Sudah Terang Uec Bukan Berkiblatkan Pendidikan Malaysia


 Athirah Huda Zalhe
‘Lihatlah, betapa lembutnya pemimpin Melayu bila berdepan Dong Zong’ BANGI – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya menggalakkan lagi pertumbuhan sistem pendidikan yang tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Apatah lagi, sukatan pelajaran yang diajar di sekolah persendirian Cina ini diambil dari Taiwan, di mana pengiktirafannya bertentangan dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.
Justeru, apakah alasan digunakan untuk berterusan meningkatkan bilangan UEC yang secara terang-terangan bukan ‘berkiblatkan’ pendidikan Malaysia mahupun nasional, kata Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim.
“Apakah dasar dan akta ini tidak cukup menjadi kayu ukur bagi membina sebuah negara bangsa yang mempunyai identiti yang satu?
“Kerajaan nampaknya tiada usaha langsung untuk menyatukan perpaduan, malah sekolah vernakular dan sekolah persendirian mengikut kaum ini jelas menunjukkan pengasingan antara kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai hebahan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai sijil UEC.
Mengulas perkara itu, Ustaz Zamani mendakwa, hebahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kerajaan dalam diam – sejak zaman Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) sehingga Perikatan Nasional (PN) – sudah secara konsisten meluluskan sijil UEC untuk diterima dalam silibus KPM.
“Apa yang jelas di sini, betapa lembutnya pemimpin Melayu kita sendiri apabila berhadapan dengan Dong Zong ini.
“Tingkah laku pemimpin kita sekarang umpama sudah tiada jati diri, penakut dan mudah sekali tunduk kepada desakan mereka,” katanya.
Beliau menyifatkan pengiktirafan UEC bermakna pencabulan terhadap kedaulatan Malaysia kerana melupakan acuan negara sendiri.
“Sedarkah pemimpin sekalian apa yang kalian lakukan ini satu penderhakaan kepada rakyat.
“Pemimpin kita sudahlah tiada identiti bangsa, malah sedikit pun tidak berusaha untuk menyatukan rakyat tapi boleh pula tunduk dengan desakan orang luar,” katanya.
Ustaz Zamani turut mengingatkan kembali rakyat terhadap sikap Dong Zong yang suka mendesak kerajaan sebelum ini, termasuk dalam isu bantahan pelaksanaan tulisan Jawi.
“Malah, betapa kurang ajarnya mereka sehingga sanggup mendesak untuk menggubal sejarah.
“Apa sahaja yang tidak puas hati mereka lantang mendesak. Sekarang sudah berani mengubah sistem pendidikan mengikut cara yang mereka mahukan, kemudian entah apa pula yang diminta mereka,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/sudah-terang-uec-bukan-berkiblatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 1083 hits
KATA ALU ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2021 boleh dimuat turun melalui pautan berikut terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubi...
Semakan Calon Jaya Pismp Ppc Dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2021

Semakan Calon Jaya Pismp Ppc Dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 663 hits
Semakan Calon Jaya PISMP PPC dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2021 Semakan Calon Jaya ke Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Pe...
Kerajaan Belum Iktiraf Uec Di Semenanjung Malaysia Dr Maszlee Masa Ph Belum Iktiraf Masa Pn Naik Pas Diam Membisu

Kerajaan Belum Iktiraf Uec Di Semenanjung Malaysia Dr Maszlee Masa Ph Belum Iktiraf Masa Pn Naik Pas Diam Membisu

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 279 hits
TEMBELANG PA SEMAKIN TERSERLAH Semasa PH menjadi kerajaan lebai lebai paling lantang menghentam berkaitan UEC sehingga mendesak kerajaan PH di bubarkan Seperti biasa DAP di salahkan kerana tidak menentang UEC Tetapi bila dah jadi kerajaan t...
Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni Ambilan Tahun 2022

Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni Ambilan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 491 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA PROGRAM PENDIDIKAN SENI AMBILAN TAHUN 2022 Penubuhan Sekolah Seni Malaysia adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan pendidikan kesenian dengan m...
Report Malaysia Is Not A Failed State Says Tok Pa In Response To Bloomberg Opinion Piece

Report Malaysia Is Not A Failed State Says Tok Pa In Response To Bloomberg Opinion Piece

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 364 hits
Minister in the Prime Minister s Department Datuk Seri Mustapa Mohamed said that the government also practises an open policy in accepting criticism from any party to ensure the country gets back on track even in the current pandemic period...
Allegation Is Rather A Stretch On Reality In Malaysia

Allegation Is Rather A Stretch On Reality In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 178 hits
In essence the article asserts four main fault lines that portend such an apocalyptic outcome People s misery and a sputtering economy on account of lockdowns constitute the first fault line NSTP OSMAN ADNANA CONTROVERSIAL recent Bloomberg ...
Apakan Jadi Kalau Semua Orang Di Malaysia Kaya Raya Ada 10 Juta Dalam Akaun Bank

Apakan Jadi Kalau Semua Orang Di Malaysia Kaya Raya Ada 10 Juta Dalam Akaun Bank

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 450 hits
Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10 000 000 00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank Bangun pagi nanti kita cek akaun melalui Maybank2u punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun Kita pun me...
Only The Power Hungry Will Claim Malaysia Has Failed Says Hadi

Only The Power Hungry Will Claim Malaysia Has Failed Says Hadi

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 399 hits
Only those obsessed with politicking will claim that the nation had failed in containing the Covid 19 pandemic PAS president Abdul Hadi Awang said in what appears to be a veiled jab at the government s detractors Hadi said that no country c...
Malaysia S Politicians Brawl While The Economy Burns

Malaysia S Politicians Brawl While The Economy Burns

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 313 hits
William Pesek Free Malaysia Today If there are three words central bankers do not say lightly it is significant downside risks Yet last week Bank Negara Malaysia had nowhere else to go rhetorically speaking as the economy braces for a bruta...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Awak Ok Hari Ni

Sarapan Mihun Soto Di Gerai Soto Perdana Madu 4

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Rightists Use Of Buddha S Five Precepts To Frighten Chinese Away From Alcohol Is Flawed