Sultan Sharafuddin Prihatin Peruntukan Orang Asli Di S Gor Menurun


MALAYSIAKINI 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda mahu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengkaji semula jumlah peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri berkenaan yang semakin berkurangan sejak 2017

Sultan Selangor bertitah, baginda difahamkan peruntukan kewangan kepada Jakoa Selangor telah diturunkan setiap tahun mulai tahun 2017.

"Penurunan peruntukan berkenaan perlu dipandang serius oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri supaya dana yang mencukupi dapat digunakan untuk pembangunan masyarakat Orang Asli.

"Beta berharap agar kepentingan Orang Asli sentiasa dipelihara dan tumpuan harus diberikan kepada pembangunan asas masyarakat Orang Asli ini," titah baginda pada Majlis Perjumpaan antara Sultan Selangor bersama masyarakat Orang Asli Pulau Carey di Kampung Budaya Mah Meri, di Kuala Langat hari ini.
 Mengiringi baginda ke perjumpaan berkenaan ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sultan Sharafuddin turut bertitah agar masyarakat Orang Asli memberikan perhatian terhadap pendidikan generasi muda mereka agar tidak tersisih daripada arus pembangunan di negeri Selangor.

"Beta menyeru kepada semua Tok Batin dan masyarakat Orang Asli supaya menghantar anak-anak mereka bersekolah, ini amat penting untuk pembangunan generasi masyarakat Orang Asli pada masa akan datang," titah baginda.

Disamping itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan agar masyarakat Orang Asli mengambil berat mengenai kesihatan dan kebersihan bagi memastikan tiada wabak penyakit berjangkit yang boleh membahayakan masyarakat.

"Dalam perkara ini beta harap Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan dapat bekerjasama bagi memastikan masyarakat Orang Asli berada dalam keadaan sihat dan persekitaran yang bersih," titah baginda.

Sementara itu, Amirudin dalam ucapan aluannya berkata bagi tahun depan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor bagi tujuan antaranya pembangunan modal insan, membaikpulih rumah dan projek pembangunan infrastruktur.

Tambahnya jawatankuasa berkenaan ditubuhkan pada tahun lepas selepas Jakoa Selangor mengatakan bahawa peruntukan kerajaan persekutuan bagi Orang Asli pada 2019 hanya bertumpu di Perak dan Pahang sahaja.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/sultan-sharafuddin-prihatin-peruntukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Sharafuddin Titah Zakat Selangor Hanya Untuk Orang Islam

Sultan Sharafuddin Titah Zakat Selangor Hanya Untuk Orang Islam

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 369 hits
BERITASultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa wang hasil kutipan zakat di negeri itu hanya akan diagihkan kepada orang Islam Titah itu disampaikan menerusi setiausaha sulit baginda Mohamad Munir Bani dalam satu kenyata...
Nikmati Air Nira Asli Terus Dari Ladang Nipah Ismail Che Kaq

Nikmati Air Nira Asli Terus Dari Ladang Nipah Ismail Che Kaq

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1765 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha sebenarnya pertama kali dapat minum Air Nira tak kiralah yang dari kelapa mahupun dari pokok Nipah Kalau kelapa tu mungkin tinggi dan agar suk...
Try Sutrisno Usulkan Uud 1945 Kembali Ke Naskah Asli

Try Sutrisno Usulkan Uud 1945 Kembali Ke Naskah Asli

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 164 hits
Dia mengungkapkan UUD 1945 sejak reformasi telah diamandemen sebanyak empat kali Menurutnya hasil amandemen yang sesuai dengan semangat zaman saat ini bisa digunakan namun tetap UUD 1945 harus dikembalikan ke naskah aslinya
Countering Kua S I Didn T Know We Had An Orang Asli Prime Minister

Countering Kua S I Didn T Know We Had An Orang Asli Prime Minister

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 473 hits
Tun Dr Mahathir claimed himself to be Malay His Indian bloodline came from his Malayali grandfather recently great great grandfather from Kerala He maybe lying as it is believed it is his father but he could be accepted as Malay His mother ...
Do We Have An Orang Asli Pm Asks Activist Kua

Do We Have An Orang Asli Pm Asks Activist Kua

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 598 hits
Prime Minister Mahathir Mohamad is factually incorrect says Kua Kia Soong PETALING JAYA Human rights activist Kua Kia Soong criticising Prime Minister Dr Mahathir Mohamad for referring to Malays as the indigenous people of Malaysia said tod...
Tersungkur Redah Banjir Lumpur Guru Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli

Tersungkur Redah Banjir Lumpur Guru Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 480 hits
Menjadi seorang tenaga pengajar di sekolah sekolah pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah Jauh dari pembangunan dan kesibukkan kota anak anak Orang Asli ini sememangnya dahagakan ilmu dan juga perhatian dari seorang guru Seperti lilin yang m...
Court Rejects Putrajaya S Bid To Stop Firms Cultivating Orang Asli Land

Court Rejects Putrajaya S Bid To Stop Firms Cultivating Orang Asli Land

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 619 hits
Ragumaren Gopal and Gurdial Singh Nijar explaining the court ruling to the Orang Asli PETALING JAYA The Kota Bharu High Court has dismissed Putrajaya s application to stop five private companies from further encroaching into Orang Asli sett...
Nafi Tabur Gula Gula Peruntukan Dilulus Lebih Awal Salahuddin

Nafi Tabur Gula Gula Peruntukan Dilulus Lebih Awal Salahuddin

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 274 hits
Datuk Seri Salahuddin Ayub mempertahankan tindakannya mengumumkan peruntukkan RM3 juta bagi projek naik taraf tiga jeti nelayan di Parlimen Tanjung Piai walaupun dikecam blok pembangkang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegask...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet