Sunscreen Sunplay Skin Aqua Tone Up Uv Essence Spf50 Best
Sunscreen Sunplay Bagus Pakai Setiap Hari
Penggunaan sunscreen penting dalam rutin penjagaan kulit muka setiap hari. Ia mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Bila ada perlindungan pada kulit, barulah dapat mengelakkan kulit daripada sunburn teruk. Awak guna sunscreen apa? Sunscreen Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50++++ menjadi pilihan Mai 😉
Teringat masa sekolah dulu, waktu sukan adalah waktu kulit muka 'berbelang' sangat teruk. Dengan latihan kawadnya lagi pada waktu petang yang panas, memang berubah warna kulit yang terdedah. Ketika itu, masih tak tahu lagi tentang skincare. Hanya guna pencuci muka sahaja tanpa apa-apa ilmu tentangnya.
Bila dah dewasa ni, mulalah belajar itu ini tentang rutin penjagaan kulit muka. Baru tahu, penggunaan sunscreen penting untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ya, cahaya matahari juga penting untuk kesihatan kulit tapi biarlah berpada-pada.
Kali ini Mai nak cadangkan satu sunscreen yang bagus untuk dipakai setiap hari iaitu Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50++++ . Sunscreen ini menaikkan seri kulit kusam, menyamaratakan tona kulit serta mencerahkan kulit
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50++++Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50++++
Mai sangat berpuas hati setelah menggunakan sunscreen ni 😍 Teksturnya ringan, seperti krim yang cair tapi senang blend pada kulit dan tidak melekit. Apabila disapu pada kulit, rasa seperti memakai moisturizer je. Kulit pun rasa lembap. Ia juga sesuai digunakan untuk make up base.
Apa yang menariknya, sunscreen ini menaikkan tona warna kulit muka. Nampak cerah berseri gitu. Tone up dia just nice untuk kulit muka Mai. Baunya juga wangi tapi tidaklah terlalu kuat. Yang penting, ia mudah disapu pada kulit, cepat menyerap dan tidak meninggalkan white cast
Tekstur sunscreen Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50++++
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence ini juga mengandungi bahan penjagaan kulit seperti Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex.
Dengan SPF50+ PA++++, ia memang membantu untuk mengelakkan terjadinya sunburn. Kalau tak pakai, memang berbelang la kulit jawabnya. Anda boleh sapu sunscreen ini pada mana-mana bahagian kulit badan yang sering terdedah pada cahaya matahari contohnya kulit muka, tangan dan kaki. Sebaiknya, sapu sunscreen pada kulit 30 minit sebelum keluar rumah.
Sunscreen bagus ini mudah didapati di drugstore. Kalau Mai, senang beli online je di Shopee. Harga pun jauh lebih murah daripada yang dijual di drugstore. Lagi best, beli ketika ada jualan murah. Memang jimat habis! Mai beli Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence di kedai rasmi ini 👈 Kalau kulit anda tidak ngam atau penggunaan chemical sunscreen ini menyebabkan terjadinya alahan pada kulit, anda boleh menggunakan physical sunscreen ini 👉 Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50 Mineral Suncreen For Sensitive Skin
Sunscreen sesuai untuk kulit sensitifSunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50 Mineral Suncreen For Sensitive Skin
Penting ya penggunaan sunscreen. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering bekerja di bawah terik cahaya matahari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2023/06/sunscreen-sunplay-skin-aqua-tone-up-uv.html