Sudah Sudahlah Najib Sejak Awal Lagi Pun Anda Sudah Berbohong




Untuk kali yang seterusnya, terutama sejak dibalun  dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2.6 bilion, Najib Razak terus mempertahankan dirinya bukan seorang pembohong, pencuri atau penyangak.


Dalam hantaran terbaru melalui laman Facebooknya, bekas Perdana Menteri yang telah ditolak rakyat dan kini berdepan 38 pertuduhan mahkamah itu mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.


Meskipun jika diimbas kembali banyak rentetan jalur cerita berhubung dana itu nampak berbeza dan tidak masuk akal, bahkan Najib sendiri dalam interbiu Al-Jazeera hanya beranggapan saja wang itu daripada Raja Abdullah berdasarkan sumbangan kecil yang pernah diterimanya sebelum itu, tetapi tentunya agak menghairankan mengapa sumbangan besar RM2.6 bilion itu disalurkan melalui Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low.


Di sini saya tidak ingin sama sekali untuk memperincikan semua renteten atau perbezaan itu kerana ramai di antara kita barangkali sudah sedia maklum mengenainya.


Namun, jika Najib terus mendakwa dirinya bukan pembohong, pencuri dan penyangak, saya cuma ingin mengingatkan beliau dan pemakan dedaknya tentang reaksi awalnya ketika isu RM2.6 bilion itu terdedah kepada pengetahuan umum pada 2015 dahulu.


Kalaulah benar wang itu merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib ketika itu beria-ia menafikan ada sebarang kemasukan wang sejumlah RM2.6 bilion itu menerusi akaun bank peribadinya?


Tidak cukup dengan menafikannya, Najib juga menambah, kalau pun beliau mahu menyamun, tidak mungkin beliau mahu menggunakan akaun bank peribadinya bagi tujuan itu.


Beliau juga mengancam mahu menyaman Wall Street Journal atau WSJ yang mula-mula mendedahkan perkara itu - suatu ancaman pengecut daripada Pahlawan Bugis yang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.


Hanya setelah pendedahan demi pendedahan dan selepas dirasakan tidak mampu lagi mengelak daripada kebenaran, barulah akhirnya Najib tampil mengakui ada kemasukan wang ke dalam akuan bank peribadinya dengan mendakwa ia adalah sumbangan atau derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.


Soalnya, jika benar wang tersebut merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib menafikannya pada peringkat awal itu serta mengancam untuk menyaman WSJ?


Mengapa tidak sejak awal-awal lagi beliau mengakuinya sebagai derma?


Bukankah ini menunjukkan sejak awal lagi Najib sebenarnya telah pun berbohong kepada kita semua?


Bagaimana agaknya jika selepas pendedahan awal oleh WSJ itu, mereka berhenti setakat itu saja dan tidak terus mendedahkan bukti demi bukti selanjutnya mengenai kemasukan wang melalui akaun peribadinya itu?


Tidak mustahilkah Najib akan terus berbohong sehingga sekarang dengan menafikan wang tersebut ada dalam akaun bank peribadinya?


Begitu pun, kalau penafian awalnya itu sudah didapati suatu pembohong, tidak mungkinkah pengakuan bahawa wang itu daripada derma Raja Abdullah merupakan suatu pembohongan juga?


Lupakah Najib kepada suatu peringatan yang menyebut -  orang yang berbohong sekali, dia akan terus berbohong 1000 kali untuk menutup pembohongannya.


Maka, insaf dan bertaubatlah wahai Najib...awal-awal lagi pun anda sudah berbohong, maka tentulah tidak mustahil berbohong demi berbohong itu sudah menjadi kebiasaan bagi anda.


Kalau awal-awal pun sudah berani berbohong, memang ada munasabahnya ia juga diikuti dengan kebiasaan mencuri dan menjadi penyangak juga.


Untuk itu, memandangkan kes RM2.6 bilion itu sudah dibawa ke mahkamah, sebaiknya Najib menyimpan saja  semua jawapan dan hujahnya di kandang salah untuk diadili oleh hakim-hakim yang bebas lagi bijaksana.


Cuma, dengan akhbar milik UMNO, bahkan mungkin semakin ramai ahli UMNO sendiri tidak lagi mempercayai kata-katanya berhubung penafian wang RM2.6 bilion itu, Najib seharusnya makin menginsafi siapa dirinya sekarang ini.


Kata-katanya hanya tinggal dipercayai oleh golongan pemakan dedak saja lagi sekarang ini. (ShahbudinHusin 07/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/sudah2lah-najib-sejak-mula-lagi-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dipenjara Lebih Awal

Najib Dipenjara Lebih Awal

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 320 hits
Sebelum PRU rakyat mahu Najib membersihkan dirinya di mahkamah peluang itu dilepaskan dipandang remeh dan tidak rasa tergugat kerana yakin menang yakin pada cash in hand cash is king yakin pada king in and out side Ramai yang cuba mengheret...
Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 813 hits
SUDAH SUDAHLAH NAJIB SEJAK AWAL LAGI PUN ANDA SUDAH BERBOHONG November 7 2018 by image 10 620x348 jpgUntuk kali yang seterusnya terutama sejak dibalun dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2 6 bilion Najib Razak terus...
Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

Utusan Serang Najib Najib Berbohong Derma Arab Saudi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 342 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya Sebelumnya Najib mendakwa wang itu ...
Aktiviti Bermain Pasir Dan Air Sejak Dari Awal Boleh Bantu Asah Minda Anak

Aktiviti Bermain Pasir Dan Air Sejak Dari Awal Boleh Bantu Asah Minda Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1263 hits
Aktiviti bermain tanpa permainan mahal pun boleh bantu perkembangan otak kanak kanak supaya lebih bijak asalkan ibu bapa tahu caranya Antara permainan yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang di...
Penjelasan Najib Kepada Putarbelit Lge Mof Hopeless

Penjelasan Najib Kepada Putarbelit Lge Mof Hopeless

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 311 hits
Ingat lagi tak sindiran SPB YDP Agong masa merasmikan sidang parlimen untuk penggal yang pertama dulu Rasa2nya Agong sindir siapa sebenarnya Datuk Seri Najib Takut Berdepan Dengan MP Kerajaan Atau MP Kerajaan Yang Macam Cacing Kepanasan Sek...
Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

Berani Ker Najib Petik Nama Besar Yang Bersongkongkol Curi Duit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 536 hits
Pepatah melayu kata alang2 menyeluk perkasam biar ke pangkal lengan Alang2 panglima bugis dipanggil didakwa baik secara berhemah Persoalannya jika golongan bangsawan malaysia yang terlibat mungkinkah malaysia akan mencipta satu sejarah baru...
Benarkan Tiada Derma Dari Arab Saudi Kepada Najib

Benarkan Tiada Derma Dari Arab Saudi Kepada Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 446 hits
Apa sebab Saifuddin keluarkan statement on behalf kononnya drpd pihak Adel Aljubier Adakah utk mewujudkan ruang supaya boleh dispin Kenapa tak letak je Adel depan wartawan Apa lah yg nak ditakutkan Saifuddin jika ianya keluar dr mulut Adel ...
Kamu Tidak Adil Pada Saya Najib Tinggalkan Wawancara Aljazeera

Kamu Tidak Adil Pada Saya Najib Tinggalkan Wawancara Aljazeera

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 281 hits
Kamu tidak adil pada saya Najib tinggalkan wawancara Aljazeera Najib kelihatan kecewa apabila ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya
Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

Mahathir Advises Najib To Lodge Report On 1mdb Claims

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 363 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said his predecessor Datuk Seri Najib Tun Razak should lodge a report with the authorities over his claim of possible involvement of other international figures in...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh