Sunnah Adab Sempena Aidilfitri





1- Disunatkan mandi dan bersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya) : buang bulu-bulu pada tubuh, kemaskan janggut, potong kuku, pakai wangi-wangian.

2- Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan atau tempat solat, dikatakan sebagai simbolik membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa. 

3- Memakai pakaian yang terbaik, tidak semestinya warna putih

4- Perbanyakkan Takbir. Takbir terbahagi kepada dua. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Pada Aidilfitri, hanya disunatkan takbir mutlak sahaja.

Takbir mutlak atau mursal : Takbir yg dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat.

-Waktu bermula pada kedua-dua hari Raya ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.

5- Pergi awal ke tempat solat bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad ﷺ. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat, manakala disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.

6- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi dan ketika pulang. Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan. Jabir radiyaLlahu'anhu meriwayatkan, "Apabila Hari Raya, Nabi Muhammad ﷺ membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain) - Riwayat Bukhari.

Disunatkan ketika pergi ke tempat solat untuk melalui jalan yg lebih jauh kerana pergi lebih afdhal daripada pulang. Supaya jalan-jalan yg dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam apa jua ibadat ibadat seperti pergi Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.

7- Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, sama-sama berdoa bersama umat Islam dan mendengar khutbah.

Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yg baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.

8- Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar. Sayyiduna Abu Umamah radiyaLlahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yg menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati." - Riwayat Ibnu Majah.

Maksud 'mati hati' ialah keghairahan dan cinta terhadap dunia yg meresap masuk ke dlm hati. Ada beberapa pendapat lain; mati hati ialah kufur atau ketakutan pada hari kiamat. Berkenaan hadith ini, Imam an-Nawawi dalam al-Azkar menyebut bahawa status hadith ini dhaif. Beliau menyatakan lagi, "Tetapi hadith-hadith (yg membicarakan tentang) Fadhail (kelebihan amalan) dihukumkan bertasamuh: bertolak ansur padanya." Hadith dhaif boleh diguna pakai untuk Fadhail dan Targhib wa Tarhib (galakan dan ancaman) selagi mana ia tidak bersangatan dhaifnya atau maudhu': palsu.

9- Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya). Kerana tiada yg lebih penting daripada solat. Abu Burdah, Anas, Al-Hasan dan Jabir bin Zaid solat sebelum keluarnya imam pada Hari Raya - Riwayat Baihaqi.

Adapun bagi imam, dimakruhkan baginya solat sunat sebelum Solat Sunat Hari Raya dan selepasnya kerana menyibukkan dirinya dengan perbuatan yg tidak penting pada ketika itu dan inilah yg diamalkan oleh Baginda ﷺ. Imam disunatkan datang lewat maka apabila tiba, disunatkan untuk menyibukkan diri dengan yg lebih penting iaitu Solat Sunat Hari Raya. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiyaLlahu'anhuma "Sesungguhnya Nabi ﷺ keluar pada Hari Aidilfitri, lalu solat dua rakaat (solat sunat Hari Raya), Baginda tidak solat sebelum dan selepasnya." - Riwayat Bukhari.

Imam Syafie rahimahullah berkata, “Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

10. Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu." Inilah yg diamalkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ sebagaimana yg diriwayatkan oleh Sayyiduna Jubair bin Nufair RA, "Apabila para sahabat Nabi SAW bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan تقبل الله من ومنك." Kata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah, sanad riwayat ini hasan.

Rujukan :

al-Azkar, Imam an-Nawawi rahimahullah
Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah
al-Muktamad fi al-Fiqh as-Syafie, Dr. Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah
Kredit https://www.facebook.com/fattabiounimalaysia/photos/a.155850414492233/1694339467309979/?type=3&theater

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2019/06/sunnah-adab-sempena-aidilfitri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Alley Tawar Diskaun 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Hari Ini

The Alley Tawar Diskaun 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 563 hits
Ini berita baik buat anda penggemar minuman The Alley anda kini boleh dapatkan minuman tersebut dengan harga promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri The Alley tawar diskaun 50 untuk minuman kedua Promosi ini sah ditebus di semua cawangan The A...
Gangguan Bekalan Air Di Terengganu Sempena Aidilfitri

Gangguan Bekalan Air Di Terengganu Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 449 hits
KUALA TERENGGANU Kira kira 7 225 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri berikutan masalah penggunaan yang melebihi kapasiti pengeluaran sepanjang musim perayaan Ketua Pegawai E...
25 Baju Raya Sedondon Artis Selebriti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

25 Baju Raya Sedondon Artis Selebriti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 2454 hits
Bila tibanya raya ramai mengenakan busana baru berbaju kurung atau baju melayu Tidak kurangnya para selebriti yang menjadi tumpuan tiap kali raya baju raya warna apakah yang digayakan tahun ini Antara artis artis yang dah belanja baju raya ...
4968 Bantuan Baju Raya Sempena Sambutan Aidilfitri Jakel 16 05 2019 03 06 2019

4968 Bantuan Baju Raya Sempena Sambutan Aidilfitri Jakel 16 05 2019 03 06 2019

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 554 hits
Pada 16 May dan 3 Jun 2019 PPIM telah membawa seramai 16 keluarga asnaf ke Jakel Mall untuk membeli baju raya Pihak Jakel telah berbesar hati meraikan mereka dengan memberi peluang kepada mereka memilih sendiri baju raya sempena menjelang s...
Nahas Pulang Bercuti Sempena Aidilfitri

Nahas Pulang Bercuti Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 352 hits
SUSULAN kemalangan di Jalan Kuala Klawang Seremban berhampiran Bukit Tangga dekat Seremban hari ini jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu para pelajar menaiki bas tersebut untuk pulang bercuti di kampung Katanya...
25 Jenis Kuih Biskut Kerepek Raya Popular Sempena Lebaran Aidilfitri

25 Jenis Kuih Biskut Kerepek Raya Popular Sempena Lebaran Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1324 hits
Kuih raya sememangnya menjadi juadah lazim yang akan dihidangkan pada para tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya aidilfitri Jadi kuih raya apakah agaknya yang sering mendapat tempat dan confirm habis sebalang kalau dihidangkan p...
Diskaun 10 Sempena Aidilfitri Untuk Pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Diskaun 10 Sempena Aidilfitri Untuk Pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 693 hits
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Aidilfitri Dalam kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn Bhd semua kenderaan kelas satu yang melalui JSAHMS P...
40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1219 hits
Pikapline sempena hari raya pun dah ada ni Serius on point kan netizen diluar sana Musim cuti Raya yang panjang dihabiskan bersama sanak saudara dan kaum keluarga di kampung Pasti bermacam macam memori indah untuk dikenangkan Selain visit m...
Felda Dirayu Tangguh Kutip Hutang Peneroka Sempena Aidilfitri

Felda Dirayu Tangguh Kutip Hutang Peneroka Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 363 hits
Bernama Mazlan Aliman berkata bagaimana peneroka dapat menyambut hari raya sedangkan pendapatan yang mereka perolehi juga sedikit Gambar fail KULAI Pihak pengurusan Felda hari ini dirayu supaya menangguhkan kutipan hutang peneroka sekurang ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme