Sukar Tak Mungkin Zahid Jadi Pm Kata Sumber Umno


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 16, 2022 8:48 AM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.
PETALING JAYA: Kemungkinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menjadi perdana menteri adalah rendah, menurut seorang pemimpin kanan Umno.

Sumber itu berkata, ini disebabkan perbicaraan rasuahnya dan situasi janggal jika namanya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan menjadi perdana menteri.

Saingan BN mendakwa, jika gabungan itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Zahid berkemungkinan dilantik menjadi perdana menteri walaupun Ismail Sabri Yaakob dinamakan sebagai calon tunggal BN bagi jawatan tertinggi negara itu.

Beberapa pemimpin kanan BN termasuk Zahid sendiri berulang kali menekankan bahawa Ismail satu-satunya calon perdana menteri bagi gabungan itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, kenyataan Zahid bahawa Agong yang akan memutuskan siapa menjadi perdana menteri telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau menjadi antara calonnya.

“Sejujurnya ia memberi kesan terhadap kami. Memang Zahid berjaya memimpin parti selepas PRU14, namun beliau masih mempunyai kes mahkamah dan tidaklah begitu popular di dalam dan di luar BN,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.

Zahid sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, selain dakwaan menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

“Realitinya, pengundi bimbang dengan kemungkinan Zahid menjadi perdana menteri,” kata sumber itu.

Tambahnya, wujud kebimbangan sama ada ini mampu menjejaskan peluang BN untuk memenangi bilangan kerusi yang diharapkan pada 19 Nov ini.

“Apapun, saya rasa sukar, malah tidak mungkin Zahid dilantik sebagai perdana menteri disebabkan perbicaraan kes rasuahnya. Istana akan berada dalam kedudukan sukar sekalipun untuk mempertimbangkan namanya.”

Pada masa sama, kata sumber itu, perdana menteri juga mesti seseorang yang boleh diterima oleh sekutu BN.

“Bukan sekadar BN yang akan memutuskan siapa menjadi perdana menteri, tetapi juga Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sarawak malah mungkin juga PAS.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa; jika (dipaksa), nanti tiada kestabilan politik. Beliau mestilah seseorang yang diterima oleh semua orang,” kata sumber itu.

Tambahnya, ini kerana BN berkemungkinan tidak dapat membentuk kerajaan dengan sendirinya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/sukar-tak-mungkin-zahid-jadi-pm-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Beratur Dalam Banjir Untuk Mengundi Apa Kata Zahid Umno

Rakyat Beratur Dalam Banjir Untuk Mengundi Apa Kata Zahid Umno

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 197 hits
agendaily com19 11 2022Pengundi beratur dalam banjir di Kampung Long Bemang di Parlimen Baram Sarawak Gambar Kayanfm MiriProses pengundian Pilihan Raya Umum Ke 15 di kawasan dilanda banjir di Parlimen Baram diteruskan hari ini walaupun peng...
Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 252 hits
Saya mohon Presiden UMNO Zahid Hamidi letak jawatan segera MB JohorKegagalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengatur strategi untuk memenangkan Barisan Nasional di PRU15 mencetus rasa tidak puas hati ahli gabungan itu sendiri yang kini ta...
Rentasan 1245 Panas Kini Calon Mp Umno Dipaksa Sokong Zahid Hamidi Jadi Pm 10

Rentasan 1245 Panas Kini Calon Mp Umno Dipaksa Sokong Zahid Hamidi Jadi Pm 10

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 251 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1245 1 PASTIKAN PRU15 HUMBAN PENGKHIANAT DAN KLEPTOKRAT 2 ACARA PANCUNG SELESAI KINI PANCING 3 SPRM SIASAT SURAT AKU JANJI SOKONG PRESIDEN UMNO PM 4 ADAKAH KERA MENGAMBANG LAGI Layari kami untuk mendapat berita dan is...
Zahid Tak Reti Malu Ker Kluster Mahkamah Umno Telah Jahanamkan Umno

Zahid Tak Reti Malu Ker Kluster Mahkamah Umno Telah Jahanamkan Umno

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 245 hits
Rakyat dah tunjuk pada zahid hamidi UMNO yang dipimpin zahid ditolak rakyat Penolakan besaran ahli umno sendiri di pantai timur telah jelas Tiada kerusi BN menang Najib rosakkan BN Zahid pula hancurkan BN
Naib Ketua Umno Bahagian Bahagian Malaysia Desak Zahid Hamidi Tok Mat Hassan Letak Jawatan

Naib Ketua Umno Bahagian Bahagian Malaysia Desak Zahid Hamidi Tok Mat Hassan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 20 Nov 8211 Naib Ketua UMNO Bahagian Bahagian Malaysia menyatakan pendirian dan menuntut tindakan serta merta kepimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN pada PRU15 Berikut intipati kenyataan medianya KE...
Johor Mb Onn Hafiz Tells Zahid To Step Down As Umno Bn Chief As Coalition Has Fallen

Johor Mb Onn Hafiz Tells Zahid To Step Down As Umno Bn Chief As Coalition Has Fallen

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 242 hits
Johor Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said it was clear that a political tsunami happened and the Malays have rejected Umno 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi should resign immediately from leading the Barisan
Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 318 hits
Sangat berisiko untuk Zahid lepaskan jawatan Dan langkah Cuba dan jangkapendek adalah sertai PH
Pengundi Jangan Percaya Pada Naratif Pn Bersih Stabil Kata Zahid

Pengundi Jangan Percaya Pada Naratif Pn Bersih Stabil Kata Zahid

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 206 hits
freemalaysiatoday com November 18 2022 12 15 AMAhmad Zahid Hamidi berkata pengundi diingatkan jangan terpedaya dengan watak berbeza yang dimainkan pelakon sama PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi Melayu supa...
Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 231 hits
November 5 2022R Sivarasa daripada PKR berkata secara dasarnya Khairy Jamaluddin mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi SUNGAI BULOH Memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang