Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahidah Dalam Islam



Assalamualaikum wbt..Seingat saya, rasanya saya belum pernah berkongsi cerita sejarah Islam.. Tapi mungkin ada satu ke dua artikel.. hihihi dah lupa.. 
Okey, jom kita kenali seorang wanita yang pertama mati syahid.. Siapakah beliau..?
Sumayyah binti Khayyat adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu."Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.
"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula."Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.
*Petikan artikel daripada iluvislam.com
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/09/sumayyah-wanita-pertama-mati-syahidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Seorang Lelaki Gara Gara Hina Islam

Mahkamah Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Seorang Lelaki Gara Gara Hina Islam

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 234 hits
Seorang lelaki beragama Kristian yang dikenali sebagai Asif Pervaiz berusia 37 tahun telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Pakistan kerana menghantar mesej yang memiliki kandungan menghina Islam Menurut peguamnya yang bernama Saif ul ...
Tak Disangka Ternyata Inilah Yang Membuat Wanita Tionghoa Ini Memeluk Agama Islam

Tak Disangka Ternyata Inilah Yang Membuat Wanita Tionghoa Ini Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 224 hits
Siapa sangka jika hidayah itu selalu datang kepada hamba pilihan Nya Begituah yang terjadi pada diri Lidia Oew alias Suarni seorang wanita asli Tionghoa yang bertempat tinggal di Jalan Karya Rakyat Medan Ibu tiga anak kelahiran 18 Mei 1961 ...
9 Tahun Menanti Akhirnya Isteri Pencinta Wanita Irwansyah Sah Hamil Anak Pertama

9 Tahun Menanti Akhirnya Isteri Pencinta Wanita Irwansyah Sah Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 487 hits
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia Irwansyah apabila isterinya Zaskia Sungkar disahkan hamil anak pertama selepas sembilan tahun mereka berkahwin Berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagram untuk...
Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 815 hits
CINTA pandang pertama Begitulah permulaan kisah Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin Datuk Zaleha Bujang 62 dengan pasangannya yang 34 tahun lebih muda iaitu seorang ahli perniagaan bernama Ashraf sehingga mereka akhirnya disatukan di jenjang p...
Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 385 hits
Sebelum ni Ohmedia pernah bercerita mengenai komen seorang pengguna media sosial terhadap ibu Alessandra Dianne Ampuria Nor Syakinah Abdullah apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak Kalau korang belum baca boleh klik dekat b...
Foto Lebih 36 Kerbau Mati Sebak Lihat Mowgli Malaysia Tetap Di Sisi Haiwan Kesayangan Hingga Saat Akhir

Foto Lebih 36 Kerbau Mati Sebak Lihat Mowgli Malaysia Tetap Di Sisi Haiwan Kesayangan Hingga Saat Akhir

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 492 hits
Khabar duka mengiringi Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia apabila dimaklumkan lebih 36 mati secara tiba tiba Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram milik Syukor hari ini Difahamkan kejadian itu berlaku mungki...
Syukur Pak Khamis Amat Sedih Sekarang 25 Ekor Kerbau Mowgli Malaysia Ditemui Mati Secara Tiba Tiba

Syukur Pak Khamis Amat Sedih Sekarang 25 Ekor Kerbau Mowgli Malaysia Ditemui Mati Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 641 hits
Sebanyak 25 ekor kerbau ternakan Pak Khamis yang juga bapa kepada adik Muhammad Syukur Khamis dilaporkan mati secara tiba tiba Berita itu disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Albakri menerusi Instagramnya baru seb...
Seekor Demi Seekor Kerbau Tumbang 36 Telah Mati 10 Lagi Nazak

Seekor Demi Seekor Kerbau Tumbang 36 Telah Mati 10 Lagi Nazak

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 447 hits
236 total views 236 views today KUALA TERENGGANU Seekor demi seekor kerbau tumbang Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak Demikian luahan Khamis Jusoh 64 iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan joloka...
Lebih 25 Ekor Kerbau Dipercayai Mati Secara Mengejut Budak Kerbau Syukor Dan Bapa Sedih

Lebih 25 Ekor Kerbau Dipercayai Mati Secara Mengejut Budak Kerbau Syukor Dan Bapa Sedih

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 559 hits
1 259 total views 1 259 views today Dikenali sebagai budak kerbau rakyat Malaysia pasti mengenali Syukor yang sangat akrab dengan haiwan peliharaannya Seperti yang diketahui kebanyakan foto foto Syukor telah dimuatnaik oleh jurugambar Dalla...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan