Suhu Hampir Cecah 50 Darjah Celcius Israel Dilanda Gelombang Haba


Suhu Hampir Cecah 50 Darjah Celcius, Israel Dilanda Gelombang Haba
Dua kematian akibat strok haba telah direkodkan susulan gelombang haba yang melanda Israel pada minggu ini, lapor The Times of Israel.
Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun di bandar Eilat, yang mencatatkan suhu sehingga 48.8 darjah Celsius. Manakala, kematian kedua pula direkodkan di bandar Rishon Lezion, iaitu melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun.
Di utara negara itu, kawasan panhandle Galilee mencatatkan suhu hampir sama tinggi iaitu mencecah 46.8 darjah Celcius. Di Kibbutz Gilgal, suhu mencecah 49.7 darjah Celcius, tertinggi di negara itu menurut Perkhidmatan Meteorologi Israel (IMS).
Suhu di Jerusalem pula mencecah 40.8 darjah Celcius, manakala di Tel Aviv, bacaan tertinggi sepanjang Rabu adalah 33.5 darjah Celcius yang dianggap agak ‘sejuk’ berbanding kawasan lain.
IMS memaklumkan beberapa rekod suhu baharu tercatat di beberapa kawasan, termasuk di Safed yang mencecah 41.4 darjah Celcius, mengatasi rekod lama 40.6 darjah Celcius. Rekod baharu juga dicatat di Ayelet Hashachar di Lembah Hula dan bandar selatan Arad.
Malah, pada waktu malam antara Selasa dan Rabu, suhu di beberapa kawasan turut mencatat bacaan tertinggi sepanjang sejarah.
BACA: Kebakaran Hutan Semakin Marak, Israel Isytihar Darurat IMS memaklumkan bahawa suhu di kolam penyejatan stesen cuaca Sodom berhampiran Laut Mati hanya menurun kepada 36.6 darjah Celsius pada waktu malam, menjadikannya bacaan suhu minimum harian tertinggi yang pernah direkodkan di Israel. Rekod sebelumnya ialah 35.5 darjah Celsius.
Dalam pada itu, penggunaan elektrik mencatat rekod baharu pada Rabu apabila rakyat Israel memilih untuk berada di dalam rumah dan memasang pendingin hawa bagi menyejukkan diri.
Buat pertama kalinya, penggunaan elektrik melebihi 17,000 megawatt selepas mencatat lebih 16,000 MW pada Selasa, menurut Pengendali Sistem Bebas bagi industri elektrik, yang dikenali dengan akronim Ibrani, Noga.
“Gelombang haba melampau bukan lagi kejadian luar biasa, tetapi satu realiti yang akan berulang pada tahun-tahun akan datang. Kami sedang membuat persiapan awal bersama pengeluar elektrik, pengurusan sistem secara pintar, serta memastikan bekalan berterusan,” kata Pengarah Noga, Shiki Fisher.
Disebabkan keadaan cuaca yang berbahaya dan risiko kebakaran hutan, Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel mengeluarkan larangan sepenuhnya terhadap kemasukan ke semua laluan mendaki dalam taman negara dan rizab semula jadi sehingga Sabtu.
Sumber: The Times Of Israel
The post Suhu Hampir Cecah 50 Darjah Celcius, Israel Dilanda Gelombang Haba appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/15/suhu-hampir-cecah-50-darjah-celcius-israel-dilanda-gelombang-haba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jepun Catat Suhu Tertinggi Pernah Direkodkan 41 8 Darjah Celsius Di Wilayah Gunma

Jepun Catat Suhu Tertinggi Pernah Direkodkan 41 8 Darjah Celsius Di Wilayah Gunma

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 149 hits
Rekod baharu itu mengatasi suhu tertinggi sebelumnya iaitu 41 2 darjah Celsius yang dicatatkan hanya beberapa hari lalu di Tamba Wilayah Hyogo dan pada awal Selasa di Kiryu yang turut terletak di Gunma Foto REUTERS TOKYO Jepun mencatat suhu...
Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 675 hits
Gelombang haba ragut nyawa kanak kanak 4 tahun di Itali sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil Dalam insiden menyayat hati ini seorang kanak kanak lelaki war...
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 387 hits
Suhu yang melonjak tinggi ditambah dengan kekurangan bekalan air minuman telah meningkatkan risiko kesihatan kepada penduduk di seluruh Semenanjung Gaza Gambar hiasan ISTANBUL Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit be...
Gelombang Haba Di Sepanyol Tujuh Kebakaran Hutan Direkodkan

Gelombang Haba Di Sepanyol Tujuh Kebakaran Hutan Direkodkan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 169 hits
LEON 10 Ogos Pasukan bomba Sepanyol pada Ahad berusaha memadamkan beberapa kebakaran hutan di wilayah Leon ketika negara itu dilanda gelombang haba terik Unit kecemasan tentera Sepanyol turut dikerahkan bagi mengawal penularan api di bandar...
Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

Belanda Minta Israel Beri Penjelasan Kematian Wartawan Al Jazeera Di Gaza

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 539 hits
MOSCOW Belanda berhasrat meminta Israel memberi penjelasan mengenai keadaan kematian wartawan Al Jazeera di Semenanjung Gaza menurut seorang jurucakap Kementerian Luar Belanda pada Selasa lapor Sputnik RIA Novosti Pada Ahad Al Jazeera melap...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami