Sungainibong Tkm Pulau Pinang Diselar Perdaya Tipu Dan Khianat Penduduk





Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan telah memihak kepada pemaju dengan memperdaya, menipu dan menceroboh hak para penduduk khususnya ahli kariah Masjid Sungai Nibong Besar (MSNB), di sini.

Sehubungan itu, para penduduk telah menzahirkan bantahan terhadap rancangan untuk mengambil sebahagian tanah wakaf masjid dan kubur dengan mengadakan himpunan di tapak masjid tersebut, semalam.

Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati terutama kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang dianggap telah mengkhianati maruah agama dan bangsa.


Bidas mereka, ahli politik itu telah berjanji tidak mengambil walau seinci tanah wakaf masjid dan kubur termasuk ruang udaranya bagi pembangunan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT).




Namun, beliau menyatakan bahawa pagar kubur tersebut sebenarnya berada 6 kaki di luar kawasan sebenar tanah wakaf, yakni dalam tanah simpanan jalan, seterusnya meminta susun atur baru dilaksanakan.

Hal tersebut bermakna sekitar 600 kubur berada dalam rizab jalan dimaksudkan Zakiyuddin, sekali gus ahli kariah berpandangan pihak kerajaan negeri memberi isyarat akan mengambil tanah tersebut.

Bagi mereka, tindakan itu sebagai mencabul maruah dan menghina agama kerana kubur orang Islam akan dibongkar untuk dipindahkan ke tempat yang belum diketahui dan tapak masjid dianjakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan MSNB, Sophian Mohd Zain berkata, masalah tersebut tidak akan berbangkit sekiranya jajaran laluan asal projek LRT tersebut kekal seperti perjanjian.

Malah menurutnya, sehingga masjid diserahkan untuk perobohan bagi pembinaan semula sebelum Ramadan, jajaran dimaklumi kepada ahli kariah dan penduduk adalah melalui belakang masjid tersebut.

Namun kesali beliau, setelah kerja perobohan selesai dan tapak diratakan, secara tiba-tiba pemaju mengeluarkan laluan jajaran lain yang melintasi hadapan masjid dan kerja pembinaan juga turut dihentikan.

Hal tersebut ujarnya, menimbulkan syak wujud agenda yang telah direncana lebih awal menyebabkan ahli kariah merasa diperdaya dan tertipu, serta melihat kerajaan negeri lebih mengutamakan pemaju.

Memetik pandangan beberapa Imam Mazhab dan Fatwa Pulau Pinang yang pernah dikeluarkan, Sophian menegaskan bahawa sebarang binaan termasuk kubur adalah menjadi 'harta' tidak boleh diusik.

Peserta himpunan turut merasa marah apabila pemaju yang lebih bermotif keuntungan telah dimenangkan kerajaan negeri hingga tergamak membongkar kubur semata-mata kerana projek itu.

Walhal, mereka telah bersatu padu membuat kutipan mengumpul wang sebanyak RM4.6 juta bagi membiayai pembinaan semula masjid tersebut yang bahan binaan juga telah berada di tapak asal.

Mereka juga melontarkan peringatan bahawa kerajaan negeri khususnya Zakiyuddin juga akan 'dikuburkan' suatu hari nanti, selain merasa kesal kerana Ahli Parlimen dan Adun tidak sama membela isu itu. - HD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/07/sungainibong-tkm-pulau-pinang-diselar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 458 hits
Penumpang feri Pulau Pinang terjatuh ke laut Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2019 11 25PM
Bergambar Anwar Merasmikan Ibu Pejabat Keadilan Pulau Pinang

Bergambar Anwar Merasmikan Ibu Pejabat Keadilan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 330 hits
Merasmikan ibu pejabat KEADILAN Pulau Pinang hari ini dan bermesyuarat bersama pimpinan negeri di Bayan Baru Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang Masih Tanggung Tunggakan Cukai Rm65 Juta

Kerajaan Pulau Pinang Masih Tanggung Tunggakan Cukai Rm65 Juta

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 287 hits
Kerajaan Pulau Pinang masih tanggung tunggakan cukai RM65 juta nbsp Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun
Tukang Masak Cuci Sapu Gunting Antara Yang Diangkut Imigresen Pulau Pinang

Tukang Masak Cuci Sapu Gunting Antara Yang Diangkut Imigresen Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 544 hits
Tukang masak Tukang Cuci Tukang Sapu dan Tukang Gunting antara yang ditangkap dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang Dalam operasi yang dijalankan itu sebuah kedai makanan dan minuman yang ...
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 2019

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 2019

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 845 hits
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 2019 Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta Terdapat kekosongan di Lembaga Kemajua...
Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 394 hits
Sedia maklum Pulau Pinang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang kaya dengan budaya seni bina dan masyarakatnya Jika anda ke Georgetown pasti anda dapat lihat bangunan lama yang masih digunakan dengan baik karakter masyarakat yang masih ...
Nelayan Perak Bantah Tambak Laut Pulau Pinang

Nelayan Perak Bantah Tambak Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 383 hits
Lebih 9 000 nelayan Perak menggesa campur tangan kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kebenaran aktiviti perlombongan pasir membabitkan kawasan persisiran pantai Perak Utara bagi digunakan untuk projek tambakan laut perairan selatan Pulau P...
Tanah Runtuh Pulau Pinang Identiti Tiga Mangsa Dikenal Pasti

Tanah Runtuh Pulau Pinang Identiti Tiga Mangsa Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 369 hits
GEORGE TOWN 26 Jun Identiti tiga daripada empat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi Tanjung Bunga dekat sini semalam telah dikenal pasti Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaima...
Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 692 hits
Nota Review ini tidak ditaja oleh mana mana pihak dan ianya ikhlas dari hati Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung o...
Salam Kemerdekaan Ke 68 Cuti Panjang Atau Kerja

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

Wanita Datang Klinik Kerana Pendarahan Bongkar Pembuangan Bayi

Bukti Arwah Zara Qairina Disayangi Ramai Ini Wajah Sukarelawan Cantikkan Kubur Arwah

Bab 9 September 2025

Speed Read A Moto Guzzi V7 Scrambler From Australia And More

Kadang Yang Simple Tu Lagi Bermakna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pesona Bunga Alam Ketahui Khasiatnya Harus Dihargai Dinikmati

Quick Healthy Salmon Parcels Recipe Bbc Good Food

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Doa Malam 1 Sept 2025

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi