Sultan Ibrahim Tegas Halang Perkauman Kata Exco


 
Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Jan. (Gambar Bernama)ISKANDAR PUTERI: Kepimpinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai raja berpendirian tegas dan berani, mampu menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon, berkata baginda sebagai penaung utama negara, diyakini mampu menjadi tonggak kestabilan perpaduan rakyat, sekali gus memadam api perkauman yang boleh menggugat keharmonian antara kaum.
Seri Paduka yang berpendirian tegas juga akan menjadi benteng penghalang usaha pihak tertentu, terutama yang ingin mencapai matlamat politik mereka dengan memainkan isu kaum, agama, dan institusi diraja (3R).
“Ketegasan itu boleh dilihat menerusi titah-titah Sultan Ibrahim sebelum ini yang antaranya memberi amaran kepada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.
“Seperti di Johor, pernah ada isu perkauman dan salah faham, tetapi ketegasan Sultan Ibrahim yang berperanan sebagai penaung negeri, menjadi pemadam api perkauman dan menitahkan supaya ia diselesaikan segera, “ katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, beliau percaya peranan itu akan terus dimainkan oleh Seri Paduka dalam memastikan isu seperti 3R dapat dihentikan sebelum ia menjadi marak.
Ling berkata, Seri Paduka yang sering mencemar duli berangkat bagi meraikan pelbagai sambutan perayaan ketika bergelar Sultan Johor, menjadi ikon perpaduan kepada rakyat di negeri itu.
“Contohnya, Tuanku hadir Festival Chingay yang merupakan antara sambutan terbesar di dalam negeri bagi kaum Tionghua, begitu juga Deepavali Tuanku berangkat dan memberi contoh terbaik,” katanya.
Menurut Ling, titah-titah Sultan Ibrahim berkenaan perpaduan juga telah mencetus kepada wujudnya Duta Perpaduan Johor dan Jawatankuasa Harmoni Negeri Johor.
Duta Perpaduan Johor telah melahirkan 300 generasi muda daripada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan persatuan belia di negeri itu yang berperanan menjadi jurucakap kerajaan negeri dalam menyampaikan mesej-mesej perpaduan kepada orang ramai.
Jawatankuasa Harmoni pula terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan seperti Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan pemimpin daripada setiap agama termasuk Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh, berperanan dalam berkongsi pandangan serta menangkis segala isu keagamaan dan sebagainya.
Justeru, beliau mengharapkan Malaysia akan terus harmoni dan rakyat bersatu padu dalam membangunkan negara di bawah naungan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu.
Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Jan. Baginda menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/sultan-ibrahim-tegas-halang-perkauman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Ibrahim To Take Oath As 17th Agong Today

Sultan Ibrahim To Take Oath As 17th Agong Today

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 239 hits
Johor s Sultan Ibrahim Sultan Iskandar is scheduled to take the oath of office as the 17th Agong today for a five year term The ceremony of taking the oath of office and signing the instrument of office will be held at the 264th Meeting of ...
Hiburan Sultan Ibrahim Berangkat Menuju Kuala Lumpur Bagi Menghadiri Istiadat Melafaz

Hiburan Sultan Ibrahim Berangkat Menuju Kuala Lumpur Bagi Menghadiri Istiadat Melafaz

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 335 hits
Terkini kapal terbang peribadi yang membawa Yang di Pertuan Agong Ke 17 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berlepas meninggalkan Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Kulai pada pukul 9 pagi tadi Istiadat Melafaz Menurut la...
Sultan Ibrahim Arrives At Senai Airport S Royal Hangar

Sultan Ibrahim Arrives At Senai Airport S Royal Hangar

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 286 hits
KULAI Yang di Pertuan Agong His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has arrived at the Royal Hangar at Senai International Airport The Royal entourage arrived at the last checkpoint in front of the Senai International Airpo...
Terengganu Tak Lihat Warna Politik Bantu Mangsa Bencana Kata Exco

Terengganu Tak Lihat Warna Politik Bantu Mangsa Bencana Kata Exco

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 197 hits
Exco Terengganu Hanafiah Mat menegaskan kerajaan Terengganu pimpinan PAS akan membantu mana mana mangsa bencana yang layak mengikut syarat ditentukan Nadma PETALING JAYA Kerajaan Terengganu pimpinan PAS tidak mempolitikkan urusan bencana da...
30 000 Johoreans Expected To Give Sultan Ibrahim Royal Sendoff

30 000 Johoreans Expected To Give Sultan Ibrahim Royal Sendoff

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 272 hits
The Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar greeting Johoreans at one of his public functions He will leave Johor to become the Yang di Pertuan Agong on Jan 31 JOHOR BAHRU As many as 30 000 Johoreans are expected to line the road fro...
Biodata Of Sultan Ibrahim Nation S New Agong

Biodata Of Sultan Ibrahim Nation S New Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 387 hits
The following is the official biodata of His Majesty Sultan Ibrahim Sultan Iskandar the 17th Agong based on information released by the Royal Press Office Sultan Ibrahim was born on Nov 22 1958 at the Sultanah Aminah Hospital Johor Bahru an...
Sultan Ibrahim Tiba Di Ibu Negara Untuk Lafaz Sumpah Jawatan Agong

Sultan Ibrahim Tiba Di Ibu Negara Untuk Lafaz Sumpah Jawatan Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 222 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim selamat tiba di ibu negara bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 17 di Istana Negara Pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa ...
Junjung Kasih Al Sultan Abdullah Raikan Pemerintahan Sultan Ibrahim

Junjung Kasih Al Sultan Abdullah Raikan Pemerintahan Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 330 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan senada dengan rakyat memanjat kesyukuran serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Perdana Ment...
Sultan Ibrahim To Johoreans Don T Be Surprised If I Turn Up At Any District

Sultan Ibrahim To Johoreans Don T Be Surprised If I Turn Up At Any District

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 252 hits
I will always return to Johor because this is my hometown I hope Johoreans will not forget me and still recognise me BERNAMA PICKUALA LUMPUR His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia has given his assurance that he continues to keep Johor...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Doa Dipermudahkan Urusan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Usik Ammar Tentang Cik B Terima Kasih Cik B Bakal Menantu Papa

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027