Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan


Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan
KAZAN, 8 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar lawatan baginda ke Kazan akan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan republik Rusia, Tatarstan.
Sultan Ibrahim dalam pertemuan dengan Rais Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Presiden Kremlin Kazan di sini hari ini bertitah bahawa baginda gembira dengan peningkatan penglibatan antara rakyat Malaysia dan Tatarstan dalam kerjasama ekonomi, institusi dan kerjasama budaya.
“Kami amat menghormati kepimpinan anda dalam Kumpulan Visi Strategik “Rusia-Dunia Islam’. Ia menjadi bukti dedikasi anda kepada kemajuan Ummah Muslim,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut menekankan potensi signifikan bagi peningkatan kerjasama dalam sektor seperti petrokimia, inovasi, kewangan Islam dan industri halal pada masa akan datang.
“Saya turut berasa sukacita menyaksikan peluasan kerjasama akademik antara institusi pendidikan tinggi kita,” titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah universiti-universiti Malaysia dan Rusia termasuk beberapa institut di Kazan telah membangunkan kerjasama yang utuh termasuk penyelidikan bersama dalam bidang baharu muncul seperti kejuruteraan, tenaga dan sains komputer.
“Saya puji kolaborasi berterusan antara Kazan Federal University dan Kazan National Research Technological University dengan Universiti Teknologi Malaysia – terletak di negeri saya, Negeri Johor,” titah Sultan Ibrahim.
Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa prospek bagi mengembalikan hubungan udara secara langsung antara Rusia dan Malaysia telah digesa, yang akan membuka jalan bagi pelancongan, perniagaan dan meningkatkan kerjasama rakyat dengan rakyat.
“Saya berharap untuk melihat lebih banyak pelajar dan pelancong daripada Tatarstan memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka,” titah Seri Paduka Baginda.
Sementara itu, Sultan Ibrahim menzahirkan kegembiraan untuk memperbaharui hubungan erat dengan Minnikhanov di tapak bersejarah Kazan Kremlin.
“Rakh-mat” – Kebaikan dan kehangatan anda akan terus dikenang,” titah Seri Paduka Baginda.
Sebelum pertemuan itu, Seri Paduka Baginda disambut mesra oleh Minnikhanov di Kazan Kremlin, disusuli sesi bergambar berlatarbelakangkan pemandangan indah Sungai Volga.
Para tetamu turut menghadiri jamuan dianjurkan Minnikhanov sempena meraikan Seri Paduka Baginda di Dewan Bankuet istana tersebut.
Kazan, ibu negeri Tatarstan, merupakan satu daripada republik berautonomi Rusia terpenting yang dikenali dengan kepelbagaian budaya dan populasi majoriti Muslim.
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Kazan pagi ini bagi segmen kedua lawatan negara ke Rusia atas jemputan Presiden Vladimir Putin.
Sumber: Bernama
The post Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/09/lawatan-sultan-ibrahim-perkukuh-hubungan-strategik-malaysia-dan-tatarstan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Ibrahim Agong Pertama Lakukan Lawatan Ke Rusia

Sultan Ibrahim Agong Pertama Lakukan Lawatan Ke Rusia

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 191 hits
Seri Paduka Baginda bakal melakar sejarah ketua negara Malaysia pertama adakan lawatan ke Rusia sejak tertubuh hubungan diplomatik pada 1967 Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Rusia dari 5 hingga 10 Ogos KUALA L...
Sultan Ibrahim Bertemu Presiden Putin Di Kremlin Adakan Mesyuarat Rasmi

Sultan Ibrahim Bertemu Presiden Putin Di Kremlin Adakan Mesyuarat Rasmi

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 220 hits
MOSCOW Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini hari ini Sultan Ibrahim tiba di Kremlin pada kira kira 3 petang sebelum berangkat ke St George s H...
Sultan Ibrahim Returns From Historic First Malaysian State Visit To Russia

Sultan Ibrahim Returns From Historic First Malaysian State Visit To Russia

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 311 hits
His Majesty s royal private jet arrived at Senai International Airport Johor at 6 30 am Picture via Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR Aug 11 His Majesty Sultan Ibrahim the King of Malaysia returned home safely today after ...
Lawatan Mengejut Ke Sekolah Asrama Demi Anak Kita Selamat Dari Buli

Lawatan Mengejut Ke Sekolah Asrama Demi Anak Kita Selamat Dari Buli

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 430 hits
Bayangkan satu malam yang hening di sebuah sekolah berasrama Pelajar pelajar sedang bersiap untuk tidur ada yang mengulang kaji pelajaran ada yang berbual perlahan dengan rakan sebilik Tiba tiba suasana berubah apabila sekumpulan pegawai pe...
Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai Ppd Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah

Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai Ppd Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 280 hits
Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai PPD Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah KUALA TERENGGANU Kementerian Pendidikan mengarahkan semua pengarah pendidikan negeri dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan lawatan ke sekolah sekol...
Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 364 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah luah sedih dan marah susulan insiden menyayat hati melibatkan remaja perempuan Zara Qairina 13 yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah baru baru ini Instagram ...
Menteri Dah Mulakan Lawatan Dan Telah Kesekolah

Menteri Dah Mulakan Lawatan Dan Telah Kesekolah

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 169 hits
Amin AhmadSaya semak FB Menteri Pendidikan beliau telah ke Sabah bertemu keluarga seawal berita kematian diterima Sebelum itu lagi arahan telah diberi mengikut prosedur dan polis bertindak Sejak itu 60 saksi dipanggil untuk beri keterangan ...
Menjijikkan Tiada Otak Saya Harap Mereka Segera Digam Soo Wincci

Menjijikkan Tiada Otak Saya Harap Mereka Segera Digam Soo Wincci

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pelakon dan penyanyi Soo Wincci mengakui terkilan selain menyelar tindakan tiga pempengaruh berbangsa Cina yang menjadikan gelandangan sebagai bahan konten Wincci 40 berkata perbuatan berkenaan bukan sahaja tidak berperikemanus...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji