hadir untuk menerima vaksinasi pada tarikh tersebut. Apakah yang perlu Felia lakukan?

Jawapan:
Felia perlu mendapatkan tarikh temujanji baru dengan kadar segera.

15. Menurut rekod Vaksinasi HPV Adeeba, beliau telah menerima vaksinasi pertama pada Februari 2019. Tiada rekod untuk dos ke 2. Beliau datang ke klinik LPPKN untuk menerima dos ketiga. Beliau memaklumkan telah mendapat vaksinasi kedua dari sebuah klinikswasta tetapi terlupa untuk mencatatnya pada rekod Vaksinasi HPV beliau. Bolehkah Adeeba menerima vaksinasi dos ketiga di Klinik LPPKN?

Jawapan:
Vaksinasi dos ketiga boleh diterima di Klinik LPPKN sekiranya vaksin dos kedua dari klinik swasta adalah sama dengan jenis vaksin LPPKN. Sekiranya jenis vaksin dari klinik swasta adalah tidak sama dengan jenis vaksin LPPKN, dos vaksinasi seterusnya tidak boleh diberikan. Adeeba dinasihatkan untuk mengambil dos seterusnya di klinik swasta yang sama.

16.Kamala berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Beliau ingin mendapatkan suntikan HPV percuma di Klinik LPPKN. Adakah beliau layak mendapat suntikan tersebut?

Jawapan:
Kamala tidak layak mendapat suntikan HPV percuma kerana Program Vaksinasi HPV mensasarkan pemberian vaksinasi ini hanya untuk wanita lahir pada tahun 1992-1996 dan bujang/tidak pernah berkahwin. Kamala boleh mendapatkan suntikan HPV secara berbayar di mana-mana hospital/klinik swasta.

17.Yong telah menerima Vaksinasi HPV dos pertama dan kedua. Namun selepas 6 bulan, beliau terlupa untuk melengkapkan dos ketiga. Adakah Yong boleh menerima dos ketiga kerana telah melebihi tempoh 6 bulan daripada dos pertama?

Jawapan:
Yong perlu mendapatkan vaksinasi dos ketiga dengan kadar segera. Namun perlindungan yang optimum adalah sekiranya semua tiga dos vaksinasi dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan.

18.Apakah kesan sekiranya Laili tidak melengkapkan ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini?

Jawapan:
Ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini perlu dilengkapkan bagi memastikan vaksinasi ini memberikan perlindungan yang optimum bagi pencegahan kanser serviks.

19.Airis menerima Vaksinasi HPV dos pertama di Klinik LPPKN Melaka. Selepas seminggu menerima vaksinasi, Airis telah berpindah ke negeri Kelantan. Bolehkah Airis menerima dos seterusnya di Kelantan?

Jawapan:
Airis boleh menerima vaksinasi dos kedua dan ketiga di Klinik LPPKN Kelantan.

20.Venusha enggan menerima Vaksinasi HPV dos kedua kerana pengalaman berasa sakit yang dialami semasa vaksinasi dos pertama. Apakah tindakan anda?

Jawapan:
Beri nasihat mengenai faedah-faedah Vaksinasi HPV. Sekiranya Venusha masih enggan, hormati keputusannya. Rekod maklumat Venusha dalam buku pendaftaran. Nasihatkan beliau untuk mendapatkan Vaksinasi di Klinik LPPKN yang berdekatan sekiranya beliau mengubah fikiran.

21.Pada Mac 2019, Hani telah menerima Vaksinasi HPV dos 1. Selepas 15 minit menerima vaksinasi beliau mempunyai tanda-tanda AEFI yang serius dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Hani dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari berada di hospital. Adakah Hani layak diberi vaksinasi dos ke 2? Apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya?

Jawapan:
Lengkapkan borang Adverse Drug Reactions dan hantar/fax ke BPFK dan Bilik Gerakan berkaitan AEFI serius dalam masa 24 jam.
Lengkapkan borang penyiasatan kejadian AEFI serius seperti Lampiran 6.3 dan hantar ke BPFK.
Kelompok vaksin tersebut dikuarantinkan sehingga laporan penyiasatan diperolehi. Walau bagaimanapun, rangkaian sejuk vaksin masih dikekalkan.

Program pemvaksinan perlu diteruskan dengan menggunakan kelompok vaksin yang lain.
Surat pengesahan Pakar Perubatan samada Hani boleh diberi vaksinasi HPV berikutnya perlu diperolehi.

Dapatkan laporan penyiasatan dari BPFK samada kelompok vaksin yang dikuarantin adalah selamat untuk digunakan semula
So bagi yang belum berkahwin, dan korang belum pernah dapatkan suntikan vaksin HPV boleh la dapatkan dengan segera. jangan lupa kanser servik adalah pembunuh no 1 wanita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/08/suntikan-hpv-dos-kedua-untuk-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmtepikakgee Mahu Berkahwin Tapi Si Lelaki Belum Buka Mulut Patut Ke Perempuan Yang Mula Dulu

Pmtepikakgee Mahu Berkahwin Tapi Si Lelaki Belum Buka Mulut Patut Ke Perempuan Yang Mula Dulu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 274 hits
SOALANSaya nak kahwin dengan satu lelaki ini tetapi saya tidak pasti sama ada dia akan propose ke saya atau tidak Apakah patut saya buat Kak Gee Yang Benar JohanneJAWAPANHi Johanne apa khabar Pertamanya Kak Gee nak tahu jika lelaki yang ing...
Kerajaan Beri Tempoh 2 Hari Bermula Hari Ini Kepada Individu Yang Belum Buat Ujian Saringan Kali Kedua

Kerajaan Beri Tempoh 2 Hari Bermula Hari Ini Kepada Individu Yang Belum Buat Ujian Saringan Kali Kedua

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 238 hits
Seramai 2 897 individu kuarantin wajib di rumah gagal jalani saringan Covid 19 kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Susulan deng...
Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 592 hits
Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan Terbaru seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan per...
Pertumbuhan Ekonomi Ngungsep Pan Pemerintah Belum Maksimal Tanganan Corona

Pertumbuhan Ekonomi Ngungsep Pan Pemerintah Belum Maksimal Tanganan Corona

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 182 hits
Badan Pusat Statistik telah menyampaikan hasil rekapan pertumbuhan ekonomi di kuartal II tahun 2020 Hasilnya pertumbuhan ekonomi Indonesia merosot di angka minus 5 32 persen Anggota DPR RI dari Fraksi PAN Guspardi Gaus mengatakan hasil pene...
Terdengar Ledakan Kebakaran Pabrik Di Sentul Belum Padam

Terdengar Ledakan Kebakaran Pabrik Di Sentul Belum Padam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 143 hits
Kebakaran hebat melanda pabrik di kawasan industri Sentul Babakanmadang Kabupaten Bogor hingga malam ini belum berhasil dipadamkan petugas Banyaknya bahan kimia di dalam pabrik diduga menjadi sebab api sulit dipadamkan Api belum padam Kita ...
Usia Anak Dah Setahun Tapi Haid Masih Belum Datang Ini Yang Ibu Perlu Periksa

Usia Anak Dah Setahun Tapi Haid Masih Belum Datang Ini Yang Ibu Perlu Periksa

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 533 hits
Haid yang datang lambat selepas melahirkan anak adalah perkara biasa Keadaan ini berlaku bagi membolehkan hormon kembali stabil Pun begitu haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan Jangan berdiam diri Jika ini yang terjadi ada baikn...
Wakil Rakyat Pdip Cabut Kuku Warga Belum Juga Ditangkap Polisi Dihalangi Masyarakat

Wakil Rakyat Pdip Cabut Kuku Warga Belum Juga Ditangkap Polisi Dihalangi Masyarakat

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 404 hits
Anggota Fraksi PDIP DPRD Labuhanbatu Selatan Imam Firmadi tersangka kasus penganiayaan karena mencabut paksa kuku warga belum tertangkap Polisi menyebut penangkapan Imam sempat dihalangi warga Belum bisa dilakukan penangkapan karena dihalan...
Duit Pembebasan Lahan Belum Dibayar Pengadilan Warga Blokade Tol Jatikarya

Duit Pembebasan Lahan Belum Dibayar Pengadilan Warga Blokade Tol Jatikarya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 192 hits
Puluhan warga Kelurahan Jatikarya Kecamatan Jatisampurna Kota Bekasi memblokade Gerbang Tol Jatikarya 2 Jalan Tol Cimanggis Cibitung Mereka melakukan aksi penutupan itu karena kesal hak atas tanahnya belum diselesaikan oleh Pengadilan Neger...
Belum Puas Baru 5 Bulan Kahwin Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga

Belum Puas Baru 5 Bulan Kahwin Tasha Shilla Dedah Hal Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 523 hits
MENGAKUI kerap diajukan soalan mengenai zuriat pelakon Tasha Shilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu berkata dia tidak menganggap ia sebagai satu tekanan Menurut Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak soal anak serta jodoh itu...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation