Suka Dengan Baby Bright Lipstick Dari Hatyai Ni
Jom k.fiezz nak review antara item kosmetik dari Hatyai k.fiezz kirim beli pada adik ipar yang bercuti ke sana lagi bulan Oktober tahun lepas...Sebab kirim, haruslah sis suka baby bright lipstick ni..Bibir nampak moist & kod warna cantik..Sis loike..Bila adik ipar repeat bercuti lagi ke sana, k.fiezz kirim kat adik ipar beli baby bright lipstick kod yang sama juga..hehe..Sis kalau dah suka satu benda memang repeat yang sama je..hehe..Cuma yang adik ipar beli kali ni berlainan jenis..Jenama sama cuma lain jenis..Satu Fixing Proof Liquid Lip & satu lagi mask friendly lip tint...
Masa k.fiezz & family bercuti ke Hatyai bulan Ogos tahun lepas, k.fiezz beli baby bright lipstick yang mask friendly lip tint ..Saja nak cuba je mulanya..Biasa sis ni choosy sikit part lipstick..Tapi tengok harga masa kitaorang nak beli tu murah..Harus lah beli
Tapi Baby Bright Lipstick ni bila sis pakai 'ai is jatuh cinta'..Bibir nampak moist & warna dia very the cantikss...Itu yang mengirim lagi kat adik ipar lipstick jenama sama kat adik ipar...Kali ni adik ipar beli baby bright fixing liquid lip pula..Yang k.fiezz beli sendiri sebelum tu jenis mask friendly lip tint...Selain dari lipstick, jenama ni ada juga untuk lip & cheek tapi sis tak beli pula..Rugi..Ni nak repeat vacation ke Hatyai lagi ke cane..haha...Gediks lah k.fiezz ni..Beli je kat shopee..Eh sibuk nak vacay..haha..
Okey joms sis share baby bright lipstick ni...
FIXING LIQUID LIP HATYAIUntuk kali ni, adik ipar beli jenama baby bright juga jenis Fixing liquid lip. Jenis waterproof matte liquid yang bagi warna tahan lama pada bibir. Ada ekstrak aloe vera untuk menggalakan penghasilan kolagen, pudarkan kedutan bibir dan menambah dos penghidratan untuk perbaiki bibir yang merekah dan juga kering. Selain itu ada juga ekstrak chamomile untuk melindungi bibir daripada sebarang kotoran alam sekitar sambil menguat, menggebu dan melembutkan untuk pastikan bibir mendapat pencahayaan (glow) yang sihat.
Kod 08 - Rosewood
Sikit pengenalan fixing proof liquid lip kat bahagian belakang packaging.
Tadaaa warna rosewood..Baru rasmi..Cantik kan warna dia...Sis memang suka warna-warna macamni..
Bawah ni Baby Bright Mask Friendly Lip Tint. Tahan lama & cepat kering. Seperti yang ditulis kat bahagian depan packaging, lip tint ni tak melekit pada mask..Maklumlah sekarang kan masih lagi pakai mask walaupun ramai dah malas nak ber mask..Untuk yang masih pakai mask macam sis, lip tint ni warna dia tak melekat pada mask..Part ni k.fiezz tak pasti sebab tak perasan pula tiap kali pakai ni & guna mask..hehe..Tak berapa alert pula ni.
Selain cantikkan bibir, ia juga menyihatkan bibir supaya licin, moist, gebu & tak mengeringkan.
Walaupun baru nak cuba, terus ambil 2 kod..Tak agak-agak kakak fiezz ni..hehe..Sat gi tak best baru tau..Hat ni yang k.fiezz beli sendiri masa kitaorang bercuti ke Hatyai bulan Ogos tahun lepas..Nasib baik bila dah pakai ni, waaaa sis fall in love sangat.
REVIEW LIPSTICK BABY BRIGHT Overall sis boleh cakap, sis suka. Dua-dua lipstick ni warna dia pekat & sekali sapuan kat bibir senang melekat, bibir nampak moist lepas pakai..Lagi satu tak mengeringkan bibir..Tekstur dia jenis macam basah-basah gitu..Bila pakai nampak lembap kat bibir..Paling k.fiezz suka kod warna dia cantik...Dah usyar kat shopee kalau nak repeat beli, ada..Kalau kat Hatyai harga dia murah sikit, kat sini biasalah ikut harga Malaysia..Harap maklum yea kakak fiezz..hehe..Tak apa janji lipstick best & memenuhi citarasa, sis okey je harga dia berapa pun..Tapi ni pun tahan lama..Tunggu dah habis, baru restock...Sebelum tu kita kumpul duit dulu..haha.
Untuk korang yang suka warna lain, ada lagi pilihan. Ikut lah citarasa masing-masing..
Psttt - Sis suka lipstick warna-warna macam earth/nude ni..Sebab dia tak terang yang dari jauh dah boleh nampak...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/03/blog-post.html