Sumbangan Untuk Projek Dakwah Orang Asli Dan Bukan Islam
Kami bersama dengan gabungan NGO dari 4A2C, Iera dan Jabatan Agama Islam Perak datang ke kampong orang asli Kampar yang jauh di pendalaman. Kampung ini tidak lagi didatangkan orang Islam untuk berdakwah secara khusus. Pernah orang Kristian datang 21 tahun yang lalu sudah mengkristiankan sebahagian dari orang asli di sini. Mereka juga telah memacakan gereja yang diperbuat dari buluh. Mereka juga telah melantik seorang orang asli Kristian untuk ditugaskan sebagai paderi di situ.
Persoalannya di manakan kita sewaktu 21 tahun hingga sekarang? Apa yang kita buat sehingga tidak ada ramai yang pedulikan orang asli yang kawasan yang berdekatan dengan kita? Aku mulai terfikir dan aku punyai tanggungjawap untuk mencari lebih banyak kampung orang asli yang belum lagi didatangi dengan pendakwah secara berkumpulan.
Kami datang dan membuat program sukaneka pada kanak-kanak dan memperkenalkan hiburan Islami sambal menjamu selera mereka makan tengahhari, malam dan petang. Alhamdulilah penerimaan mereka sangat positif. Aku cuba dekati dengan kanak-kanak orang asli yang masih lagi muda dan mudah dilenturkan
Adik... ingat apa yang akak cakap. Tuhan itu sangat baik, dia berikan kita mak, ayah, makanan, sungai-sungai, yang boleh adik bermain dan kawan-kawan yang baik. Cuba adik cakap Terima kasih TuhanTerim kasih Tuhan..
Alhamdulillah
Adik... cuba adik bagi tahu apa itu rukun negara? Mereka pun bercakap dengan penuh perasaan. 1) Kepercayaan pada Tuhan, 2) Kepercayaan pada Raja dan Negara 3) Keluhuran Perlembagaan 4) Kedaulatan undang-undang 5) Kesopanan dan Kesusilaan. Baiklah.. Tuhan itu ada berapa
Satu...
Mereka terus berteriak dengan spontan. Alhamdulillah.. konsep Tuhan itu satu adalah yang paling awal kita mulakan.
Dalam teknik dakwah ini, kami menggunakan konsep nama Tuhan. Mereka tidak mahu menyebut nama Allah. Mungkin rasa ada janggal di sisi mereka. Tapi tak mengapalah Tuhan itu Satu. Tuhan itu Pencipta sekian alam, memberikan rezeki. Sifat Tuhan itu berdiri dengan sendiri, kita sebagai makluk penciptaanya yang memerlukan Tuhan untuk sentiasa menjaga dan memberikan kita rezeki
Kami banyak menekankan konsep dan asma'ul sifat Allah.Tawheed yang benar
Insya Allah moga kanak-kanak ini akan mudah mengetahui jalan kebenaran
Tauhid - Mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya
Tauhid RububiyyahBeriman bahawa Allah sahaja memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk
contoh = memberi nikmat, memuliakan menghinakan, sihat, sakit, hidup, mati
Fitrah mengakui Rububiyyah Allah
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)
Tauhid UluhiyyahBeriman bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah. Tidak syirik kepada AllahContoh : ibadah khusus = solat, zakat haji, puasa. ibadah umum seperti gotong royong,menuntut ilmu, berniaga
Sifat-Sifat AllahWujud, Dahulu dan Awal, Kekal, Berbeza dari makhluk, Berdiri dengan sendiri, Tunggal, Berkuasa.
Allah SWT menciptakan alam beserta isinya atas kehendak-Nya sendiri, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, meskipun pada hal yang tidak terlihat dan tidak terjangkau fikiran bagi kita. Hidupnya Allah tidak ada yang menghidupkannya melainkan hidup dengan zat-Nya sendiri kerana Allah Maha Sempurna, berbeza dengan makhluk yang diciptakan-Nya. Pendengaran Allah SWT berbeza dengan pendengaran makhluk–Nya kerana tidak terhalang oleh suatu apapun, sedangkan pendengaran makhluk-Nya dibatasi ruang dan waktu.Allah SWT melihat segala sesuatu yang ada di alam semesta ini . penglihatan Allah bersifat mutlak, artinya tidak dibatasi oleh jarak( jauh atau dekat) dan tidak dapat dihalangi oleh dinding (tipis atau tebal). Segala sesuatu yang ada di alam semesta ini, kecil maupun besar, tampak atau tidak tampak, pasti semuanya terlihat oleh Allah SWT.Allah SWT bersifat kalam ertinya Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya yang diturunkan kepada para nabi dan rasul-Nya. Keadaan Allah Ta’ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Marilah kita bersama mengajak kepada kebenaran dan menghalang kemaksiatan. Tiada kemaksiatan yang paling besar selain dari SYIRIK. Dengan banyakknya syirik hidup kita tidak akan ada keberkatan dan negara akan mengalami masalah huru hara, gempa bumi, ribut taufan, banjir, kilat, kesempitan hidup, kemiskinan dan melaratnya berbagai jenis penyakit yang ada sekarang. Begitulah cara Allah menegur kita supaya laksanakan tanggungjawap kita umat islam sebagai khalifah di muka bumi ini dan meneruskan kerja Nabi Muhamad s.a.w untuk berdakwah dan menyampaikan mesej kebenaran dari Allah. Infakkan untuk progam dakwah orang asli, golongan miskin yang jauh pendalaman di seluruh Malaysia dan Asia.
HUMANITY DAWAH GLOBAL BANK ISLAM 121220 10035101
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infojelita.blogspot.com/2019/10/sumbangan-untuk-projek-dakwah-orang.html