Sudio T2 Earbuds Wireless Yang Mampu Tahan Bateri Selama 35 Jam
Earbuds atau earphone adalah benda wajib yang mama ada jika mama nak drive atau mama nak guna di kala mama sorang-sorang. Entah la kadang tu earbuds ni mama jadikan teman rapat dikala mama nak memerlukan me time. Tambah sekarang mama suka sangat tengok Netflix. Kalau tengok di computer tak kisah kalau loud speaker tapi di tab or phone mama tak boleh rasa macam menganggu orang lain. So time ni mama perlukan earbuds untuk mama me time dengan tenang
Kalau korang perasan sebelum ni mama pernah update pasal Sudio Neo kan. Yang tu pun dah best guna tapi ada la pro & con dia. Cuma yang best kita tak perlu ada wayar berselirat bagai la. Hehehe. Lepas Sudio T2 terbaru keluar apa lagi mama terus rembat yang ni sebab nampak lagi cute, comel dan solid. Yang Sudio Neo tu terus mama wakafkan dekat suami tercinta gitu
Oh ya untuk pengetahuan korang semua, Sudio T2 terbaru ini telah dilancarkan pada bulan September lepas dan telah masuk ke pasaran Malaysia pada 8 Oktober 2021. Kira mama paling terawal la orang yang dapatkan Sudio T2 terbaru ni. Perghhh giler tak sabar nak guna. Sudio T2 ni diterbangkan dari Sweden tau so memang ambik masa skit nak sampai ke Malaysia.
Menariknya Sudio T2 kali ni memang dicipta untuk menyaring bunyi asing, kalau korang jenis suka dengar muzik kan memang takder dengar langsung suara orang luar hahaha. Rasa padat dalam telinga tapi korang jangan la up volume tu kang pecah gegendang telinga. Siapa dah pernah cuba akan tahu rasa perbezaan earbuds Sudio ni
Lepas tu kan kalau korang perasan Sudio T2 ni sumpah comel, cute dan solid. Kira ngam-ngam masuk dalam telinga kecil mama ni. Hahh yang dulu dia agak besar sampai rasa nak terkeluar dari telinga. Kadang-kadang tu rasa sakit telinga. Yang T2 ni tak yer memang elok just nice masuk dalam telinga mama ni dan tak sakit pun. Suka sangat
Benda yang paling mama teruja adalah jangka hayat bateri sehingga 35 jam menggunakan mode pengecasan dan 7.5 jam masa mendengar dengan sekali cas. Hehehe memang sesuai dengan mama sebab mama ni asyik pelupa nak cas earbuds. Guna jer pandai nak cas memang asyik takder masa padahal cucuk jer cable tu. Oh ya bagi yang jenis kaki sukan mama really recommended T2 ni coz earbuds ni tak mudah bergerak dalam telinga dan terkena percikan air or berpeluh pun no hal la.
T2 ini sangat sesuai untuk semua jenis telefon pintar tak kisah la korang pakai Android ka iOS ker sebabnya yang menyokong capaian Bluetooth 5.0 ke atas dalam range 10 meter. Tambahan T2 ini pengecasan jenis Type-C so memang senang la guna satu cable jer kalau korang jenis phone yang menggunakan Type-C. Hek takder la terlupa nak bawa cable kan
Sudio T2 didatangkan dalam 4 warna yang menarik iaitu Hitam, Putih, Sand dan Jade. T2 ini juga didatangkan dengan waranti selama 3 tahun oleh Sudio Sphere dan penghantaran PERCUMA seluruh negara. Nampak kan berbaloi-baloi sungguh kalau beli Sudio ni. Benda kita nak pakai lama kan so sekali beli mahal pun tak kisah. Kali ni mama pilih warna Hitam sebab hitam itu menawan.
Mama tau mesti ramai yang confuse bab klik pada peranti kan. Ok ni mama list kan kawalan Sentuh Sudio T2
Klik pada mana-mana peranti untuk mainkan muzik atau menjawab panggilan2 kali klik pada peranti belah kiri untuk memainkan lagu sebelumnya2 kali klik pada peranti belah kanan untuk memainkan lagu seterusnya3 kali klik pada peranti belah kiri untuk turunkan volume3 kali klik pada peranti belah kanan untuk naikkan volumeTekan 3 saat pada mana-mana peranti untuk tolak panggilan atau tamatkan panggilan
Ada yang berkenan ker tak atau ada yang tengah mencari earbuds wireless yang tahan lama. So Sudio T2 la mama sarankan korang beli
Harga SUDIO T2 : RM549 | USD149
Apa korang kata mahal. Eh jangan risau nah mama bagi kod diskaun "JUET2" dan korang hanya masukkan semasa check out pembelian Sudio T2 di website mereka ya dan korang akan dapat potongan sebanyak 15% lagi. Jimat dah tu tau.
Untuk maklumat lanjut boleh layari website www.sudio.com/my bagi yang nak beli Sudio T2 Black boleh terus tekan link ini www.sudio.com/my/t2-black
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2021/10/sudio-t2-earbuds-wireless-yang-mampu.html