Nelayan Perak Bantah Tambak Laut Pulau Pinang


Lebih 9,000 nelayan Perak menggesa campur tangan kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kebenaran aktiviti perlombongan pasir membabitkan kawasan persisiran pantai Perak Utara bagi digunakan untuk projek tambakan laut perairan selatan Pulau Pinang (PSR).


Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perak, Mansor Yusof berkata, gesaan itu dibuat susulan cadangan kerajaan Pulau Pinang mendapatkan bekalan pasir bagi membina tiga buah pulau sempena pelaksanaan projek tambakan laut PSR yang dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP).

Menurutnya, projek itu dikatakan akan menggunakan sebanyak 189 juta meter padu (m3) pasir yang akan dikorek di kawasan 20 batu nautika dekat perairan di daerah Manjung hingga Kerian, Perak.



"Perlombongan pasir di kawasan itu akan menyebabkan hakisan teruk di pesisir pantai, sekali gus menjejaskan kawasan hutan paya bakau.

"Penggalian sumber mineral itu turut menyebabkan wujudnya kawah besar di dasar laut, selain menjejaskan kawasan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan.

"Senario itu bukan sahaja akan menjejaskan mata pencarian rezeki 9,000 nelayan Perak, bahkan akan mengundang ancaman tsunami dan hakisan teruk di persisir pantai dengan Tanjung Piandang, Kuala Sepetang dan Kuala Kurau adalah kawasan paling teruk terjejas," katanya kepada media selepas majlis taklimat mengenai aktiviti perlombongan pasir di Perak Utara kepada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan agensi kerajaan, di sini hari ini.

Mansor berkata, pihaknya ada bertemu dengan wakil kerajaan Mei lalu yang memberi jaminan akan membawa isu kegusaran nelayan Perak ke dalam mesyuarat Exco Perak dan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelak.

Menurutnya, nelayan Perak tetap dengan pendirian membantah aktiviti perlombongan pasir di kawasan persisiran pantai negeri ini kerana kesan negatif akibat aktiviti itu akan ditanggung mereka sehingga 30 tahun, meskipun projek difahamkan akan berjalan selama 15 tahun.


"Sekali pun dijanjikan wang pampasan, nelayan Perak serik untuk membenarkan projek yang ternyata memberi implikasi negatif terhadap kelestarian perikanan di negeri ini.

"Kami minta kerajaan pusat campur tangan bagi mempertimbangkan semula kelulusan projek itu dan mengesyorkan supaya aktiviti pengambilan pasir diambil di kawasan sempadan perairan antarabangsa supaya tidak menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penang Forum, Khoo Salma, berpuas hati dengan penyertaan banyak pihak bagi membantah perlaksanaan projek pengambilan pasir di persisiran pantai Perak Utara terutama golongan nelayan negeri Perak.

Menurutnya, pihaknya turut menjemput nelayan Perak untuk turut serta dalam satu perhimpunan aman membantah perlaksanaan projek tambakan laut di PSR Pulau Pinang yang dijangka akan dimulakan setelah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

"Perhimpunan aman ini akan dianjurkan di pekarangan Parlimen pada 11 Julai ini bermula jam 9 pagi dan sudah mendapat kelulusan permit daripada polis.

"Kami mengharapkan sokongan lebih ramai rakyat prihatin memandangkan isu ini melibatkan kepentingan nasional," katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan cadangan kerajaan Pulau Pinang membina tiga pulau buatan bagi membiayai kos PIP dianggarkan bernilai RM49 bilion.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini mengumumkan projek kontroversi tambak laut di perairan selatan negeri itu mendapat persetujuan perlaksanaannya oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

Menurutnya, MPFN dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menimbang dan bersetuju dengan pelaksanaannya dengan mematuhi 18 nasihat ditetapkan. SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/07/nelayan-perak-bantah-tamak-laut-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 331 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini mengesahkan projek tambak laut 3 pulau sudah diluluskan pihak berkuasa persekutuan menurut laporan portal berita Free Malaysia Today Bercakap di luar Pameran Expo Taiwan di sini beliau berka...
Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 407 hits
Penumpang feri Pulau Pinang terjatuh ke laut Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2019 11 25PM
Tanah Runtuh Pulau Pinang Identiti Tiga Mangsa Dikenal Pasti

Tanah Runtuh Pulau Pinang Identiti Tiga Mangsa Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 315 hits
GEORGE TOWN 26 Jun Identiti tiga daripada empat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi Tanjung Bunga dekat sini semalam telah dikenal pasti Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaima...
Kerajaan Pulau Pinang Masih Tanggung Tunggakan Cukai Rm65 Juta

Kerajaan Pulau Pinang Masih Tanggung Tunggakan Cukai Rm65 Juta

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 229 hits
Kerajaan Pulau Pinang masih tanggung tunggakan cukai RM65 juta nbsp Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun
Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 619 hits
Nota Review ini tidak ditaja oleh mana mana pihak dan ianya ikhlas dari hati Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung o...
Kes Rampasan Dadah Di Pulau Pinang

Kes Rampasan Dadah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 309 hits
PULAU PINANG Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki ahli sindiket pengedaran dadah ditahan selepas polis menyerbu dua lokasi di Seberang Jaya dan Simpang Ampat di Seberang Perai dekat sini Sabtu lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe to Jo...
Paip Utama Siap Diperbaiki Bekalan Air Pulau Pinang Pulih Petang Ini

Paip Utama Siap Diperbaiki Bekalan Air Pulau Pinang Pulih Petang Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 332 hits
GEORGE TOWN Bekalan air kira kira 200 000 pengguna di Seberang Prai Tengah Seberang Prai Selatan dan sebahagian daripada bahagian Pulau akan pulih secara berperingkat bermula jam 3 petang hari ini selepas kerja kerja pembaikan ke atas keros...
Pdrmsia Pulau Pinang Tumpaskan Sindiket Dadah

Pdrmsia Pulau Pinang Tumpaskan Sindiket Dadah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 252 hits
Polis Pulau Pinang turut mendedahkan berjaya tumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri itu Ini susulan penahanan seorang lelaki tempatan yang bergiat aktif dengan sindiket berkenaan sejak enam bulan lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe t...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids