Sungai Padang Terap Cecah Paras Bahaya


Sungai Padang Terap mencecah ke paras bahaya pada pagi ini disebabkan oleh hujan lebat pada petang semalam. - Foto ihsan Zainal Aziz Md Zain




ALOR SETAR: Aliran Sungai Padang Terap di Kuala Nerang mula meningkat ke paras bahaya iaitu 17.12 meter dengan aliran sebanyak 188 meter padu sesaat pada jam 8 pagi hari ini disebabkan oleh hujan lebat petang semalam.

 
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan memaklumkan, berlaku kenaikan air di kawasan tadahan Sungai Padang Terap iaitu di stesen-stesen Padang Sanai, Sungai Naka, Kuala Nerang, Bukit Sena dan Sungai Janing.

 
Menurutnya, pihaknya telah mengambil tindakan awal untuk menyalurkan air lebihan ini melalui infrastruktur pengairan dan saliran sedia ada sejak semalam melalui sistem pengairan Lana Bulu, Alor Changileh, Sistem Tengah dan Selatan serta melalui sistem saliran dengan pembukaan ‘pelubang barrage’ di Kampung Kepala Batu dan Ampang Jajar di Alor Setar.

 
"Takungan di Empangan MADA pada hari ini iaitu Empangan Ahning adalah sebanyak 74.5 peratus dan Empangan Pedu adalah 86.4 peratus. Tiada pelepasan air dilakukan.

 
"Takungan di Empangan Muda adalah 110 peratus dan air telah melimpah sejak 14 November lalu dan air ini akan mengalir melalui lembangan Sungai Muda. Sehubungan itu, MADA akan memantau dan memaklumkan status kedudukan limpahan air Empangan Muda dari masa ke masa kepada pihak Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda, JPS untuk memantau keadaan paras air di lembangan Sungai Muda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 
Menurutnya, limpahan melalui alur limpah Empangan Muda merupakan kejadian yang lazim berlaku dan berdasarkan rekod, kali terakhir empangan tersebut melimpah adalah pada awal bulan Januari hingga Februari 2018.

 
"Kejadian limpahan air dari empangan adalah bertujuan untuk membenarkan air lebihan dari kolam takungan yang tidak dapat ditampung dan akan mengalir melalui alur limpah secara berterusan atau berkala berdasarkan kapasiti penuh kolam takungan sesebuah empangan.

 
"MADA sentiasa membuat pemantauan dan akan memaklumkan kepada agensi yang berkepentingan sekiranya limpahan ini mencapai paras bahaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan-Empangan MADA," katanya lagi.

 
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran waspada (kuning) pada jam 5 petang 20 November 2020 yang menjangkakan hujan lebat berlaku pada 22 November sehingga 23 November 2020 di negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

 
--sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/sungai-padang-terap-cecah-paras-bahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sungai Golok Lepasi Paras Bahaya Pps Dibuka

Sungai Golok Lepasi Paras Bahaya Pps Dibuka

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 313 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Sebuah Pusat Pemindahan Sementara dibuka di Kelantan berikutan peningkatan paras air Sungai Golok yang melepasi paras bahaya 9 41 meter Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 11 13 pa...
Keadaan Terkini Paras Air Sungai Di Kelantan

Keadaan Terkini Paras Air Sungai Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 283 hits
Bermula dari malam tadi paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat melepasi paras amaran iaitu berada pada bacaan 8 06 meter berbanding amaran 8m berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Berbanding malam sehingga jam 8 p...
Info Banjir Paras Air Tiga Sungai Di Kelantan Lepasi Tahap Waspada

Info Banjir Paras Air Tiga Sungai Di Kelantan Lepasi Tahap Waspada

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 315 hits
Paras air tiga sungai di Kelantan melepasi tahap waspada susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak semalam Menurut laporan infobanjir water gov my setakat jam 11 pagi hari ini Sungai Kampung Lembaga di Gua Musang mencatatkan paras ...
Jumlah Basikal Elektrik Berdaftar Di China Kini Cecah 300 Juta

Jumlah Basikal Elektrik Berdaftar Di China Kini Cecah 300 Juta

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 236 hits
Jumlah basikal elektrik berdaftar di China kini cecah 300 juta Dikemas kini 34 saat yang lalu Diterbitkan pada 22 Nov 2020 4
Pageviews Blog Kini Cecah Lebih 34 Juta Pv

Pageviews Blog Kini Cecah Lebih 34 Juta Pv

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 349 hits
Pageviews atau jumlah hit untuk blog hasrulhassan com kini telah mencecah lebih daripada 34 juta Angka ini dicapai menerusi statistik direkodkan oleh analitik blogger blogspot Alhamdulillah sejak blog ini diperkenalkan sekitar Ogos 2010 ia ...
Lantik 5 Adun Tambahan Kos Perbelanjaan Cecah Rm3 Juta Setahun Kata Adun Ketari

Lantik 5 Adun Tambahan Kos Perbelanjaan Cecah Rm3 Juta Setahun Kata Adun Ketari

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 345 hits
MALAYSIA DATELINELangkah kerajaan Pahang meminda Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri tambahan mengundang implikasi kepada kos perbelanjaan tahunan kerajaan negeri demikian menurut Ahli Dewan Und...
Hiburan Kandungan Cecah 32 Minggu Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

Hiburan Kandungan Cecah 32 Minggu Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 303 hits
Mendedahkan berat badannya kini naik 10 kilogram pelakon jelita Zahirah Macwilson akui gembira dengan perkhabaran itu Menurutnya beliau kini sedang berbahagia di Perth Australia sambil ditemani suaminya Aiman Hakim ketika sedang sarat hamil...
Import Perkhidmatan China Dijangka Cecah Us 2 5 Trillion

Import Perkhidmatan China Dijangka Cecah Us 2 5 Trillion

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 345 hits
SHANGHAI Laporan pengimportan perkhidmatan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan China mengunjurkan pendapatan sektor import perkhidmatan negara ini akan menangani urus niaga mencecah US 2 5 trilion untuk lima tahun akan datang Menu...
Hiburan Usia Kandungan Kini Cecah Enam Bulan Penyanyi Rap Loca B Akui Mula Rasa Penat

Hiburan Usia Kandungan Kini Cecah Enam Bulan Penyanyi Rap Loca B Akui Mula Rasa Penat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 849 hits
Penyanyi rap wanita yang mula dikenali ramai Loca B kini mengakui sudah mula rasa mengah dan penat gara gara usia kandungan yang kini mencecah enam bulan Dia yang dihubungi media turut meluahkan rasa kesyukuran kerana tidak mengalami sebara...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut