Sukan Sea 2027 Diadakan Pada September Di Empat Kluster


Sukan SEA 2027 Diadakan Pada September Di Empat Kluster
Putrajaya, 5 Disember 2025 – Malaysia bakal menganjurkan Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September 2027.
Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan bahawa tarikh yang dipilih ini merupakan tarikh yang sangat strategik kerana 18 September merupakan musim cuti universiti.
Selain itu, dari sudut meteorologi pula tempoh ini masih belum bermulanya musim tengkujuh. Ia sekali gus memastikan keadaan cuaca lebih stabil untuk menganjurkan sukan luar.
“Penetapan tarikh ini juga dibuat bagi memastikan temasya berlangsung selepas Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September), serta tidak bertembung dengan sebarang acara besar lain,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pengumuman tarikh serta senarai awal 38 jenis sukan itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pengelola Sukan Sea ke-34 dan Sukan PARA ASEAN ke-14 di Putrajaya.
“Pemilihan sukan dilakukan berdasarkan ketetapan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), kesesuaian venue sedia ada serta pertimbangan tambahan seperti senarai sukan teras, program Road To Gold (RTG) dan Program Podium,” katanya.
Kenyataan itu juga memaklumkan Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Sukan SEA dengan empat kluster utama bagi memastikan pengagihan venue lebih efisien dan memberi manfaat pembangunan sukan di seluruh negara. Kluster Sarawak akan menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan. 17 sukan dipertandingkan di sini iaitu akuatik, angkat berat, bola keranjang, boling, boling padang, e-sukan, gimnastik, golf, kriket, memanah, menembak, muay thai, petanque, skuasy, taekwando, tenis dan wusyu.
Kluster Pulau Pinang pula melibatkan enam sukan iaitu sepak takraw, snuker dan biliard, judo, tinju, pingpong dan floorball manakala kluster Johor hanya melibatkan satu acara iaitu bola sepak.
Kluster Kuala Lumpur akan menjadi lokasi Upacara Penutup Sukan SEA Malaysia 2027 dengan 14 sukan dipertandingkan iaitu badminton, berbasikal (Velodrom Nasional, Nilai), bola tampar, bola jaring, ekuestrian, hoki, karate, lawan pedang, luncur ais, olahraga, pencak silat, pelayaran (Langkawi), ragbi dan ski air.
BACA: Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara BACA: 10 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Malam Ini Manakala Sukan PARA ASEAN ke-14 pula dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2027 di Kuala Lumpur dan merangkumi 18 sukan termasuk renang para, badminton para, berbasikal para, boccia dan bola keranjang para.
Di samping itu, Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot Rasmi Sukan SEA ke-34 serta Sukan PARA ASEAN ke-14 Tahun 2027 telah dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
Penyertaan terbaik bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu RM8,000 beserta sijil untuk tempat pertama, RM5,000 dan sijil untuk tempat kedua, serta RM3,000 dan sijil untuk tempat ketiga. Pertandingan ini ditutup pada 31 Disember 2025. Hasil ciptaan boleh dihantar melalui pautan rasmi https://forms.gle/ZUgb3k3BKUZxaXvi8.
The post Sukan SEA 2027 Diadakan Pada September Di Empat Kluster appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/05/sukan-sea-2027-diadakan-pada-september-di-empat-kluster/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skuad Harimau Malaya B 23 Senarai Akhir 23 Pemain Ke Sukan Sea 2025 Di Bangkok

Skuad Harimau Malaya B 23 Senarai Akhir 23 Pemain Ke Sukan Sea 2025 Di Bangkok

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 265 hits
Senarai 23 Pemain Skuad Harimau Malaya B 23 untuk Sukan SEA 2025 di Bangkok Thailand Berikut adalah senarai akhir 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B 23 Nafuzi Zain untuk melaksanakan cabaran Malaysia da...
Takraw Sukan Sea 2025 Senarai Kumpulan Jadual Perlawanan

Takraw Sukan Sea 2025 Senarai Kumpulan Jadual Perlawanan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 456 hits
Takraw Sukan SEA 2025 bakal menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini menampilkan persaingan sengit antara pasukan terbaik Asia Tenggara Dengan format pertandingan yang lebih tersusun dan penyertaan atlet berpengalaman edisi kali ini...
Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 422 hits
Berikut adalah jadual untuk Sukan SEA 2025 yang akan diadakan di Thailand Bola Sepak Lelaki B 23 3 hingga 18 Disember Bola Sepak Wanita 4 hingga 17 Disember Futsal Wanita 12 hingga 18 Disember Futsal Lelaki 15 hingga 19 Disember Ayuh kita s...
Peminat Thailand Mengancam Untuk Memboikot Sukan Sea Disebabkan Peraturan Tiket

Peminat Thailand Mengancam Untuk Memboikot Sukan Sea Disebabkan Peraturan Tiket

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 180 hits
Peminat bola sepak Thailand ancam untuk memboikot stadium SEA Games kerana peraturan pendaftaran ID dan susunan tempat duduk berikrar untuk hadir tetapi tidak memasuki venue PENYOKONG bola sepak Thailand telah mengancam untuk tidak menyokon...
Malaysia To Host 2027 Sea Games In Sarawak Penang Johor And Kl Next Sept 18 29

Malaysia To Host 2027 Sea Games In Sarawak Penang Johor And Kl Next Sept 18 29

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 178 hits
Youth and Sports Minister Hannah Yeoh with national athletes during the handover ceremony of the Malaysian contingent s Jalur Gemilang for the 2025 SEA Games and Asean Para Games in Thailand held at the National Sports Council December 3 20...
Sukan Sea 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa

Sukan Sea 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 130 hits
Sukan SEA 2025 Ibu Bakar Semangat Ken Haw Raih Gangsa BANGKOK 10 Dis Kehadiran ibu ternyata cukup bermakna sebagai pencetus semangat kepada atlet taekwondo negara Chin Ken Haw yang menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara di ...
Carta Kedudukan Kumpulan B Sukan Sea 2025 Bola Sepak Wanita

Carta Kedudukan Kumpulan B Sukan Sea 2025 Bola Sepak Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 184 hits
Carta Kedudukan Kumpulan B Bola Sepak Wanita Sukan SEA 2025 Keputusan selepas Hari Perlawanan 1 pada Jumaat 5 Disember 2025 MYANMAR 2 1 FILIPINA VIETNAM 7 0 MALAYSIA Perlawanan seterusnya Malaysia akan menentang Myanmar pada Isnin 8 Disembe...
Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan Sea Thailand 2025

Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan Sea Thailand 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 168 hits
Cantik Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan SEA Thailand 2025 Sukan SEA Thailand 2025 telah bermula sejak semalam dengan meriahnya majlis pembukaan yang diadakan di Stadium Nasional Rajamangala Acara yang turut dihadiri Raj...
Sukan Sea Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

Sukan Sea Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 152 hits
Sukan SEA Puripol Pelari Asia Tenggara Pertama Rekod Bawah 10 Saat BANGKOK 11 Dis Jaguh pecut Thailand Puripol Boonson menampilkan larian luar biasa dengan menjadi pelari pertama di Asia Tenggara mencatatkan masa di bawah 10 saat bagi 100 m...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cantiknya Orkid

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Quick Healthy Recipes Ebook Free

Untuk Diri Sendiri

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Dilema Data Pencil