Suntik Modal Maju Tanah Wakaf


Pembangunan pesat tanah wakaf di negara ini menjadi agenda kerajaan ketika pemerintahan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pencapaian dan strategi masa depan wakaf seakan terbela apabila Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ditubuhkan pada 2004.
Suntikan modal untuk pembangunan tanah wakaf dizahirkan Tun Abdullah melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) pada 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat.
“Di samping itu, kita akan membangunkan sumber modal Bumiputera, seperti tanah dan harta wakaf di bawah tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam negeri.
“Pihak berkuasa agama Islam negeri perlu mengambil tanggungjawab fardu kifayah, berperanan aktif membangunkan ekonomi umat Islam dan membantu usaha pembangunan insan,” katanya.
Ketika itu, Kerajaan Persekutuan meluluskan siling peruntukan RM256.4 juta bagi membantu majlis agama Islam negeri (MAIN) membangunkan tanah wakaf yang disifatkan highest and best use. Melalui konsep ini, tanah wakaf dipilih MAIN akan dibangunkan, ialah penggunaan tertinggi dari sudut ekonomi dan terbaik dari sudut fizikal.
Justeru, ia berjaya membawa nafas baharu dalam pembangunan tanah wakaf di negara ini. Sebanyak 23 projek pembangunan tanah wakaf direalisasikan melalui RMK-9.
Hasil suntikan modal ini, wujud lima hotel wakaf tersohor di negara ini yang gah beroperasi setanding hotel jenama lain hingga kini.
Namun, selepas 14 tahun berlalu, tiada lagi suntikan modal Kerajaan Persekutuan untuk projek pembangunan tanah wakaf. Ini menyebabkan pembangunan tanah wakaf diterokai sendiri oleh MAIN.
Bagaimanapun, MAIN tidak pernah berhenti membangunkan tanah wakaf seperti dapat dilihat pada produk tanah wakaf yang berjaya dibangunkan tanpa suntikan modal Kerajaan Persekutuan.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) misalnya, membangunkan perumahan di tanah wakaf melalui projek sulungnya, Taman Perumahan Waqaf Seetee Aisah di Seberang Jaya. Malah, MAINPP mengorak langkah membangunkan Taman Perumahan Waqaf Seetee Aisah fasa 2 dan banyak lagi taman perumahan wakaf lain yang akan menyusul.
Di Kedah, kerjasama erat antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan Majlis Agama Islam Kedah, membolehkan sekolah zakat pertama dibina di tanah wakaf dengan peruntukan RM38.7 juta. Sekolah zakat itu memberi anjakan paradigma dalam pembangunan pendidikan pelajar asnaf miskin melalui kerjasama zakat dan wakaf.
Secara dasarnya, MAIN boleh berdiri tanpa mengharapkan modal suntikan Kerajaan Persekutuan. Namun, jika MAIN boleh berdikari, bukan satu kesalahan Kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan meringankan beban MAIN, selain mengukuhkan hubungan antara negeri dengan persekutuan.
Hubungan Kerajaan Persekutuan dan MAIN sangat dinamik. MAIN diketuai Sultan dan Raja yang menjadi Ketua Agama bagi setiap negeri beraja. Pengaruh hubungan politik Kerajaan Persekutuan dan MAIN dilihat seperti ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.’
Setidak-tidaknya dengan suntikan modal Kerajaan Persekutuan, ia dapat memberi nilai tambah pada hubungan dua hala ini, sekali gus memberi imej baik pada keprihatinan terhadap MAIN.
Sejajar slogan Kerajaan Prihatin yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, amat diharapkan agar dana suntikan modal bagi pembangunan hartanah wakaf dapat dihidupkan semula.
Apabila tiba masanya, wakaf akan berdiri sendiri sepenuhnya dan boleh membantu kerajaan seperti yang berlaku di Mesir. Ketika Kerajaan Mesir memerlukan dana, Universiti Al-Azhar yang beroperasi berdasarkan wakaf, dapat membantu kerajaan yang ketandusan sumber kewangan pada ketika itu.
Justeru, suntikan modal Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan tanah wakaf dapat memperkasakan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan mewujudkan hubungan yang kukuh antara Institusi Diraja dan MAIN dengan Kerajaan Persekutuan. BH
The post Suntik modal maju tanah wakaf appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/24/suntik-modal-maju-tanah-wakaf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saat Seniman Ciptakan Miniatur Makanan Vietnam Dari Tanah Liat

Saat Seniman Ciptakan Miniatur Makanan Vietnam Dari Tanah Liat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 333 hits
Saat Seniman Ciptakan Miniatur Makanan Vietnam dari Tanah Liat Nguyen Thi Ha An lulusan arsitektur berusia 28 tahun ini mulai membuat miniatur makanan yang terbuat dari tanah liat setahun yang lalu setelah melihat peluang untuk memanfaatkan...
Telemovie Tanah Kubur Lakonan Nasir Bilal Khan Hamidah Wahab

Telemovie Tanah Kubur Lakonan Nasir Bilal Khan Hamidah Wahab

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 1107 hits
Saksikan telefilem Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan akan ditayangkan pada 22 August 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD JUDUL TANAH KUBURWAKTU SIARAN Sabtu 22 Ogos 2020SIARAN TV Astro Citra Citra HDPENULIS SKRIP Rashid SibirPEN...
Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Dalam Video Bukan Suntingan Wanita Ini Cerita Perkara Sebenar

Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Dalam Video Bukan Suntingan Wanita Ini Cerita Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 513 hits
VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet kata ibu tiga anak Siti Natrah Ismail Siti Natrah 30 memberi reaksi itu ke...
Resep Ting Ting Kacang Tanah Legit Dan Mudah

Resep Ting Ting Kacang Tanah Legit Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 336 hits
Ada yang menyebutnya teng teng ting ting atau enting enting Bahan bakunya adalah gula pasir dan kacang tanah Kadang masih dicampur dengan wijen pula
Sichuan Tanah Mendap Telan 21 Kenderaan Di China

Sichuan Tanah Mendap Telan 21 Kenderaan Di China

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 299 hits
Penduduk di wilayah Sichuan China kecoh apabila 21 kereta yang sedang diparkir ditelan bumi dalam kejadian yang dipercayai berlaku malam tadi Kejadian difahamkan berlaku di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah kompleks beli bela...
Telefilem Tanah Kubur

Telefilem Tanah Kubur

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 966 hits
Saksikan telefilem Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan akan ditayangkan pada 22 August 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD JUDUL TANAH KUBURWAKTU SIARAN Sabtu 22 Ogos 2020SIARAN TV Astro Citra Citra HDPENULIS SKRIP Rashid SibirPEN...
Anies Ungkap Masalah Lingkungan Jakarta Air Tersedot Tapi Tidak Kembali Ke Tanah

Anies Ungkap Masalah Lingkungan Jakarta Air Tersedot Tapi Tidak Kembali Ke Tanah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 281 hits
Dunia saat ini sedang mengalami masalah lingkungan hidup Jakarta juga karena masalah air tanahnya yang tersedot namun tidak dikembalikan ke tanah Kata Anies
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman