Sumbangan Asas Rahmah Semakan Status Daftar Permohonan
Cara daftar permohonan dan Status Semakan sumbangan asas rahmah sara 2023
Bantuan Asas Rahmah (Sara) ialah bantuan keperluan makanan asas yang diberikan secara khusus kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Malaysia. Bantuan ini telah dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, Datuk Anwar Ibrahim dalam Belanjawan MADANI 2024.
Sumbangan tambahan sebanyak RM600 yang diberikan kepada golongan miskin tegar bagi tahun 2023 telah diperluaskan lagi dengan bantuan sebanyak RM100 diberikan pada setiap bulan bagi tempoh 12 bulan akan bakal memanfaatkan golongan yang layak.
Tambahan pula, Sara merupakan program inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah konsep Payung Rahmah untuksss membantu meringankan beban rakyat untuk memenuhi keperluan harian mereka. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 700,000 penerima rakyat Malaysia.
Ianya disalurkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia membeli barangan keperluan harian mereka di premis-premis yang telah disenaraikan dan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, bantuan ini dilaksanakan dengan matlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita dan menggalakkan kehidupan yang lebih baik.
Daftar Permohonan Sumbangan Asas Rahmah Sara
Sumbangan asas rahmah diberikan kepada mereka yang namanya disenaraikan dalam sistem e-Kasih dan juga merupakan penerima STR.
BACA SINI >> kemaskini str 2023 online
BACA SINI >> biro bantuan guaman
BACA SINI >> i saraan 2023
Oleh itu, tiada keperluan daftar sumbangan asas rahmah permohonan online yang perlu dihantar untuk menerima bantuan ini. Ianya adalah permohonan secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar e-Kasih sepertimana yang direkodkan dalam data Unit Penyelarasan, Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia.
Semakan penerimaan bantuan ini boleh dilakukan oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan Sara ini secara online.
Syarat Kelayakan Bantuan Asas Rahmah
Sepertimana syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam bantuan Sara bagi tahun 2023, ianya diteruskan bagi bantuan Sara tahun 2024.
Secara amnya, penerima bantuan sumbangan asas rahmah ialah individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Berikut ialah antara keperluan kelayakan yang mesti dipenuhi oleh penerima;
Penerima merupakan warganegara Malaysia.
Mereka adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
Nama penerima disenaraikan dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negara, atau Unit Koordinasi Implementasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Jumlah Bantuan
Bantuan ini bakal memanfaatkan lebih kurang 700,000 penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan.
Sebanyak RM100 akan disalurkan kepada penerima pada setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui keadah pengkreditan ke MyKad penerima.
Ianya adalah bertujuan untuk menggalakkan pembelian tanpa tunai dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Walaubagaimanapun, jumlah bantuan ini adalah berbeza mengikut kategori penerima yang layak.
Berikut merupakan senarai jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan mengikut kategori;
KATEGORIJUMLAH BANTUANSTR Miskin1200STR Miskin Tegar1200STR Isi Rumah300STR Bujang150
Bila Tarikh Bantuan Masuk Setiap Bulan
Mengikut pengumuman yang telah diumumkan oleh kerajaan, penerima akan mula menerima bantuan ini bermula Januari 2024.
Namun begitu, masih tiada tarikh khusus yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam menyalurkan bantuan ini pada setiap bulan.
Semakan Sumbangan Asas Rahmah di Portal STR
Semakan Sumbangan Asas Rahmah Sara untuk kelayakan ini boleh dilakukan menerusi dua (2) kaedah yang berbeza.
Individu yang telah memenuhi semua keperluan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan boleh menyemak status kelulusan mereka secara online.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan secara online;
Semakan melalui laman web rasmi MySTR.
Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk ke akaun MySTR penerima.
Masukkan nombor MyKad penerima dan sahkan kod keselamatan yang dinyatakan.
Kemudian masukkan kata laluan.
Akhir sekali, klik pada bahagian “Semakan Status sumbangan asas rahmah” pada halaman utama dan status semakan akan dipaparkan.
Semakan di Mykasih Portal
Layari laman sesawang rasmi MyKasih di https://www.mykasih.com.my.
Masukkan nombor MyKad penerima.
Isi captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
Akhir sekali, klik pada butang “Semak Status” dan status semakan akan dipaparkan sebagaimana Rajah 2.0.
Senarai Barangan Sara Rahmah
Penerima boleh membuat pembelian barang-barang keperluan harian ini terhad pada sesetengah barangan keperluan harian sahaja yang boleh dilakukan di 600 rakan runcit di seluruh Malaysia.
Berikut ialah contoh jenis barangan yang boleh dibeli di bawah program sara rahmah ini;
Beras
Roti
Telur
Minyak masak
Tepung
Biskut
Mi segera
Minuman seperti susu, Milo, Teh, dan Nescafe.
Makanan bertin seperti sardin.
Bahan perasa seperti sos, kicap, gula dan garam.
Hanya kedai runcit atau pasaraya yang telah berdaftar dan disenaraikan oleh kerajaan membolehkan penerima membuat pembelian melalui bantuan Sara ini.
Antaranya termasuklah Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart, Pacific, The Store, pasaraya Lotus, pasaraya dan pasar mini bebas.
Semakan senarai kedai boleh dilakukan secara online menerusi portal https://apps.mykasih.net:8443 seperti pada Rajah di bawah ini
Cara Guna Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Sara
Individu yang menerima bantuan Sara ini boleh berbelanja dan membuat pembelian barangan makanan asas melalui langkah-langkah berikut;
Penerima perlu mengunjungi mana-mana kedai yang disenaraikan oleh MyKasih sahaja.
Kemudian, pilih dan beli mana-mana barangan makanan penting yang dilabelkan di bawah 10 kategori barangan penting yang mempunyai tag MyKasih pada rak barang.
Di kaunter pembayaran, penerima perlu menunjukkan MyKad mereka untuk pengesahan penerimaan bantuan ini.
Juruwang akan mengesan kod bar barangan yang dibeli untuk memastikan penerima membeli barang yang dikategorikan sebagai barang-barang keperluan.
Penerima perlu membuat bayaran menggunakan MyKad mereka.
Akhir sekali, penerima perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembelian.
Cara Buat Rayuan Permohonan
Rayuan permohonan bantuan Sara ini boleh dilakukan menerusi laman rasmi MySTR secara online.
Hal ini kerana, penerima bantuan ini merupakan golongan penerima STR ini.
Namun begitu, rayuan ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan untuk menerima bantuan Sara ini.
Kelebihan Penerima Bantuan Asas Rahmah
Inisiatif penerimaan Bantuan Asas Rahmah (Sara) ini dititikberatkan oleh kerajaan berdasarkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Secara amnya, bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan penerima pada setiap bulan dalam membuat perbelanjaan keperluan asas harian.
Bukan itu sahaja, inisiatif ini diperkenalkan sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan pembelian tanpa tunai menerusi pengkreditan bantuan ini ke dalam MyKad penerima.
Hal ini kerana negara Malaysia adalah menuju ke arah digitalisasi.
Oleh itu, pemberian bantuan ini diberikan dengan matlamat untuk memupuk budaya pembelian digital serta mempelbagaikan lagi kegunaan MyKad.
Sumber Asal Yang Rasmi : Sumbangan Asas Rahmah: Semakan Status Daftar Permohonan
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/sumbangan-asas-rahmah