Sunquick Select Hasilkan Minuman Mocktail Dan Makanan Fantastik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang selalu mengikuti Facebook dan juga Instagram Mahamahu korang mesti perasan yang Maha ada post tentang produk keluaran terbaru dari Sunquick. Siap maha ada baut resipi khas yang Maha bagi nama Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Bingsu. Juga Maha anjurkan peraduan tahniah kepada pemenang rugi sapa tak join.
Selalu kita tahu Sunquick ini perisa orange kerana hampir setiap rumah mesti ada perisa ini. Tambah pula bila tiba hari perayaan kebanyakan rumah mesti hidangkan minum perisa ini. Maha sendiri pun kat rumah mesti ada satu botol Sunquick senang untuk disediakan bila ada tetamu datang sahaja bancuh dengan air dah boleh terus minum. Sebab itu jenama ini menjadi begitu popular dan dekat dihati rakyat Malaysia. Namun kini Sunquick telah mengeluarkan perisa baru yang menggabungkan dua perisa Beri dalam satu rasa.
Kalau korang masih ingat perisa apa yang terbaru Sunquick Select :-- Sunquick Select PINK GUAVA & STRAWBERRY - Sunquick Select BLACKCURRANT - Sunquick Select MIXED BERRIES
Keistimewaan perisa baru Sunquick Select ini adalah ia menggunakan rasa buah sebenar dan juga tinggi dengan Vitamin C. Paling bagus ia tiada sebarang pewarna tambahan, pemanis tambahan dan juga perasa tambahan. Jadi ia memang pure rasa yang asli bila korang tuang sikit sahaja dengan nisbah 1: 9 iaitu nisbah 1 jus Sunquick Select dan juga 9 air kosong. Jadi korang boleh dapat banyak cawan dan lebih jimat.
Pulak tu baru-baru ini bertempat di The Ruma Hotel & Residence pihak Sunquick telah mengadakan satu majlis makan malam bagi meraikan barisan pemenang peraduan yang dianjurkan boleh blogger dan KOL. Juga turut hadir pada malam itu adalah selebriti tanah air dan juga pihak media. Pada malam tu semua tetamu diraikan dengan koleksi terbaru Sunquick Select dimana ia digunakan dalam makanan utama dan juga minuman mocktail.
Mixologist Raz Ng
Mocktail malam itu dihasilkan khusus oleh Mixologist wanita yang tidak asing lagi iaitu Raz Ng. Hanya menggunakan tiga perisa Sunquick Select yang Maha cerita tadi. Beliau menghidangkan kami dengan minuman yang diberi nama Pink Rush Mocktail. Dalam minuman ini menggunakan Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Syrup, Orange Juice, Lemon Juice, Aquafaba dan Basil Springs. Sikit jer bahan sekali rasa terangkat giler
Pink Rush Mocktail
Kemudian minuman kedua pada malam tu diberi nama XoX Mocktail yang menggunakan bahan seperti Sunquick Select Blackcurrant Syrup, Cinnamon Stick, Star Anise, Cloves dan juga Slice of Oranges. Minuman ini Maha paling suka memang sedap dan boleh lah cuba buat kat rumah Raya nanti hehehe sedap giler. Manakala minuman ketiga yang dihidangkan kepada kami pada malam tu adalah Berries First Crush Mocktail yang menggunakan Sunquick Select Mixed Berries syrup, Cranberry Juice, Lemon Juice, Ginger Puree dan juga Mint Springs. XoX Mocktail
Berries First Crush Mocktail
Selain daripada minuman kami juga dihidangkan dengan makanan hebat juga menggunakan produk Sunquick Select. Pertama sekali kami dihidangkan dengan Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble. Nama panjang tapi tengok sikit jer hidang dalam pinggan ni. Tapi ia lebih kepada pembuka selera dan sedap juga bila korang makan semua sekali serentak
Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble
Lagi makanan lain yang dihidangkan kepada semua tetamu adalah Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth. Lagi ada Lemon Sorbet, kemudian Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction, dan juga pencuci mulut malam tu adalah Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint. Semua hidangan utama ini disediakan oleh Chef Executive Chef Tyson. Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth
Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction
Lemon Sorbet
Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint
Walaupun nampak simple tapi kreativiti dan juga rasa yang digarab dalam mocktail dan juga makanan kami malam tu membuatkan semua tetamu kekenyangan. Puas makan walaupun sampai lewat malam. Malam tu juga kami dihiburkan dengan persembahan daripada Andrew Lee siapa tak kenal ahli silap mata yang popular pernah menyertai program Britain's Got Talent dan Asia Got Talent.
Andrew Lee, Magician
Selain itu juga ada persembahan nyanyian daripada Fara Dolhadi dan juga pemainan violin Dennis Lau. Malam itu mereka mempersembahkan lagu program CSR Sunquick yang bertajuk Esok. Dah lah kenyang lepas tu pulak didendangkan dengan persembahan yang mendayu-dayu membuatkan rasa nak tidur jer lepas kekenyangan. Fara Dolhadi dan Dennis Lau
Soren Ravn, Naib Presiden Eksekutif Asia
Apa pun terima kasih Maha ucapkan kepada Sunquick kerana menjemput kami datang program seperti ini dan dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Juga tahniah Maha ucapkan kepada pemenang peraduan yang Maha buat iaitu Kak Nani atau IG beliau @Karyajiwa_bynsz. Memang seronok malam tu lah. Korang kalau nak dapatkan perisa baru Sunquick ni boleh dapatkan di pasaraya AEON dan juga AEON BiG.
Info lajut produk Sunquick boleh layari :Laman web : www.sunquick.com.myFacebook : https://www.facebook.com/sunquick.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/01/sunquick-select-hasilkan-minuman-mocktail-dan-makanan-fantastik.html