Suka Duka Bola Sepak Kita Jelang Raya


 
Pada hari seorang lagi legenda bola sepak negara dalam Sukan Olimpik 1972, Rahim Abdullah, meninggalkan kita, skuad Harimau Malaya pula memulakan ‘revolusi’ ciptaannya dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal pada Selasa ketika turut ada sedikit kegembiraan buat pemain kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Cuma sayang sekali tiada tafakur seminit sebagai penghormatan terakhir buat Rahim – seperti lazimnya dilakukan dan selayaknya buat arwah – sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan F pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu.
Potretnya di layar gergasi stadium sambil penonton diajak bersedekah Al-Fatihah kepadanya sempena 10 malam terakhir Ramadan harus amat bertepatan buat seorang wira negara seperti Rahim, apatah lagi penampilan barisan negara dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan Sukan Olimpik Munich lebih
separuh abad lalu kekal sebagai penanda aras tertinggi bola sepak negara yang tidak mampu ditandingi hingga hari ini.
Barangkali Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Ayub dan barisan exconya bagi penggal 2025-2028 yang terpilih dalam kongres tahunan ke-61 badan induk itu 15 Feb lalu boleh dimaafkan kerana masih baharu dalam jawatan masing-masing.
Seakan-akan benar firasat Rahim – yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 77 tahun pada jam 3.30 Selasa – dalam satu temu bual pada 2020 bahawa jasa pemain-pemain skuad Olimpik ’72 itu yang tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semakin
dilupakan dan jadi sebutan hanya bila ada yang pergi untuk selama-lamanya.
Sekembali dari Munich, katanya, kisah mereka tidak ditonjolkan seperti pasukan pada 1980 – layak ke Sukan Olimpik Moscow tetapi akur kepada keputusan kerajaan memboikot temasya berkenaan – dan hanya beberapa anggota skuad 1972 itu diberi peluang untuk menjadi antara tenaga kejurulatihan pasukan kebangsaan selepas bersara.
Rahim adalah anggota ke-13 daripada skuad asal 19 pemain yang disenaraikan ke Munich yang telah mendahului kita – meninggalkan hanya enam yang kini melalui usia tua mereka.
Sambil itu, tahniah kepada Harimau Malaya yang memulakan revolusinya di bawah ketua jurulatih dari Australia Peter Cklamovski dengan nota kemenangan ketika tumpuan lebih terarah kepada pemain warisan terbaru Hector Hevel, yang gol pembukaannya membuka jalan kepada keputusan 2-0 dituruti satu gol lagi daripada seorang lagi pemain warisan La’Vere Corbin-Ong.
Daripada empat hingga lapan pemain warisan terbaharu yang diuar-uarkan sebelumnya, hanya dua – Hevel, 28, dari kelab Portugis, Portimonense, dan Gabriel Palmero, 23, dari kelab Sepanyol, CD Tenerife B – yang tersenarai dalam kelompok awal 30 pemain. Palmero bagaimanapun tidak tersenarai dalam skuad akhir 23 pemain bertemu Nepal.
“Saya bangga dengan pemain-pemain kerana dalam (tempoh) kem yang singkat bersama, apa yang kita usahakan terserlah menerusi persembahan mereka. Kita mendapat ganjaran kita (kemenangan ke atas Nepal), kita masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Cklamovski yang menyamai rekod
jurulatih terdahulu Kim Pan-gon yang menang perlawanan pertamanya ketika mengalahkan Filipina 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Singapura pada 23 Mac 2022.
Daripada pembaharuan berminda menyerang dan keamatan tinggi dalam gaya permainan yang dicetuskannya, Harimau Malaya menguasai hampir sepenuhnya ke atas Nepal – pasukan di tangga ke- 175 dunia – yang dikerah lebih banyak bertahan. Kesudahannya hanya dua gol dapat diraih yang
dirasakan lebih memberi kelegaan daripada kegembiraan.
Dalam pada itu, keterujaan penyokong terhadap barisan berwajah baharu ini mungkin memerlukan masa untuk terbina berdasarkan kehadiran hanya 7,895 penonton menyaksikan perlawanan di samping sekumpulan kecil Ultras Malaya yang datang – dibandingkan dengan 34,644 penyokong yang berasak- asak ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Buriram United dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), 11 Mac lalu.
Pada waktu pemain Harimau Malaya sedang bersiap-siap untuk berhadapan Nepal, nun di utara pemain- pemain KDA FC – yang tidak dibayar gaji selama 11 bulan – memiliki jadual besar mereka sendiri apabila menerima ‘duit raya’ yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di Hotel Raia, Alor Setar.
Sejumlah RM200,000 hasil kutipan Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah yang dijalankan selama lima hari oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) — Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM) –
disampaikan bagi meringankan kesempitan mereka untuk menyambut lebaran.
Di sebalik ia satu langkah murni, malangnya ia dijadikan polemik oleh pihak-pihak yang menjadikannya kesempatan untuk mencerca Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang juga presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kononnya kerana mengabaikan pemain-pemain.
“Penyokong Sanusi tak payah menggelupur sangatlah kata Saifuddin Nasution sengaja nak memburukkan nama Sanusi, sebab tu lah dia ambil kesempatan pergi tolong pemain bola Kedah ni. Dah pemimpin kau sendiri tak nak tolong pemain bola ni, biarlah Saifuddin tolong, apa isunya.
“Betapa gembiranya mereka dapat sedikit sumbangan. Tak banyak pun tapi adalah sedikit duit untuk beli barang persiapan raya, bolehlah beli baju raya untuk anak bini. Ada maklumat daripada pemain Kedah sendiri sampai hari ini tak ada seorang pun pimpinan kerajaan negeri Kedah yang datang tanya khabar, yang ajak pemain berbincang,” kata seorang pengomen di media sosial.
Isu pemain KDA FC tidak dibayar gaji bukan pun isu politik dan tidak wajar dipolitikkan. Kesudian mana-mana pihak untuk tampil menghulurkan sumbangan sewajarnya dialu-alukan dan tidak pula patut dijadikan modal untuk menghentam pihak lain.
Demi memberikan keadilan kepadanya, Sanusi mungkin tidak tampil membantu kali ini tetapi banyak memberi sumbangan pada masa lalu walaupun KDA FC sudah diswastakan sepenuhnya dan tidak lagi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
Baru-baru ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Zulkifli Yahaya berkata menteri besar tiada sebarang kuasa untuk membelanjakan duit kerajaan negeri walau sesen pun tanpa melalui belanjawan yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Nak belanja satu sen duit kerajaan negeri mestilah melalui bajet yang telah diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Duit kerajaan tidak boleh diguna untuk bayar gaji kelab bola sepak negeri,” katanya.
Semalam Sanusi, dalam melahirkan terima kasih kepada NGO menyumbang kutipan RM200,000 kepada pemain KDA FC, berkata sehingga hari ini pun kerajaan negeri dan KFA masih menyumbang RM200,000 sebulan bagi melangsaikan baki hutang lama kelab berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Radhi Mat Din turut menyumbang secara peribadi RM1,500 seorang kepada 11 lagi kakitangan KDA FC sempena Aidilfitri.
“Jika dicampur semuanya (termasuk empat bulan tunggakan gaji masa lalu sebanyak RM16 juta dan tuntutan daripada badan berkanun) sudah cecah RM30 juta. Jadi jangan kata saya atau KFA tak tolong, sebenarnya kita juga tolong,” katanya.
Turut berkongsi kegembiraan ialah pemain-pemain Sri Pahang FC yang sudah menerima separuh daripada tunggakan gaji empat bulan mereka dengan bakinya akan dilunaskan dalam masa terdekat.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada pembaca. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/suka-duka-bola-sepak-kita-jelang-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Nasib Yb Pas Dan Pemain Bola Sepak Kedah Kesian

Beza Nasib Yb Pas Dan Pemain Bola Sepak Kedah Kesian

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 97 hits
yang tular di media sosial Semakan mendapati harga kereta import tersebut melebihi RM270 000 Malah rupa rupanya Sabri Azit 59 juga sudah membeli kereta Toyota Hilux baharu pada 2021 iaitu selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat di Parlimen ...
Zainal Dakwa Situasi Yang Ganjil Jika Sri Pahang Fc Tiada Dalam Radar Bola Sepak Tempatan Musim Depan

Zainal Dakwa Situasi Yang Ganjil Jika Sri Pahang Fc Tiada Dalam Radar Bola Sepak Tempatan Musim Depan

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 136 hits
KUALA LUMPUR Legenda bola sepak Pahang Datuk Zainal Abidin Hassan menegaskan ia satu suasana yang ganjil untuk disaksikan sekiranya Sri Pahang FC hilang daripada radar bola sepak tempatan pada musim depan Menurutnya skuad Tok Gajah adalah s...
Manisnya Raya Raikan Kemanisan Hari Raya Aidilfitri Dengan Hektar Malls Vibrant Extravaganza

Manisnya Raya Raikan Kemanisan Hari Raya Aidilfitri Dengan Hektar Malls Vibrant Extravaganza

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 209 hits
Pusat beli belah Hektar dengan bangganya memperkenalkan kempen Manisnya Raya sambutan meriah Hari Raya Aidilfitri yang direka untuk menyatukan
Koleksi Resipi Set Nasi Yang Sesuai Masak Di Hari Raya

Koleksi Resipi Set Nasi Yang Sesuai Masak Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 230 hits
Sedapnya seleksi set nasi bersama lauk pauk ni Bila tiba hari raya selain lemang dan sajian nasi adalah antara hidangan popular yang wajib ada di rumah Bagi yang belum ada menu apa nak dimasak di pagi Syawal nanti koleksi resipi set nasi ya...
Harga Baju Lebaran Raya Series Terlalu Mahal Dan Selalu Sold Out Coba 5 Alternatif Ini

Harga Baju Lebaran Raya Series Terlalu Mahal Dan Selalu Sold Out Coba 5 Alternatif Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 169 hits
Nggak kebagian war baju lebaran di online shop Kamu bisa pakai lima alternatif ini biar Idul Fitri tetap bisa tampil maksimal dan stylish
Raya Just Got Even Better With Huawei S Biggest Deal Of The Season

Raya Just Got Even Better With Huawei S Biggest Deal Of The Season

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 148 hits
Limited time offers on HUAWEI s best selling devices with discounts of up to 50 and RM1 000 savings As the festive season approaches
Hiburan Sakit Mata Tengok Macam Level Tadika Hiasan Raya Mrt Ampang Dialih Selepas Ramai Kecam

Hiburan Sakit Mata Tengok Macam Level Tadika Hiasan Raya Mrt Ampang Dialih Selepas Ramai Kecam

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 148 hits
Baru baru ini seorang individu di platform Threads meluahkan rasa kecewa selepas melihat hiasan raya di MRT Ampang Park dan meminta pihak MRT mengalihkannya kerana memburukkan pemandangan stesen terbabit Hiasan raya MRT Ampang Park teruk di...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa