Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious


 
Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berpeluang menghadiri satu majlis yang cukup bermakna buat industri makanan tempatan – majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara SugarBun Corporation Berhad, anak syarikat kepada Borneo Oil Berhad (BornOil), dan Sedaplycious Sdn Bhd. 


SUGARBUN MENANDATANGANI PERKONGSIANBERSAMA SEDAPLYCIOUS 

LANGKAH BESAR KE SEMENANJUNG & PASARAN ANTARABANGSA
Sebagai jenama makanan segera ikonik dari Malaysia Timur, SugarBun kini bersedia melangkah lebih jauh dengan memperluaskan cawangan ke Semenanjung Malaysia dan juga pasaran luar negara! Wah, memang AM rasa teruja tengok bagaimana jenama tempatan kita terus berkembang maju!

PERIHAL SUGARBUN

Ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1979, SugarBun ialah jenama makanan segera Halal tempatan yang dibanggakan rakyat Malaysia. Dikenali dengan Broasted Chicken berperisa lada Sarawak, Savoury Rice, Fish Burger dan jeruk buatan sendiri, SugarBun terus membawa keaslian rasa Borneo ke seluruh Malaysia dan luar negara.

LANGKAH BESAR JENAMA IKONIK BORNEO

Menurut Datuk Joseph Ambrose Lee, Pengarah Urusan BornOil, kerjasama ini akan membuka lembaran baharu buat SugarBun untuk mengukuhkan jenama di seluruh Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.

Datuk Joseph Ambrose Lee: Pengarah Urusan BornOil
“SugarBun akan membawa menu istimewa seperti Broasted Chicken, Savoury Rice dan hidangan kegemaran rakyat Malaysia Timur ke komuniti baharu di Semenanjung. Kami juga ingin cipta peluang pekerjaan, bantu pembekal tempatan, dan tawarkan peluang francais kepada usahawan,” katanya.

Bagi Datuk Joseph, ini bukan sekadar kerjasama perniagaan, tetapi satu perjalanan memperkukuh warisan Borneo dalam industri makanan negara. Dengan populasi Semenanjung yang tiga kali ganda lebih besar, peluang pertumbuhan memang sangat luas!

KERJASAMA RASMI SUGARBUN & SEDAPLYCIOUS

Dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan Borneo Oil Berhad (BornOil) Datuk Joseph Ambrose Lee, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Datuk Nor Azam bin M. Taib, dan Pengasas Sedaplycious Sean LeongPerjanjian Regional Area Development Agreement ini dimeterai oleh anak syarikat SugarBun, SB Supplies & Logistics Sdn Bhd, yang melantik Sedaplycious sebagai rakan francais induk (master franchise partner).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, serta CEO Pernas, Datuk Nor Azam bin M. Taib. Dalam ucapan beliau, Datuk Ewon menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan SugarBun:

Datuk Ewon Benedick: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
“SugarBun ialah kisah kejayaan anak Malaysia Timur yang patut kita banggakan. Pengembangan ke Semenanjung bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, tetapi turut memperkenalkan kepelbagaian budaya dan cita rasa Malaysia Timur,” ujarnya.
 “Bukan Sekadar Perniagaan, Tapi Tentang Cita Rasa & Semangat”

Bagi Sean Leong, pengasas Sedaplycious, kerjasama ini bukan sekadar perniagaan, tetapi satu misi memperkenalkan citarasa Borneo ke seluruh negara.

Sean Leong : Pengasas Sedaplycious
“Saya memang peminat tegar Broasted Chicken dan Savoury Rice SugarBun! Kami di Sedaplycious yakin rakyat Semenanjung akan jatuh cinta juga. Ini tentang mencipta peluang, memperkasa pembekal tempatan dan berkongsi rasa istimewa dari Borneo,” katanya penuh semangat.

LEBIH 40 TAHUN WARISAN CITA RASA BORNEO

Bermula dari Sarawak lebih 40 tahun lalu, SugarBun kini mempunyai lebih 104 cawangan di Sabah, Sarawak dan Brunei. AM juga tertarik dengan inovasi SugarBun Express, model francais kompak yang memudahkan usahawan baharu memulakan perniagaan dengan kos lebih rendah.


“SugarBun Express membolehkan kami bawa pengalaman makan berkualiti ke kawasan kecil dan luar bandar. Ia cara kami bantu komuniti setempat berkembang,” tambah Datuk Joseph.

PELANCARAN SOS CILI HALIA TUHAU OLEH SABACCO

Sos Cili Halia Tuhau Sabacco Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Sos Cili Halia Tuhau, ciptaan terbaru jenama Sabacco. Sos ini diinspirasikan daripada warisan Kadazan-Dusun di Sabah, dan terkenal dengan rasa pedas masam yang unik — memang mewakili kekayaan rasa dan biodiversiti Borneo

KATA ALONGMURNI

AM memang bangga tengok jenama tempatan seperti SugarBun semakin maju dan dikenali di seluruh negara! Kerjasama ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi, tapi juga membawa warisan rasa Borneo yang unik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

AlongMurni (AM) bersama Maskot SugarBun






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2025/10/sugarbun-menandatangani-perkongsian-bersama-sedaplycious.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sugarbun Signs Partnership With Sedaplycious To Expand Into West Malaysia Overseas Markets

Sugarbun Signs Partnership With Sedaplycious To Expand Into West Malaysia Overseas Markets

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 126 hits
Hi Everyone East Malaysia s iconic quick service restaurant brand SugarBun Corporation Berhad has signed a regional partnership with Sedaplycious Sdn Bhd to expand deeper into West Malaysia The agreement marks a major milestone for the home...
Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPada tanggal 15 Oktober 2025 telah berlangsungnya majlis tandangan kerjasama serantau antara SugarBun Corporation Berhad dengan Sedaplycious Sdn Bhd bagi memperkukuh kehadiran mereka di Semenanjung Malaysi...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Amalan Masuk Syurga Dan Jauhi Neraka

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Amalan Masuk Syurga Dan Jauhi Neraka

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 178 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Masuk Syurga dan Jauhi Neraka Daripada di mana seorang lelaki bertanya kepada Wahai Rasulullah beritahulah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku da...
Sekadar Bicara Ku Sekadar Perkongsian

Sekadar Bicara Ku Sekadar Perkongsian

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 151 hits
Sekadar bicara ku sekadar perkongsian Perkongsian ini bukan satu permohonan Bukan juga rayuan simpati Cuma sekadar cerita yang ingin dikongsi walaupun aku tahu tak semua orang sudi mendengar dengan hati yang ikhlas Kadang menulis begini buk...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri