Sumbang 10 000 Naskhah Al Quran Kepada Yang Memerlukan Di Sudan
Paling gembira terima kalam Allah
“SAYA rasa belum tentu pelajar kita mampu tekun belajar al-Quran seperti budak Sudan ini, apatah lagi nak menulis ayat al-Quran pada papan kayu buruk,” kata wakil sukarelawan pertubuhan kemanusiaan Al Azhar Care, Saifullah Taizi.Saifullah menyaksikan sendiri sebahagian pelajar Madrasah Tahfiz Darul Quran membaca kitab kayu al-Quran yang lusuh ketika berada di Khartoum, Sudan selama enam hari.Beliau bersama penulis dan seorang wakil pertubuhan kemanusiaan Amal Kelana, Nawawi Sulong berada di ibu negara Sudan, Khartoum pada 15 hingga 20 Disember lalu.Katanya, ia misi menghulurkan hasil sumbangan dana rakyat Malaysia menerusi bantuan wakaf al-Quran kepada masjid, golongan miskin dan pelajar tahfiz yang terdiri daripada anak yatim.
SAIFULLAH (dua dari kanan) bersama Nawawi (empat dari kanan) dan pelajar Malaysia ketika melawat kilang percetakan Dar Al Mushaf.
Menurutnya, misi ini hasil kolaborasi bersama Al Azhar Care, Amal Kelana dan Amal Jeriah (sebuah NGO dari Brunei) dengan menyumbangkan 10,000 naskhah al-Quran yang dicetak terus dari kilang percetakan al-Quran terbesar di benua Afrika, Dar Al Mushaf bagi menjimatkan kos penghantaran dan mengikut mushaf al-Quran tempatan yang menggunakan Khat Kufi.Beliau berkata, setiap sumbangan al-Quran dimanfaatkan sebaik-baiknya dan diserahkan kepada madrasah dan masjid terpilih sekitar Khartoum melalui bantuan Yayasan Amal Cawangan Sudan yang diketuai Sheikh Ali Idris.“Program bantuan diteruskan dengan melawat kilang percetakan al-Quran terbesar di benua Afrika, Dar Al Mushaf dan bertemu pengarah urusannya Sheikh Mohamed HamadnaAllah Mohamed.
“Pertemuan ini bagi membincangkan projek kerjasama pembangunan pendidikan al-Quran pada masa akan datang untuk negara Afrika lain seperti Chad dan Cameroon melalui bekalan al-Quran dicetak di kilang beliau,” katanya.Sebanyak 56 madrasah menerima pembahagian 10,000 naskhah al-Quran melalui penghantaran 75 kotak yang diagihkan melalui empat madrasah dan sebuah masjid dijadikan pusat pengagihan setempat.Sebahagian besar madrasah terbabit berada sekitar Khartoum dan Omdurman. Ada di antaranya berada 50 kilometer luar dari Khartoum dan keadaan madrasah terbabit sangat daif dari segi fasiliti.
PELAJAR Madrasah Eid Babiker gembira ketika menunjukkan naskhah al-Quran yang diterima.
Katanya, madrasah ini bakal dibantu seperti penyediaan tangki bekalan air bersih dengan program misi akan datang tahun depan.Selain itu, katanya, aktiviti ziarah beberapa madrasah uzur dikenal pasti sebagai lokasi bantuan program sumbangan wakaf akan datang yang dapat membantu pelajar meningkatkan lagi kualiti pembelajaran tanpa perlu berkongsi mushaf al-Quran.Sementara itu, Presiden Al Azhar Care, Ustaz Alif Mahari mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Brunei yang menyumbang wakaf itu.Wakaf terbabit boleh ditulis atas nama sendiri termasuk nama ahli keluarga yang meninggal dunia menerusi sumbangan ke akaun Maybank, 5630 2862 0997 atas nama Al Azhar Care dengan memaklumkan kod rujukan Wakaf Quran Afrika dan boleh menghubungi talian 013-999 9894 untuk maklumat lanjut.
PELAJAR Madrasah Khaulawi Othman Hussin membaca kitab kayu al-Quran.
(MyMetro)
Hibur Hibur Sikit
Panggilan Jihad Hidupkan
Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)Julung Kali Lagu Rasmi UMNO Dan PAS Berkumandang Bersama Di PWTC
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/sumbang-10000-naskhah-al-quran-kepada.html