Suga Bts Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul


Nama SUGA dari kumpulan terkenal BTS memang tak perlu diperkenalkan lagi.
SUGA sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyumbang sebanyak 5 bilion won, bersamaan kira-kira RM17 juta, kepada Hospital Severance, Universiti Yonsei, Korea Selatan. Sumbangan besar ini adalah bagi menubuhkan sebuah Pusat Rawatan Khas Kanak-Kanak dan Remaja dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) di Seoul.

Pusat Rawatan Min Yoongi, Hadiah Istimewa Untuk Anak-Anak ASD Menariknya, pusat rawatan ini akan dinamakan sebagai Pusat Rawatan Min Yoongi, mengambil sempena nama sebenar SUGA sendiri, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau. Majlis pecah tanah bagi pusat ini telah pun berlangsung pada 23 Jun lalu di Daerah Seodaemun, Seoul. Pusat ini dijangka mula beroperasi pada bulan September tahun ini, memberi harapan baru buat anak-anak dan keluarga ASD di Korea.
Lengkap Dengan Terapi Psikiatri & Program Khas Apa yang lebih membanggakan, pusat ini bukan sekadar tempat rawatan biasa. Ia bakal menawarkan pelbagai rawatan dan terapi termasuk terapi psikiatri, terapi bahasa, terapi psikologi dan terapi tingkah laku, semuanya direka khas untuk membantu anak-anak ASD mengembangkan kemahiran sosial dan mencapai tahap berdikari.

Sebagai bapa atau ibu, kita pasti faham betapa pentingnya sokongan sebegini dalam membentuk keyakinan dan kesejahteraan anak-anak istimewa.
Muzik Boleh Jadi Terapi Untuk Anak-Anak Austisme Menurut SUGA sendiri, beliau amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini.
“Sepanjang tujuh bulan kebelakangan ini, saya terlibat secara langsung dalam kerja-kerja sukarelawan dan persiapan projek ini. Saya mula faham bahawa muzik boleh menjadi saluran positif untuk meluahkan emosi dan berkomunikasi dengan dunia,” ujar SUGA dalam kenyataan kepada media.

Program ‘MIND’ Gabungkan Muzik & Terapi Sosial Apa yang lebih menarik, pusat ini akan memperkenalkan satu program istimewa dinamakan MIND – singkatan kepada Music, Interaction, Network and Diversity. Program ini dibangunkan bersama Profesor Cheon Keun-ah dari Jabatan Psikiatri Universiti Yonsei.
Melalui program MIND, anak-anak ASD akan dilatih menggunakan alat muzik, menyanyi dan mengekspresikan emosi melalui muzik, di samping mengikuti terapi sosial konvensional. Pendekatan ini terbukti memberi impak positif dalam membantu mereka meningkatkan interaksi sosial serta meluahkan perasaan dengan lebih baik.
SUGA Turun Padang Bermain Muzik 
Bukan sekadar menyumbang dana, SUGA sendiri aktif turun padang. Sejak November tahun lalu, beliau sering meluangkan masa hujung minggu di hospital tersebut, bermain gitar bersama kanak-kanak autisme. Aktiviti ini bertujuan membantu anak-anak menyelaraskan ritma muzik sambil melatih emosi mereka.

Sumbangan Terbesar Selebriti Kepada Hospital Kanak-Kanak Severance
Difahamkan, sumbangan sebanyak 5 bilion won ini adalah jumlah terbesar pernah diterima oleh Hospital Kanak-Kanak Severance daripada seorang selebriti. Ternyata, SUGA bukan sahaja idola muzik, malah menjadi contoh terbaik dalam memberi kembali kepada masyarakat.
Semoga usaha SUGA menjadi inspirasi buat lebih ramai pihak untuk tampil membantu anak-anak istimewa, bukan hanya di Korea, malah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kita yakin, apabila masyarakat bersama-sama menyokong dan memberi peluang, anak-anak ASD mampu hidup lebih berdikari, ceria dan dihargai.
Terima Kasih SUGA! Semoga Lebih Ramai Selebriti Ikut Jejak Ini.
BACA LAGI : “Anak Saya Bukan Nakal, Tapi Istimewa” Ketahui Tanda Anak ADHD & Autisme!
The post SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suga-bts-sumbang-5-bilion-won-tubuh-pusat-rawatan-autisme-di-seoul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suga Bts Cipta Sejarah Dengan Derma Terbesar Untuk Pusat Rawatan Autisme

Suga Bts Cipta Sejarah Dengan Derma Terbesar Untuk Pusat Rawatan Autisme

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 248 hits
Menurut laporan Suga telah menderma sebanyak 5 bilion KRW kepada Hospital Severance di Seoul Artikel Berkaitan Dengan kerjasama bersama hospital tersebut dia merancang untuk menubuhkan Pusat Rawatan Min Yoon gi bagi membantu kanak kanak dan...
Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 296 hits
Bawang putih sangat banyak manfaatnya sama ada untuk kesihatan tubuh secara umum atau dalam rawatan tradisional Berikut ialah antara manfaat utama bawang putih 1 Menurunkan Tekanan DarahBawang putih membantu meluaskan saluran darah dan mela...
Rafizi Tidak Perlu Tubuh Parti Baharu

Rafizi Tidak Perlu Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 181 hits
Mohd Nasaruddin ParziKUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli tidak melihat keperluan untuk menubuhkan parti baharu selepas gagal mempertahan jawatan dalam pemilihan PKR sebelum ini Ahli Parlimen Pandan itu menjelask...
Cadangan Pas Tubuh Jawatankuasa Diketuai Hamzah Adalah Jawapan Pembangkang Tak Bermaya

Cadangan Pas Tubuh Jawatankuasa Diketuai Hamzah Adalah Jawapan Pembangkang Tak Bermaya

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 219 hits
14 June 2025 Sebagaimana dipetik daripada Malaysiakini PAS dilaporkan telah mencadangkan rombakan struktur Perikatan Nasional melalui penubuhan sebuah jawatankuasa eksekutif yang bertujuan memastikan gabungan itu lebih berperanan sebagai pe...
Pn Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Pantau Proses Lantik Hakim

Pn Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Pantau Proses Lantik Hakim

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 223 hits
Pembangkang berkata jawatankuasa dwipartisan itu bagi menjamin akauntabiliti tanpa mengganggu kebebasan kehakiman Perikatan Nasional mahu ketelusan dalam pelantikan hakim dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mesti diberi ruang sewajarnya...
Jisung Won Jinah Park Heesoon Terajui Drama Pengembaraan Masa Judge Lee Hanyoung

Jisung Won Jinah Park Heesoon Terajui Drama Pengembaraan Masa Judge Lee Hanyoung

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 223 hits
Ji Sung Won Jin ah dan Park Hee soon telah disahkan membintangi drama baharu bertajuk Judge Lee Han Young Artikel Berkaitan Berdasarkan sebuah web novel ia mengisahkan tentang Lee Han young seorang hakim yang selepas difitnah dan mati secar...
Port Klang Rep Confident Columbarium Near Mosque Won T Be Built

Port Klang Rep Confident Columbarium Near Mosque Won T Be Built

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 161 hits
Azmizam Zaman Huri says the developer had failed to justify the suitability of the project in a Malay majority area at a public hearing today against the proposal said that under current laws only 28 types of limited commercial activities w...
Iran Israel Conflict Won T Make Govt Raise Ron95 Price Says Anwar

Iran Israel Conflict Won T Make Govt Raise Ron95 Price Says Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 221 hits
The prime minister says the government does not want to burden the people with higher fuel costs Prime Minister Anwar Ibrahim said the price of RON95 petrol would not be raised even if there was a sharp increase in global crude oil prices P...
Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Korea Beyond The Bar

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Best Diced Beef And Potato Recipes

Celebrity Legs And Feet In Tights Poll Choices

Prompt Cerdas Untuk Bikin Game Edukasi Interaktif Di Canva Ai

7 Kesilapan Kewangan Yang Biasa Orang Malaysia Buat