Suka Hati Kami Kepada Siapa Kami Sewa Kata Pemilik Rumah



(FMT) – Pemilik rumah menolak dakwaan rasis dan diskriminasi dalam pemilihan bakal penyewa, susulan laporan mengatakan Putrajaya sedang merangka undang-undang baru untuk menangani diskriminasi kaum dalam pencarian rumah sewa.
Pemilik rumah memberitahu FMT, mereka mempunyai hak untuk memilih penyewa berdasarkan kriteria, termasuk kewarganegaraan, bangsa dan jantina.
Nur Azizi Abdul Haji, yang memiliki rumah di Kerinchi, berkata hanya kerana sesetengah pemilik memilih kriteria tertentu tidak menjadikan mereka rasis.
“Kadang-kadang, mereka membuat pilihan itu untuk memudahkan pemilik dan penyewa,” katanya.
“Tuan rumah mempunyai hak untuk memilih siapa yang mereka mahu beri sewa. Lagipun, itu harta mereka. Sekiranya terdapat sebarang risiko, tuan rumah yang bertanggungjawab.”
Namun, dia mengakui tidak mudah bagi mereka yang ditolak oleh tuan rumah yang lebih memandang pada kaum atau jantina tertentu.

Akta Rumah Sewa, yang diumumkan pada Isnin, bertujuan untuk melindungi pembeli rumah dan penyewa daripada diskriminasi.
Ia berikutan insiden tuan rumah enggan menerima penyewa kerana etniknya.
Bagaimanapun, Azizi mencadangkan agar undang-undang itu tidak dikenakan kepada tuan rumah, sebaliknya kerajaan menggubal undang-undang untuk melindungi tuan rumah daripada penyewa yang hilang tanpa jejak.
“Apabila tuan rumah mahu memfailkan laporan polis terhadap penyewa, tiada tindakan diambil kerana ia hanya hak penyewa. Bagaimana pula dengan kami?”
Seorang lagi tuan rumah yang mahu dikenali sebagai Foo berkata dia lebih menerima penyewa Cina kerana sensitiviti budaya.
“Katakan kami hanya mengambil orang Cina sebagai penyewa. Jika tiba-tiba kami menawarkan bilik kepada Melayu Islam juga, akan ada masalah dari segi persekitaran, kebersihan dan sebagainya.
“Kami tidak rasis,” katanya. “Ada perkara tertentu yang perlu kami ambil kira.”
Sementara itu, Siti Kariman menyewakan apartmentnya di Sungai Besi kepada penyewa Melayu Islam selama 7 tahun.
Katanya, dia menawarkan sewa kepada orang Melayu kerana dia tidak mahu penyewa beragama Islam berasa tidak selesa dengan kehadiran kaum lain.
Seperti Foo dan Azizi, katanya, pemilik rumah mempunyai hak untuk memilih penyewa mereka.
Rais Yeop Johari, seorang ejen harta tanah, bersetuju dengan pandangan itu.
“Rumah itu milik tuan rumah, jadi mereka mempunyai hak,” katanya kepada FMT. “Penyewa harus mencari tempat lain jika mereka ditolak untuk menyewa.”
Dia juga mempersoalkan perlunya akta terhadap tuan rumah kerana mempunyai kriteria tertentu dalam menyewakan rumah mereka.
“Ia adalah hak pemiliknya. Ia adalah perkara demokrasi. Penyewa harus mengikut peraturan yang dikenakan oleh pemiliknya.”
Sebaliknya, kumpulan hak asasi, Pusat Komas menyambut baik langkah kerajaan untuk merangka akta itu, mengatakan ia langkah pertama untuk menghapuskan diskriminasi kaum.
“Merangka undang-undang sedemikian akan memastikan semua rakyat di Malaysia, tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan, atau asal-usul bangsa atau etnik, menikmati kedudukan yang sama dalam hak asasi manusia dan kebebasan asas dalam kehidupan mereka.
“Undang-undang dan dasar yang mempromosikan kesaksamaan adalah penting di Malaysia baru.”
Ia menambah kerajaan harus berunding dengan pihak berkepentingan berkaitan ketika merangka undang-undang dan dasar sedemikian, untuk memastikan mereka selaras dengan piawaian antarabangsa.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/31/suka-hati-kami-kepada-siapa-kami-sewa-kata-pemilik-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Tinggalkan Rumah Dengan Bil Elektrik Rm9 351 36 Pemilik Rumah Sewa Kesal Dianiaya Bekas Penyewa

Dia Tinggalkan Rumah Dengan Bil Elektrik Rm9 351 36 Pemilik Rumah Sewa Kesal Dianiaya Bekas Penyewa

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1120 hits
Dia tinggalkan rumah dengan bil elektrik RM9 351 36 Pemilik rumah sewa kesal dianiaya bekas penyewaSeorang pemilik rumah sewa terkejut apabila mendapati bil elektriknya mempunyai tunggakan sebanyak RM9 351 39 angkara penyewa yang tidak bert...
U Turn Majlis Rasmi Pulak Menteri Kata Bukan Majlis Suka Ria

U Turn Majlis Rasmi Pulak Menteri Kata Bukan Majlis Suka Ria

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 419 hits
Majlis tarian twist melibatkan Menteri Undang Undang Peguam Negara Ketua Hakim Negara dan Siti Kasim itu bukanlah majlis sukaria Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong tampil memberi penjelasan berhubung penularan sebuah vi...
Saya Tahu Orang Tidak Puas Hati Kata Siew Fook

Saya Tahu Orang Tidak Puas Hati Kata Siew Fook

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 476 hits
MALAYSIA GAZETTE Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengakui dirinya mengundang rasa tidak puas hati orang dalam soal penguatkuasaan dan pembayaran saman lalu lintas KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengakui...
Rumah Sempit Namun Hati Lapang

Rumah Sempit Namun Hati Lapang

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 483 hits
Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu Masih belajar di UM Tiada pekerjaan tetap Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba dhaif ini menjadi menantu Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber ke...
Surat Sewa Rumah Kenapa Penting Dan Contoh Surat Sewa Rumah Yang Simple

Surat Sewa Rumah Kenapa Penting Dan Contoh Surat Sewa Rumah Yang Simple

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 710 hits
Surat Sewa Rumah Pengenalan Apa itu Surat Sewa Rumah surat perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara pemilik rumah dan penyewa Ia merekodkan segala syarat syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan Ke...
Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang Undang Baharu Anti Rasisme Sewa Rumah

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang Undang Baharu Anti Rasisme Sewa Rumah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 328 hits
Putrajaya sedang menghasilkan satu undang undang baru iaitu Akta Sewaan Rumah Kediaman yang antara lain bagi menangani diskriminasi kaum dalam pasaran tanah susulan kejadian kejadian pemilik rumah enggan menerima penyewa atas dasar kaum Men...
Rambut Sama Hitam Hati Lain Lain Pekerja Selalu Histeria Persoalan Pemilik Restoran Akhirnya Terjawab

Rambut Sama Hitam Hati Lain Lain Pekerja Selalu Histeria Persoalan Pemilik Restoran Akhirnya Terjawab

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 686 hits
Rambut sama hitam hati lain lain Pekerja Selalu Histeria Persoalan Pemilik Restoran Akhirnya Terjawab Rambut sama hitam hati lain lain ini ayat yang kita selalu dengar apabila ada yang melakukan sesuatu tidak baik kepada diri kita lebih leb...
Kpkt Pemilik Rumah Rasis Berwaspadalah

Kpkt Pemilik Rumah Rasis Berwaspadalah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 425 hits
KEADILAN DAILY Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata Putrajaya sedang merangka Akta Sewa Rumah bagi menangani kecenderungan pemilik rumah yang mengamalkan sikap perkauman dalam memilih penyewa dan pembeli Undang ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2